Wednesday, April 3, 2013

Dun Sabah Bubar Untuk PRU-13

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada Rabu mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat ke-12 bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Pengumuman khas itu dilakukan di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya dan disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen dan radio utama pada pukul 11.30 pagi ini.

Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada hari genap empat tahun beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota kabinet yang lain turut hadir dengan berpakaian sut gelap dan bertali leher merah semasa pengumuman itu.

Pengumuman itu amat dinanti-nantikan rakyat Malaysia di seluruh negara terutama apabila makluman awal dibuat bahawa perdana menteri akan membuat pengumuman khas melalui televisyen dan radio pagi ini.

Najib berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah memberi perkenan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa Rabu.

Terdahulu, Najib menghadap Seri Paduka di Istana Negara. Kenderaan rasmi Perdana Menteri kelihatan memasuki perkarangan Istana pada 8.10 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Sejurus selepas itu, beliau mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di Putrajaya.

Dalam pengumumannya selama 13 minit itu, perdana menteri merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara sejak lima tahun yang lepas.

"Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yang telah diberikan rakyat, kami telah dan memberikan yang terbaik demi untuk Malaysia dan warganya," katanya.

Najib berkata dalam tempoh empat tahun lepas, sepanjang kepimpinan beliau sebagai perdana menteri, rakyat Malaysia dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana fasa perancangan Prakarsa Transformasi Nasional membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan kemakmuran negara.

Prakarsa Transformasi Nasional itu melibatkan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Sosial.
Najib berkata kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan yang bertanggungjawab dan meletakkan kepentingan rakyat Malaysia di atas segala-galanya.

"Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, kami menepati janji, kami merupakan kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan memeliharanya.

"Bukan sikap kami menanam tebu di bibir. Sesungguhnya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan jejak rekod kami sepanjang empat tahun yang lalu," katanya.

Perdana menteri berkata, beliau dan rakan-rakan kepimpinan BN akan mula turun dan bertemu rakyat d seluruh pelusuk negara bagi meyakinkan warga Malaysia mengapa BN perlu diberi peluang untuk kembali membentuk kerajaan dengan majoriti kukuh.

"Kami akan menggunakan mandat kukuh yang diberi, Insyaallah untuk melipatgandakan lagi usaha bagi melakar masa depan yang lebih baik, yang lebih bermakna, yang lebih sejahtera untuk saudara dan saudari serta anak cucu kita semua," katanya.

Dalam pada itu, Najib mengingatkan rakyat Malaysia supaya menunaikan hak mereka sebagai pengundi dan tidak membazirkan peluang yang diberikan untuk memilih kerajaan yang akan mendukung aspirasi rakyat.

"Setiap undi anda adalah penting, jangan bazirkan ia, janganlah dipertaruhkan masa depan anak-anak dan negara Malaysia.

"Fikir dan renungkanlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan, ini kerana undi saudara dan saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri, tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua," katanya.

Perdana menteri menasihatkan ketua-ketua kerajaan negeri untuk menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac.

Katanya ini bagi membolehkan pilihan raya umum diselaraskan secara serentak di seluruh negara.

Hanya Sarawak terkecuali bagi pilihan raya negeri diadakan kerana telah mengadakannya pada 16 April 2011. (Bernama)

36 comments:
Write comments
  1. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman announcing the dissolution of the 60-member state assembly hours after the announcement of Parliament's dissolution at 11.30am yesterday

    ReplyDelete
  2. The eight-member Sabah Barisan parties are set to hammer out final seat allocation arrangements.

    ReplyDelete
  3. Each party will finalises its choice of candidates for the 60 state and 25 parliamentary seats.

    ReplyDelete
  4. Elections is a due process in any democracy and I believe the people are ready,” said Sabah Umno deputy chief Datuk Salleh Tun Said

    ReplyDelete
  5. Security forces have cleared nine villages in Tanjung Labian after the Lahad Datu intrusion.

    ReplyDelete
  6. They are now stabilising the area following the intrusion by Sulu gunmen at Kampung Tanduo on Feb 9.

    ReplyDelete
  7. The Sulu intrusion could now be put behind because the security forces had done “a good job” in resolving the problem

    ReplyDelete
  8. Now it was time for “us the people to decide on the future of the country as a whole and for the voices of youths to be heard”.

    ReplyDelete
  9. Sabah Barisan led by Umno held 20 of the 25 parliamentary seats and 57 of the 60 state seats at dissolution. It lost Sabah Progressive Party (SAPP) with its two MPs and two assemblymen after the party pulled out of the ruling coalition.

    ReplyDelete
  10. Two other MPs one from Umno and the other Upko also crossed over to become Opposition-friendly representatives.

    ReplyDelete
  11. UMNgOk sudah sedia utk hanyut di laut china selatan utk balik malaya???

    ReplyDelete
  12. Sabah mempunyai 25 Parlimen dan 60 DUN dengan hanya tiga kerusi DUN disandang pembangkang iaitu Sri Tanjung, Luyang dan Likas selain Parlimen Kota Kinabalu yang diwakili DAP.

    ReplyDelete
  13. Musa berharap Pilihan Raya Umum Ke-13 khususnya di Sabah akan berlangsung dalam suasana aman, teratur dan lancar mengikut lunas-lunas perlembagaan dan demokrasi.

    ReplyDelete
  14. Musa turut menyambut baik jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tanpa perlu berasa bimbang mengenai tahap keselamatan mereka.

    ReplyDelete
  15. "Setelah lima tahun kita berbakti, berkhidmat dan mengabdikan diri kepada perjuangan membela nasib rakyat dan memajukan negeri Sabah yang tercinta ini, kini tiba masanya kita menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  16. "Semoga kerjasama, sokongan, komitmen dan kepercayaan akan terus diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional menerusi mandat yang besar dalam pilihan raya umum akan datang demi menjaga kesinambungan pembangunan untuk kesejahteraan kita dan generasi akan datang," ujarnya.

    ReplyDelete
  17. Tak sabar rasanya nak mengundi nie... tv3 masih lagi mengatakan 'kerajaan barisan nasional'. Wah....dah menang ke?

    ReplyDelete
  18. Dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengumumkan pembubaran 60 anggota pemasangan jam negeri selepas pengumuman pembubaran Parlimen pada jam 11:30, Sabah Barisan Nasional dan pihak pembangkang berkata mereka sudah bersedia untuk menghadapi PRU13

    ReplyDelete
  19. sejurus dari peristiwa pencerobohan Sulu yang lalu, ahli-ahli politik kerajaan dan pembangkang telah segera memulakan pertempuran untuk memenangi hati para pengundi.

    ReplyDelete
  20. Insiden pencerobohan militan Sulu di Sabah tidak merencat persiapan kerajaan BN bagi menghadapi PRU-13 di negeri ini.

    ReplyDelete
  21. setuju dengan Najib yang mengingatkan rakyat Malaysia supaya menunaikan hak mereka sebagai pengundi dan tidak membazirkan peluang yang diberikan untuk memilih kerajaan yang akan mendukung aspirasi rakyat.

    ReplyDelete
  22. semoga rakyat Sabah dapat menilai dan memilih parti yang benar-benar layak menjadi parti pemimpin di negeri ini

    ReplyDelete
  23. sudah la tukar saja kerajaan baru...
    baru kita tau, belum cuba belum tau...
    ini hari-hari makan ikan masin selama 50 tahun, tukar-tukar la makan ayam sesekali...

    apa la lagi,, ini kali laaaaaaaaaaaaaaaaaa.....


    BAYUMURNI.......

    ReplyDelete
  24. Kenapa tak buat announcement kat Pulau Jolo

    ReplyDelete
  25. negeri2 pembangkang bila nak bubar? takut ke?

    ReplyDelete
  26. Mantera
    Tahap pemikiran pencacai umNO...lemaah dan bodo..

    ReplyDelete
  27. Saya pasti, kamu pun akan join Pakatan x lama lagi, setelah parti dokongan kamu tumbang x lama lagi...mantera

    ReplyDelete
  28. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  29. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  30. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  31. Headhunter & Balaci said:- FITNAH 1 MALAYSIA, LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  32. Headhunter & Balaci said:- FITNAH 1 MALAYSIA, LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  33. Kena siasat dah dedah identiti yang terlibat. Nampaknya dah semakin reda sikit serangan media UMNOBeEnd keatas PR mengenai Lahat Datu. Kerana tembelang dah mula pecah.....nampak2nya semakin nak sahih UMNOBeEnd yang terlibat dalam merancang pencerobohan tersebut sehingga melayang ramai petugas2 keamanan negara. Bekas ADO dan ahli UMNOBeEnd pula tuuuuu!!!!!

    ReplyDelete
  34. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  35. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  36. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.