Wednesday, April 27, 2011

11,183 kes permohonan cerai didaftarkan

KOTA KINABALU: Seban- yak 11,183 kes permohonan cerai telah didaftarkan di Mahkamah Syariah manakala sebanyak 4,433 didaftarkan di Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dalam tempoh lima tahun lalu sejak tahun 2006 hingga 2010

Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran berkata kes tangkapan ke atas salah laku jenayah syariah seperti kes khalwat adalah dilaksanakan oleh Jheains sementara denda ditentukan oleh Mahkamah Syariah selepas pasangan didapati bersalah.

“Bagi tempoh lima tahun yang lalu sebanyak 371 kes tangkapan khalwat dan dari jumlah itu sebanyak 359 kes telah didakwa di Mahkamah Syariah dimana 270 kes dapat diselesaikan sementara 89 kes masih menunggu perbica- raan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik Abdul Muis Picho, pada sesi soal jawab, persidangan dewan undangan negeri, di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.

Nasir yang juga menteri yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkata bilangan kes jenayah syariah bagi tempoh tiga tahun yang lalu (2008-2010) meningkat dari 196 kes pada tahun 2008 kepada 447 kes pada tahun 2010.

Katanya, ini termasuk tangkapan khalwat oleh Mah- kamah Syariah sebanyak 40 kes (2008), 88 kes (2009) dan 112 kes (2010).

“Pada masa ini jumlah Pegawai Penguatkuasa Jheains di seluruh Sabah adalah seramai 431 orang iaitu 16 orang Pegawai Penguatkuasa Hakiki dan 415 orang Pegawai Masjid termasuk imam-imam kariah yang diberi kuasa sebagai Pegawai Penguatkuasa Agama manakala dua orang lagi jawatan Penguasa Hakiki akan disi kelak.

“Pegawai Penguatkuasa Hakiki bertanggungjawab sepenuhnya mengenai undang-undang jenayah syariah, termasuk dalam menyediakan kertas siasatan (IP) manakala Pegawai Penguatkuasa Agama pula membantu dalam pelaksanaan penguatkuasa- an,” katanya.

Beliau berkata, bilangan Pegawai Penguatkuasa Hakiki adalah tidak mencukupi bagi mengenadalikan bilangan kes jenayah syariah yang semakin bertambah setiap tahun.

Sehubungan itu dalam cadangan penstrukturan semula Jheains sebanyak tujuh jawatan Pegawai Penguatkuasa Hakiki telah dicadangkan untuk diwujudkan bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.

Disamping itu tambah katanya, imam-imam kariah yang baru dilantik juga akan diberi tauliah sebagai Pegawai Penguatkuasa Agama.

“Dengan pertambahan Pegawai Penguatkuasa berkenaan, salahlaku syariah akan dapat dipantau dan dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi,” katanya. -NST

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.