Barisan Nasional (BN) Sarawak dituduh gagal dalam menyelesaikan isu hak tanah adat (NCR) yang melibatkan hampir kesemua kaum di negeri itu. Ujar Pengerusi Perhubungan KeADILan Sarawak, Baru Bian, BN telah banyak menabur gulagula politik sempena pilihan raya negeri April ini, namun segalanya ‘tidak akan tertunai’.
Baru Bian berkata, walaupun ia adalah isu yang mendesak kepada parti pemerintah itu dalam memenangkan BN, bagaimanapun isu hak tanah adat ini umpama sejarah hitam yang tidak mampu dipadamkan oleh BN.
Justeru ujar Baru Bian, walau seberapa banyak janji yang ditaburkan pemerintah di saat ini, perhatian rakyat tentunya tertumpu kepada lebih 200 kes tanah adat yang sudah dikemukakan di mahkamah namun masih tertangguh sehingga kini.
“Kalau kita lihat di kawasan pedalaman, banyak kerusi di kawasan ini adalah kerusi yang mewakili masyarakat Dayak. Terdapat 29 daripada 71 kesemuanya.
Bagi Melanau dan Melayu ada 26. Ertinya di seluruh Sarawak, bukan hanya satu kawasan sahaja yang terlibat dengan masalah ini. Tapi di Sematan, Lundu, Sibu, Miri, Kelimau dan Lawas. Itu sebabnya menjadi isu yang panas,”katanya.
Menurutnya, Pakatan Rakyat dengan gabungan parti PAS, KeADILan, DAP dan SNAP yakin bahawa gagasan itu bukan hanya mampu memberi saingan kepada BN, dan mungkin berpeluang membentuk kerajaan negeri.
Apatah lagi, isu tanah adat yang dibawa oleh Pakatan sememangnya menjadi ketakutan utama kepada BN, sementelah mengetahui keyakinan gagasan itu dalam usaha menyelesaikan masalah hak tanah milikan tanah ini, katanya.
Ketakutan itu semakin memuncak saat pilihan raya negeri hampir tiba apabila mengenangkan 30 tahun pemerintahan di bawah Tan Sri Abdul Taib Mahmud, rakyat di Bumi Kenyalang masih berdepan dengan isu milikan tanah yang tiada jalan penyelesaian.
http://sarawak.pas.org.my
Sunday, April 3, 2011
Kegagalan selesaikan isu tanah adat di Sarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masalah tanah adat di Sabah dan Sarawak patut diusahakan.
ReplyDeleteKembalikan hak rakyat Sabah dan Sarawak, kembalikan tanah adat.
ReplyDeleteisu hak tanah adat ini telah lama dan ia harus diselesaikan segera. ini demi kepentingan penduduk.
ReplyDeleterakyat Sarawak pasti tahu menilai siapa yang sebenarnya berusaha untuk membantu mereka dan siapa yang hanya ingin mendapatkan kuasa.
ReplyDeleteI hope this issue will solve in a good way.
ReplyDeleteIsu ini perlu diselesaikan dengan cepat dan sila beri penjelasan.
ReplyDeleteJangan sampai rakyat muak dengan apa yang berlaku.
ReplyDeleteHakn native Sabah dan Sarawak harus dikembalikan.
ReplyDeleteSemoga perkara ini dapat ditanggani dengan baik sebelum ia bertambah teruk.
ReplyDeletePakatan mahu selesaikan tanah adat? pulangkan dulu semua tanah2 orang asli, penduduk kampung Melayu yang dirampas oleh Pakatan di negeri2 mereka..
ReplyDeleteIsu tanah ini merupakan isu lama, apa pun kerajaan sekarang telah berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Bukan di Sarawak saja isu tanah ini muncul, tapi Pulau Pinang sendiri menghadapi masalah sama. Tanah rakyat dirampas oleh kerajaan negeri.
ReplyDelete