Friday, April 15, 2011

SAPP TENOM BAKAL MELEDAK?

MESKIPUN Tsunami cabang PKR Tenom sudah berlalu, namun bencana seterusnya mungkin akan melanda SAPP Tenom selepas Pegawai Penerangan parti itu di CLC Melalap mengumumkan perletakkan jawatan dan sekaligus keahliannya dalam parti menerusi blognya www.ambromail.blogspot.com pada rabu.

Difahamkan Pegawai Penerangan terbabit tidak sehaluan dengan kepimpinan CLC Melalap dan juga salah seorang Naib Presiden SAPP berhubung dasar dan hala tuju parti itu di peringkat kawasan yang sentiasa membantah cadangan dan strategi Pegawai Penerangan itu; meskipun cadangan itu memberi impak yang baik kepada perjuangan SAPP di peringkat kawasan, khususnya Melalap dan Kemabong.

Ekoran keputusan Pegawai Penerangan SAPP CLC Melalap, seperti yang ditulis dalam blognya, seorang Naib Presiden SAPP pusat yang juga bertanggung jawab di kawasan Pedalaman akan memanggil Pegawai itu untuk berbincang menyelesaikan kekalutan isu tersebut pada Jumaat ini (15 April 2011) di Pejabat perhubungan SAPP Keningau.

Setakat ini tidak dapat dipastikan pendirian Pegawai Penerangan (masih dirahsiakan namanya) terbabit sama ada berminat menyahut pelawaan itu atau apakah Pegawai itu akan berminat lagi untuk menarik balik perletakan jawatannya selepas perbincangan empat mata itu. Bagaiamana pun telefon bimbit Pegawai Penerangan SAPP itu ditutup sepanjang hari bermula rabu, menggagalkan wartawan untuk mengesahkan berita tersebut.

Dalam pada itu, seorang pengikut rapatnya, Majiadih O.T. Matalih, 50, memberitahu bahawa kemungkinan ramai ahli SAPP terdiri daripada ahli keluarga mereka akan mengikut jejak langkah Pegawai Penerangan itu menuju ke arah mana sahaja kiblat perjuangannya.

“Saya juga akan meletakkan jawatan bersama keluarga seramai 7 orang kerana tidak ada ertinya lagi perjuangan SAPP jikalau tiada perancangan yang baik; maksudnya menampilkan pemimpin muda yang berketrampilan untuk menjadi pemimpin di alaf baru ini bagi menggantikan pemimpin lama dalam SAPP,” jelas Majiadih yang menyifatkan SAPP seperti ‘Kereta Lembu’.

“Pegawai Penerangan itu seorang yang kuat kerja dan mempunyai pengalaman yang luas dari segi pendasaran strategik politik dan mampu melawan arus politik parti lawan. Kita hairan mengapa kepimpinan SAPP Melalap sentiasa meragui kewibawaan dan keikhlasannya. Perkara itulah yang membuatnya tidak selesa meneruskan perjuangannya dalam SAPP,” tambah Majidih lagi.

Menurut Majiadih, beliau (Pegawai Penerangan) mempunyai pengikut yang ramai selain daripada anggota keluarga yang meliputi kawasan Kemabong dan Nabawan; mungkin sedikit sebanyak akan menggugat imej SAPP di mata rakyat sekiranya Pegawai terbabit berminat untuk melakukan sesuatu keruntuhan pengaruh terhadap SAPP sebelum PRU13 kelak.

Mengikut sumber sumber yang boleh dipercayai, Pegawai terbabit yang berkawan rapat dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom dan juga Ketua LDP Tenom kelihatan ada bersama-sama bersarapan di sebuah restoran di Tenom sehari sebelum beliau membuat keputusan itu.

Namun topik perbualan tidak dapat dipastikan tetapi ramai yang mengatakan bahawa Pegawai itu sering bersama-sama bersarapan pagi atau makan tengah hari siapa sahaja pemimpin politik sama ada di pihak BN mahu pun pembangkang.

Andaian demi andaian di kalangan tokoh politik meja bulat di kedai-kedai kopi yang sudah pun dapat menghidu maklumat pergolakan yang dianggap kecil; namun ia akan membesar menjadi ‘Tsunami SAPP Tenom’ jika Pegawai itu bertindak ‘melontar kembali telur busuk ke arah SAPP’ kerana sebelum ini Pegawai itu banyak membela SAPP untuk mempertahankan serangan-serangan politik dalam media oleh pihak lawan.

Oleh: NASUTION NAEJEL (sabahkini)

19 comments:
Write comments
  1. jika benar seperti maklumat diatas, nampaknya SAPP juga mengalami masalah.

    ReplyDelete
  2. nampaknya SAPP Tenom kini dalam kemelut.

    ReplyDelete
  3. pasti rakyat tenom menyedari hal ini dan mereka pasti mempunyai penilaian sendiri terhadap pekara ini.

    ReplyDelete
  4. satu kerugian yang besar bagi SAPP sekiranya pegawai itu benar2 akan meletakkan jawatannya. kalau sudah tidak sehaluan, jangan tunggu lama dan tetapkan pendirian..

    ReplyDelete
  5. Mungkin benar, perjuangan SAPP tidak menepati keinginan parti itu. Maka itulah sebab kenapa ramai yang ingin keluar parti.

    ReplyDelete
  6. Looks like SAPP is having problem too with their party.

    ReplyDelete
  7. Pasal apa pegawai penerangan itu meletak jawatan?

    ReplyDelete
  8. Kita tunggu sajalah pendedahan seterusnya nanti.

    ReplyDelete
  9. Yong terlalu sibuk menjaga tepi kain parti lain, parti sendiri tidak terjaga. Lihat apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  10. Jika kita hendak rakyat pandang dan menghormati serta mempercayai kemampuan kita untuk memimpin, seharusnya tidak timbul masalah dalaman. Tapi jika sebaliknya berlaku sememangnya anda bukanlah seorang individu yang sesuai untuk memimpin.

    ReplyDelete
  11. kemelut dalam SAPP harus diselesaikan dengan baik agar ahli-ahlinya tidak akan keluar dari parti tersebut.Jika benar pegawai penerangan yang mempunyai ramai pengikut itu keluar dari SAPP,tindakan beliau akan disusuli oleh ramai pengikut SAPP yang lain.Jadi,adakah SAPP akan dapat meneruskan perjuangannya jika berlaku demikian?

    ReplyDelete
  12. SAPP Tenom perlu bijak menangani masalah PP itu dari terus menghancurkan SAPP pada keseluruhannya. Mengikut apa yang ditulis dalam blognya memang pedas. Selain itu profail PP orgnya bukan calang2 memang berpengalaman dalam politik..

    ReplyDelete
  13. satu lagi tamparan kepada SAPP.

    ReplyDelete
  14. perjuangan SAPP tidak ada hala tuju..itulah punca utama mereka bertindak keluar dari parti..

    ReplyDelete
  15. SAPP sudah tidak relevan lagi.

    ReplyDelete
  16. SAPP masih relevan kerana belum bersemuka dalam sesuatu pru yg besar selepas keluar BN. Batu Sapi...itu ujian kecil saja. Sekarang ini banyak pemimpin muda masuk SAPP kebanyakkannya golongan profesional seperti Peguam, Doktor, PhD. Di Tenom SAPP dijangka akan menerima kemasukkan serang Peguam, Doktor dan seoran Jurutera komputer. Masalah PP dijangka akan selesai dlm beberapa harini selepas perbincangan secara bersemuka dgn Presiden SAPP, Naib Presiden dan PP itu sendiri Ahad ini (esok).

    ReplyDelete
  17. Baik kita tunggu sampai PRU-13 untuk menilai.

    ReplyDelete
  18. dengar khabar PP SAPP itu tidak menarik balik perletakkan jawatannya tapi nama yang disebut sebut Peguam yg bakal ditampilkan sebagai calun SAPP utk MP Tenom PRU13 adalah saudara terdekat PP dan khabarnya sudah ada perbincangan mereka supaya PP bantu kempen Peguam itu walaupun PP masih juga berdegil akan melepaskan jawatan itu.Kita tunggu saja lah perkembangannya.

    ReplyDelete
  19. Ya, baik kita tunggu perkembangan seterusnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.