Friday, April 15, 2011

SUKARNYA BANTERAS ‘AYAM D7’ DI LABUAN?

Saudara Pengarang,....KAMI penduduk Wilayah Persekutuan Labuan menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien bertindak segera membatalkan permit pelayan di semua Karaoke dan Pub kerana Pusat Hiburan di W.P Labuan telah menyalahguna permit dan Tauke Pusat Hiburan telah menjalankan kegiatan ‘Ayam D7’ (Pelacur).

Untuk makluman Datuk Hishamudin, pelanggan yang mengunjungi pusat hiburan di Labuan 90 % adalah rakyat Malaysia dan bakinya dari Brunei dan luar negara.

Tahun 2007, pemimpin politik Labuan dan ‘Pihak Berkuasa Tempatan’ telah memperdaya Menteri Wilayah Persekutuan bahawa pusat hiburan di Labuan sukar mendapatkan pekerja tempatan untuk bekerja sebagai pelayan; lantas meminta Kerajaan meluluskan ‘Kouta’ membawa masuk pekerja asing dari Filipina untuk bekerja sebagai Pelayan. Akibatnya, Labuan kini menjadi ‘PULAU MAKSIAT’ terkenal di dunia, bukan IOFC atau ‘Oil and Gas’.

Ramai keluarga bercerai berai kerana pulau kecil ini sudah menjadi ‘Syurga Pelacuran’ yang boleh dikesan dengan mudah jika Hishamudin menghantar pegawai risikan KDN ke Labuan.

Pihak berkuasa tempatan hanya menjalankan ‘Ops Tayang’ dan cuma mahu menunjukkan kepada Ibu Pejabat bahawa mereka ada menjalankan operasi setiap bulan.

Kami tidak berniat mengajar pihak berkuasa tempatan cara menangkap atau siasatan kerana mereka lagi mahir dalam tugas penguatkuasaan dan undang undang.

Mesin kuda haram juga beroperasi berleluasa di bandar Labuan tanpa sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan. Sebuah premis mesin judi pernah diserbu oleh Polis IPD Labuan, tetapi kini masih beroperasi di lokasi yang sama dan mungkin komputer yang diangkat ke balai pada masa serbuan dikembalikan kepada sindiket Judi.

Kedua perkara tersebut yang menjadikan ‘Social Ill’ jika tidak dibanteras segera dan tiada maknanya Kerajaan membazir duit dan masa mengadakan ‘Community Policing’ dan melekat poster di bilik ketibaan Lapangan Terbang Dan Terminal Feri ‘Banteras Pemerdagangan Orang’; sila dial 999 atau email www.moha.gov.my

Siapa silap? Kerajaan BN? Pemimpin atau Penjawat Awam? Siapa yang mendalangi kegiatan pelacuran dan judi haram di Labuan?

Kita sentiasa baca di surat khabar satu atau dua orang pelacur ditangkap dan di tuduhan ke makhamah dan disumbat ke penjara kerana melakukan pelacuran di hotel bajet di Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur, tetapi beribu ‘Pelacur Berlesen’ di Labuan tiada tindakan. Sebelum serbuan, semua tauke pusat hiburan sudah tahu kerana pegawai pihak penguatkuasa di dalam ‘Pay Roll’ Tauke Pusat hiburan. Buktinya, belum ada dalam sejarah Labuan, ‘Bapa Ayam’ dan ‘Tauke Pusat Hiburan’ di cekup dan disumbat ke dalam penjara daripada kegiatan haram mereka.

Kami harap SPRM akan siasat Pihak berkuasa seperti Immigresen dan jabatan kerajaan yang lain selepas KDRM diserbu bagi menghapuskan kegiatan rasuah supaya selepas PRU 13, Kerajaan BN akan kekal jadi Kerajaan Malaysia yang disayangi orang Labuan. Kita tidak mahu lihat Kerajaan BN tumbang gara-gara pemimpin dan pegawai Kerajaan yang korup.

Salam Hormat,
SPY SABAHKINI.NET

19 comments:
Write comments
  1. 40 peratus polis boleh ditangkap tanpa bicara kerana mengamalkan rasuah, apatah lagi di pulau sekecil Labuan kerana 40 peratus pegawai polis termasuk Sarjan, Pegawai Penyiasat dan Penolong Pegawai Penyiasat yang sudah kemaruk ‘betina dan wang’ layak dikenakan tindakan undang2 dan penamatan perkhidmatan serta merta.

    ReplyDelete
  2. byk kegiatan haram berlaku di Labuan seperti perjudian dan pelacuran. kegiatan2 ini yang semakin berleluasa di labuan perlu dibanteras. jgn biarkan nama labuan tercemar kerana kegiatan2 ini.

    ReplyDelete
  3. jika terlalu sukar membanteras kegiatan pelacuran dan pusat2 hiburan di Labuan, baik banteras pegawai2 polis yang tidak menjalankan tugas dan menyalahgunakan kuasa..

    ReplyDelete
  4. Masalah ini perlulah ditangani..

    ReplyDelete
  5. Masalah sosial tidak berakhir selagi BN ada syer dalam bidang nie dan buat tutup mata aje nah kenapa orang labuan bising kan mereka yang mau BN menang so happylah apabila YB BN buat tak tau aje hal nie ,itulah kalau kita bagi menang 100% BN maka tiada check and balance maka fikir-fikirkanlah.Sebenarnya kita yang tempah masalah nie apabila kta bagi kauasa satu pihak aje untuk Labuan so mereka naik kepala dengan kebodohan kita.

    ReplyDelete
  6. usaha untuk membanteras kegiatan jenayah perlu sentiasa dilakukan. harap pekara ini dapat diambil perhatian dengam sewajarnya.

    ReplyDelete
  7. It's like a "sin city" there in Labuan!

    ReplyDelete
  8. jika phak polis pun ikut bersubahat, bagaimana kegiatan ini nak dibanteras. jgnlah kita cemarkan negar ktia dgn kegiatan2 tidak bermoral ni.

    ReplyDelete
  9. jika pihak berkuasa sendiri tidak menjalankan tanggungjawab dengan bersih dan amanah,sampai bila masalah ini akan berakhir?jadi,diharap perkara ini dipandang serius dan siasatan perlu dilakukan dengan segera.

    ReplyDelete
  10. harap pihak berkuasa akan melakukan kerja bagi menyelesaikan Ayam-ayam ini.

    ReplyDelete
  11. GHal ini harus ditanggani secepatnya sebelum ia berada di luar kawalan manusia. huhu

    ReplyDelete
  12. Justeru semua pihak harus campur tangan dalam hal ni terutamanya pihak yang bertanggungjawab. Jalankan tugas anda!!!

    ReplyDelete
  13. Labuan sememangnya dah menjadi sarang maksiat.

    ReplyDelete
  14. Pelacuran, pelayan kelab malam, dadah, judi, arak semua boleh dapat di Labuan.

    ReplyDelete
  15. Mau benteras pelacuran dan lain-lain jenayah diLabuan, senang saja kasi menang itu semua calon PAS pada PRU ke 13, kalau masih BN..jangan harap masalah itu boleh selesai.

    ReplyDelete
  16. Mau benteras pelacuran dan semua maksiat yang sedang berlaku di pulau Labuan,..senang saja, pada pilihan raya umum ke 13 nanti, semua calun PAS dikasi menang di Pulau Labuan, dengan itu..maksiat, pelacuran memang chau punya..tetapi kalau masih lagi BN yg menang diLabuan, tunggulah Pulau Labuan dikasi bala oleh TUHAN.

    ReplyDelete
  17. until now mostly all the pub in pulau labuan have many filipinas.they sale there body for rm300.i hope the POLIS IPD LABUAN gonna do operasi to all the pubs in labuan..STOP TH PROSTITUTION IN LABUAN..

    ReplyDelete
  18. mcm mn juga kalau PDRM mmg ada ambil duit bwh meja?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.