Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan ke sarawak sekali lagi malam ini dan akan 'berkampung' di bumi Kenyalang itu sehingga sehari sebelum pilihan raya negeri Sarawak ke-10 berlangsung.
Sebaik sahaja jadual Najib yang juga adalah pengerusi BN disahkan, timbul spekulasi bahawa kemungkin Sarawak akan menyaksikan beberapa kerusi di kubu kuatnya tumbang.
Najib mungkin menjadi perdana menteri pertama yang berkempen sebegitu aktif. Lazimnya, tugas itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri manakala perdana menteri sibuk dengan urusan mentadbir negara di Putrajaya.
Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April 2009, Najib hanya memainkan peranan kecil dalam pilihan raya kecil dan tindakannya kali ini dikata mengejutkan banyak pihak.
Lebih menarik lagi, tahun ini sahaja sudah dua kali beliau melawat Sarawak. Kali pertama pada 19 Mac lalu pada perhimpunan di Serian dan pada 7 April lalu beliau berjalan sekitar bandaraya di Kuching untuk bermesra dengan penduduknya.
Anwar juga di Kuching
Kali ini, tumpuan Najib adalah di bandar-bandar utama – Miri, Sibu dan Kuching – yang sejak beberapa hari lalu menyaksikan ribuan rakyat tertarik kepada ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan rakyat.
Kerusi-kerusi di kawasan bandar-bandar utama itu dikatakan sebagai kawasan gelap di mana parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghadapi persaingan sengit.
Najib juga dijadual melawan pekan-pekan kecil seperti Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Engkilili, Sebuyau, Sadong Jaya, Bau, Bario, Sungai Baram, Lawas dan Limbang.
Sekilas pandang, perdana menteri dilihat cuba meninjau sokongan etnik-etnik berkenaan di kawasan luar bandar yang sebelum dikatakan sebagai 'simpanan tetap' BN.
Dan seperti pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, lawatan Najib tidak akan lengkap tanpa membawa 'ole-ole' untuk rakyat Sarawak.
Pada Khamis pula, beliau akan ke Sungai Baram, kawasan pembinaan empangan Bakun yang kontroversial dan dijadual melancarkan 'klinik terapung 1Malaysia'.
Najib juga akan menghadiri dua perhimpunan di Kuching pada malam ini dan esok dan dijangka membuat beberapa pengumuman penting bagi menarik undi di kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan BN.
Hari ini juga menyaksikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggempur Sarawak dan fokusnya kali ini adalah di Kuching dan kawasan sekitarnya.
Anwar, dijadualkan berceramah di Asajaya, Kuching, Kampung Samariang dan Petrajaya. -MK
We will soon the result.
ReplyDeleteTunggulah keputusan pilihan raya nanti.
ReplyDeleteNajib melawat untuk mendekati rakyat Sarawak.
ReplyDeleteinilah peluang rakyat Sarawak untuk mendekati PM.
ReplyDeletePM juga dapat melihat sendiri apa yang diperlukan dan dimahukan oleh rakyat Sarawak.
ReplyDeleteyakinkan rakyat dengan menjaga kepentingan dan kebajikan mereka.
ReplyDeleteBiar rakyat sendiri yang menentukannya.
ReplyDeleteLihatlah siapa yang akan memenangi pilihanraya akan datang. Berusahalah selagi sempat untuk mendapat kepercayaan dari rakyat.
ReplyDeleteRakyat kena memilih dengan tepat. Lihat calon2 dan keseluruhan parti itu, mampukah memimpin Sarawak dengan baik. Semua aspek kena pertimbangkan, dan jangan sekadar memangkah sahaja.
ReplyDeleteNow that is what i call a prime minister. He definitely should be active in campaigning.
ReplyDeleteThe people will need to vote wisely. May the best party win!
ReplyDeleteRasanya ini bukan bahaya atau sebaliknya. Tapi sebagai seorang PM beliau memberikan sokongan kepada parti beliau.
ReplyDeleteKami yakin dan pasti BN pasti akan dapat memberikan yang terbaik untuk rakyat Sarawak.
ReplyDeletejika kekerapan Najib turun ke Sarawak dikatakan BN dalam bahaya, bagaimana pula jika Najib tidak langsung menjejakkan kaki ke Sarawak? apa agaknya isu yang hendak dimainkan pada waktu itu? Najib mengabaikan sarawak? atau isu yang sama juga akan dimainkan, iaitu BN dalam bahaya??
ReplyDeletebiarlah najib berkempen untuk BN sarawak, sama juga halnya dengan pemimpin pembangkang dari luar sarawak yang datang untuk berkempen..ini adalah satu perkara biasa dalam pilihanraya.
ReplyDeletenajib harus dipuji kerana meluangkan masa sebegitu banyak untuk turun padang..
ReplyDeleteBerabis Najib ni turun padang. hhmm rasanya ini bakal membuahkan sesuatu yang positif
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat sajalah keputusan p/raya nanti.
ReplyDeleteTak sabar nak tengok keputusan pilihan raya itu nanti.
ReplyDelete