Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam tadi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.
Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.
Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware.
Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk.
Jatuh tergolek
Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada.
Dalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu.
Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu.
Seorang hadirin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching.
“Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang,” kata lelaki pertengahan umur yang tidak mahu namanya disiarkan.
Ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong perdana menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir untuk melihat wajah Najib secara dekat.
Seorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu.
Sebelum majlis bermula, semua hadirin diberikan sehelai kemeja T 1Malaysia dan diminta menyarungkannya ketika itu juga. Hadirin juga diberikan burger dan air minuman botol.
Monday, April 11, 2011
Kecoh rebut Tupperware di ceramah PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam ini pun mahu rebut.
ReplyDeleteMasyarakat 1Malaysia sepatutnya tidak berkelakuan seperti ini.Menghadiri ceramah semata-mata untuk mendapat ole-ole bukan satu niat yang betul.
ReplyDeleteole2 tu bukan apa sangat pun, tak perlulah nak berebut sampai macam tu sekali.
ReplyDeletenamapaknya ramai juga yang hadir ceramah tersebut. apa pun, tidak perlulah sampai berebut-rebut.
ReplyDeleteMacam orang yang tidak bertamadun saja, berebut-rebut disebabkan tupperware sahaja.
ReplyDeletewaaa ketara sangatlah mereka tidak pernah mendapat apa2 sebelum ini.
ReplyDeleteApa yang berlaku sangat2 memalukan.
ReplyDeleteSuch uncivilized of them. Its just Tupperware!
ReplyDeleteMungkin barang itu istemewa bagi mereka. Sebab itulah mereka tidak mahu stok habis.
ReplyDeletemacam ni tak kira rasuah ka?
ReplyDeletewahahahaha punyalah lawak... merkea berebut coz barang itu akan jadi bahan sejarah hahaha
ReplyDeletehahhaha.. kesian tapi lawak lah. hahhaa
ReplyDeleteLain kali janganlah berebut, saya yakin ole2 tu pasti cukup utk diagihkan kepada yang datang.
ReplyDeletesetiap ceramah BN, rakyat akan diberikan ole2, makanan dan minuman.. ceramah Pakatan, rakyat pula yang disuruhnya menderma untuk tabung parti itu.. setakat ini Pakatan sudah berjaya mengumpulkan wang rakyat berjumlah puluhan ribu dalam ceramah yang mereka anjurkan.. sudah la tidak membantu rakyat, dikebasnya lagi duit rakyat..
ReplyDeleteKecoh disebabkan Tupperware.
ReplyDeleteMungkin di antara mereka ada juga PATI.
ReplyDelete