Satu laporan polis telah dibuat oleh parti DAP terhadap sebuah klip video yang memaparkan insiden penipuan ke atas undi pos yang berlaku di Sibu petang semalam.
Seorang petugas pilihanraya DAP yang berada di ibupejabat polis Sibu mengesahkan polling agen DAP yang merakamkan insiden berkenaan memberikan kenyataannya pada jam 5.30 petang semalam.
Klip tersebut, yang dikeluarkan pada hari semalam menunjukkan empat orang wanita menyerahkan apa yang dilihat seperti kertas undi kepada seorang lelaki bercermin mata di Wisma Sanyan.
Sebaik saja wanita berkenaan meninggalkan tempat tersebut, lelaki yang tidak dikenali tersebut yang baru menyedari perbuatannya dirakam telah cuba menghalang kamera sebelum merlarikan diri mengikuti anak tangga untuk ke bilik pejabatnya.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, menyelar insiden berkenaan dan menyifatkannya sebagai “sedikit dari kemuncak airbatu yang terlihat”.
“Ia adalah bukti dari riaksi sebahagian orangramai bahawa ada hal yang tidak betul sedang berlaku,” katanya kepada FMT.
“Kita mengutuk sekeras-kerasnya segala bentuk penipuan dan pembelian undi dan meminta pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya menyiasat kes tersebut.”
Liew menambah sekalipun DAP telah menerima aduan terhadap insiden yang serupa, namun parti tidak mempunay cara untuk mengawal atau mengesannya. Beliau mengulangi pendirian parti untuk memperjuangkan setiap satu undi.
“Kita tidak akan berdiam diri,” katanya. “Jadi kita berharap semua pengundi di Sarawak melaksanakan tugasnya di dalam mempastikan pengundian adalah bersih dan adil. Jika anda terlihat insiden yan mencurigakan, anda perlu merakamnya dan kita akan teruskan siasatan.”
Sewaktu dihubungi, Ahli Parlimen Sibu dan Ketua DAP negeri, Wong Ho Leng, menyatakan beliau belum menonton klip video tersebut dan oleh itu belum dapat memerikan komen masing-masing buat ketika ini.
Undi pos untuk pilihanraya negeri Sarawak yang ke 10 bermula jam 9 pagi semalam. Undi pos telah tiba di dalam dua pakeja yang mengandungi borang, dua sampul dan kertas undi.
Pengundi memungut pakej berkenaan di pusat mengundi, memenuhkannya di rumah dan mengembalikan kertas undi yang siap dipangkah bersama dengan borang yang diisikan di dalam sampul. -FMT
Thursday, April 14, 2011
DAP Berjaya Rakam Penipuan Undi Pos. Laporan Polis Dibuat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perkara ini wajar disiasat dahulu.
ReplyDeleteSelain itu, SPR juga perlu tampil membuat penerangan.
ReplyDeleteSPR perlu amanah.
ReplyDeleteKita sendiri susah untuk memastikan. Adakah ini cara pihak lain untuk memburukkan satu pihak. Memalsukan dan membuat lakonan semata-mata.
ReplyDeleteKita fikirlah secara logik.. Seperti perkara ini dirancang terlebih dahulu. Seperti lakonan demi yang direka-reka. Memang beginilah sekarang, banyak pihak mengunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang lain. Jadi rakyat sendiri boleh memikirkan secara logik apa yang berlaku. Fikir dan analisis sendiri.
ReplyDeleteDiharap perkara seperti ini tidak berlaku secara berleluasa.sebarang bentuk penipuan undi harus dihentikan.jika ada pihak yang kedapatan,jatuhkan hukuman kepada mereka.
ReplyDeleteSebelum video ini :
ReplyDeleteLelaki Kaca mata> dia beritahu kawannya yang ambil video..Nt ko ikut aku ko rakam apa yang aku buat..aku mahu bagi undi pos dengan orang..
Pengambil video> Ok, nt ko bagi tahu bila..
Semasa pengambilan :
Lelaki kaca mata> Pura-pura melakonkan seperti memberikan kertas undian pos..maka dengan tidak semana-mana kawan yang ambil video dengan datang merakam dengan jelas perkara ini.
Pengambil video> Pura-pura seperti perkara ini benar-benar berlaku.
Aksi kejar-mengejar itu hanya untuk menarik penonton supaya percaya perkara itu seperti benar-benar berlaku.
video tersebut patut disiasat bagi memastikan kesahihannya.
ReplyDeletebetulkah ini adalah penipuan ke atas undi pos? betulkah kertas itu adalah kertas undi? atau mungkin pendapat sdr BekasAhliPR adalah benar?
ReplyDeletebelumpun ada siasatan sudah dikatanya “Kita mengutuk sekeras-kerasnya segala bentuk penipuan bla, bla, bla..."
kenapa tidak cakap kita mengutuk sekeras2nya pemimpin yang terlibat dengan video seks?? bila sebelah pihak yang buat walaupun belum disiasat pasti dikutuk kaw2.. tapi bila pihak mereka yang buat jangankan dikutuk, malah dihalalkan..
senang cerita nafikan saja video itu.. cakap la cermin mata lelaki dalam video tu besar, atau telinga lelaki tu kecil.. kemudian cakap semua ini didalangi oleh pakatan yag berniat mahu merampas Sarawak..
ReplyDeletebenarkah vedio tersebut atau hanya dijadikan bahan untuk mendapatkan sokongan..apa pun biarlah ianya disiasat.
ReplyDeleteThis matter should be investigated immediately.
ReplyDeleteThe video could be an act made by DAP to use it as their way to fish votes from the voters.
ReplyDeletewhen making your judgment over something, dont rely on your first impression..the same practice should be applied when watching this video...
ReplyDeletehal ini wajar disiasat dengan terperinci oleh pihak SPR.
ReplyDeletejika benar dakwaan tersebut maka secara jelas amalan demokrasi dicabuli oleh pihak tertentu..
ReplyDeletediharap pihak SPR akan mengambil serisu dan mengutamakan isu ini..
ReplyDeleteSudah lapor polis, apa polis buat?
ReplyDeleteTunggulah perkembangan lanjut.
ReplyDelete