Monday, April 4, 2011

Suriati tidak gentar tumbangkan KM Sarawak

Pemilik kedai runcit Suriati Abdullah, 50, yang kecil molek mungkin bukan seorang yang dikenali ramai tetapi mempunyai misi dan cita-cita besar.

NONESebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, beliau tidak gentar menghadapi nama gah dunia politik Sarawak.

"Saya akan menumbangkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi Barisan Nasional negeri.

"Saya mempunyai isu-isu besar (yang mahu diketengahkan) dan orang ramai menyokong saya," dakwanya ketika ditemui selepas menerima surat perakuan sebagai calon PKR pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Suriati berkata, keluarganya membantah pencalonannya sebagai calon tetapi suaminya menyokong keputusannya untuk bertanding pilihan raya.

NONEBeliau mendakwa sokongan kepada PKR di peringkat akar umbi terutamanya di kalangan masyarakat Melanau, Cina dan Iban sangat memberangsangkan.

Suriati, yang juga lepasan sekolah menengah, berkata akan menjadikan isu tanah, geran hak milik tanah dan ketiadaan infrastruktur serta kemudahan awam yang baik dalam kempennya.

- Bernama

10 comments:
Write comments
  1. clean fight not by hook or by crook

    ReplyDelete
  2. Selamat berjuang, Suriati. Calon wanita semakin popular sekarang.

    ReplyDelete
  3. lihat sahajalah berapa ramai orang yang menyokong Suriati.

    ReplyDelete
  4. serahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan..

    ReplyDelete
  5. All up to the people.

    ReplyDelete
  6. kuatkan semangat,teruskan perjuangan

    ReplyDelete
  7. dlm p'tndingan pa2 pn blh b'laku...Siapa sangka Dato Samy Vellu boleh kecundang di Sg Siput... SEJARAH boleh berulang di Sarawak... Sama-samalah kita tunggu..suriati kuatkn semangat dan teruskn perjuanganmu s'hngga b'oleh k'jayaan....hidup PR.

    ReplyDelete
  8. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Appaun, selamat berjuang.

    ReplyDelete
  9. semoga misi dan cita-cita Suriati berjaya..

    ReplyDelete
  10. Apa pun seiapa orang ada cara mereka tersendiri. Kita lihat saja nanti adakah suriati berjaya atau tidak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.