PETRONAS, syarikat minyak negara, pada Sabtu diminta menyegerakan pembinaan satu sekolah teknikal di negeri ini yang khusus bagi melatih anak-anak negeri Sabah, khususnya dari golongan Bumiputera, di dalam bidang minyak dan gas.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang juga anggota Parlimen Kimanis, berkata langkah Petronas itu akan membuka peluang kepada tenaga kerja negeri ini untuk merebut peluang pekerjaan di dalam sektor itu yang dilaksanakan di Sabah kelak.
Di dalam hubungan ini, Petronas perlu juga memberi peluang kepada syarikat perniagaan Bumiputera Sabah sendiri untuk melaksanakan kerja yang berkaitan minyak dan gas di negeri ini, katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-13 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Sabah, beliau juga telah meminta Petronas membina loji di kawasan Kimanis minyak dan gas di sini.
Katanya sehingga ini tidak banyak yang dilakukan Petronas selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan DPMM Sabah berkaitan projek minyak dan gas di kawasan Kimanis.
Beliau juga melahirkan kekecewaannya apabila Petronas didakwanya tidak menepati syarat selepas penduduk Kpg Takis, Papar di dalam kawasan Kimanis, menyerahkan kawasan tanah adat seluas 100 hektar bagi pembangunan satu terminal minyak dan gas.
Sehubungan itu, beliau juga berharap Peronas tidak memberi keutamaan semata-mata kepada Bintulu di Sarawak bagi membina projek berkaitan minyak dan gas, malah untuk menyediakan projek di Sabah, agar kesan limpahannya dapat dirasai oleh semua penduduk negeri itu (BERNAMA).
Saturday, April 30, 2011
Anifah Bidas Petronas Kerana Gagal Tunai Janji
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hope that Petronas will fulfill their promise according to the contract.
ReplyDeletesekolah teknikal berkenaan adalah satu langkah persiapan yang baik supaya peluang pekerjaan dalam sektor minyak dan gas di negeri Sabah kelak dapat diisi oleh penduduk Sabah sendiri.
ReplyDeletePetronas perlu melaksanakan janji yang mereka berikan untuk projek-projek berkenaan minyak dan gas yang dibuat di Sabah.
ReplyDeleteWhatever promises that were made must be fulfilled.
ReplyDeleteFailing to fulfill the promises will make the people to turn against u.
ReplyDeletepetronas perlulah menepati janji dan membina satu sekolah teknikal di negeri ini yang khusus bagi melatih anak-anak negeri Sabah, khususnya dari golongan Bumiputera, di dalam bidang minyak dan gas.
ReplyDeletesekolah teknikal perlu ditubuhkan bagi melatih bumiputera sabah dalam bidang minyak dan gas. ini memudahkan petronas untuk mendpatkan tenaga mahir yang mereka sendiri latih.
ReplyDeleteJanji mesti ditunaikan. Anak Sabah harus diberi keutamaan dan peluang dalam segala projek Petronas di Sabah.
ReplyDeleteharap YB sabah menyokong MP kimanis,memang patut disuarakan jangan tidur dirumah banglo tapi katil disiring tandas
ReplyDeleteInilah pemimpin yang berani dan lantang bersuara untuk rakyat.
ReplyDeletePetronas patut menunaikan janji memberikan peluang kepada kaum Bumiputera di Sabah.
ReplyDeletebolehkah syarikat besar seperti petronas dikenakan tindakan undang2 jika tidak menepati syarat atau tidak mematuhi perjanjian?? syarikat2 besar yang hanya tahu mengaut keuntungan perlu juga 'diajar'..
ReplyDeleteBenar, kita mengharapkan biarlah rakyat tempatan sendiri diberikan peluang untuk terminal minyak dan gas di Kimanis yang dalam pembinaan tersebut.
ReplyDeletePetronas harus tunaikan janji mereka.
ReplyDeleteHarap hal ini mendapat perhatian sewajarnya dan petronas harus mengotakan janji yang telah dilafaz demi kebaikan semua pihak.
ReplyDeletePetronas sudah berjanji memberikan peluang kepada warga bumiputera Sabah. Mereka wajib menunai janji mereka.
ReplyDeletePastikan Petronas tunaikan janji mereka.
ReplyDelete