Sunday, April 10, 2011

Sarawk: Najib kembali Petanda BN dalam keadaan genting?

Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak yang baru melawat Kuching kelmarin, akan kembali semula ke bumi kenyalang pada hari esok, malah akan berulang-alik antara Semenanjung dengan Sarawak, sehinggalah Jumaat minggu depan.

Jadual perjalanan Najib mencungkil pertanyaan, sama ada keadaan di Sarawak telah menjadi genting buat BN?

Sejak hari penamaan calon pada 6 April, ceramah anjuran DAP di kawasan bandar seperti Kuching, Sibu dan Miri mendapat sambutan yang hangat, malah "angin perubahan" juga kencang di sesetengah kawasan bumiputera. Najib yang baru sahaja menjelajah hampir semua pelusuk di kawasan Kuching kelmarin, akan kembali semula ke sini pada hari esok untuk program mesra rakyat.

Menurut notis media yang diedarkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Najib akan tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 7.40 petang esok, dan akan menghadiri program mesra rakyat di stadium tertutup MBKS di Bintawa Kuching pada jam 8.30 malam.

Kemudian, Najib akan melawat Kuching, Betong, Lubok Antu pada keesokannya, dan bertolak balik ke Kuala Lumpur. Pada 12 April, Najib akan kembali ke Kuching pada waktu malam, melawat Engkilili, Sebuyau dan Kuching pada 13 April. Pada malam 13 April, Najib akan meneruskan perjalanan ke Miri, dan melawat Marudi, Ba'kelalan, Limbang dan lain-lain lagi pada 14 April.

Pada 15 April, Najib akan menjelajah kawasan Miri, termasuk Kapit, Song dan sebagainya, sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada jam 1.45 petang.

Apa yang menarik, kawasan di mana Najib turun untuk lawatan adalah kawasan "panas" yang disenaraikan ahli akademik. Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Faisal Syam Hazis (gambar kiri) sebelum ini menyenaraikan 29 kawasan hangat, antaranya 15 kawasan majoriti pengundi Cina, 7 kawasan Iban, 3 kawasan Melayu/Melanau, 2 kawasan Bidayuh dan 2 kawasan orang Ulu. Menurut beliau, 29 kawasan tersebut bakal menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan Pakatan Rakyat.

Tujuh kawasan Iban adalah Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Ngemah, Pelagus, Kemena, dan Batu Danau.

Tiga kawasan Melayu/Melanau adalah Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas.

Dua kawasan Bidayuh adalah Kedup dan Bengoh.

Dua kawasan orang Ulu adalah Belaga dan Ba'Kelalan.

SUPP memisahkan diri dari Taib Mahmud

Sentimen "Undur Taib" semakin menyemarak sejak pilihan raya negeri berlangsung, terutamanya di beberapa kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina. Kawasan bandar ini kebanyakannya dipertandingkan calon SUPP, yang kelihatan semakin sukar untuk menangkis tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan Taib Mahmud. Malah, teori "wakil dalam kerajaan" oleh SUPP turut disanggah oleh pembangkang.

Calon SUPP Pending Sim Kui Hian misalnya, cuba mengaitkan program Taman Kenyalang Rivival dan "Bintang Walk" di Jalan Padungan dengan kerajaan persekutusan dan PM Najib, mungkin sebagai petanda untuk mengasingkan diri daripada Taib Mahmud. Malah, slogan "transformasi" SUPP juga adalah tiruan daripada slogan Najib. -MR

18 comments:
Write comments
  1. Barang Naik BN, harap naikan lagi minyak RON95 dan makanan asasi pasti menang punya bila PRU Sebab rayat masih bodoh macam u fikir.

    ReplyDelete
  2. Rakyat menilai sendiri sajalah.

    ReplyDelete
  3. Ada baiknya Najib kembali ke Sarawak, hal ini kerana beliau akan dapat mendekati rakyat dengan lebih mesra. Disamping dapat menganalisis keperluan rakyat di kawasan tertentu.

    ReplyDelete
  4. Bagi ssya ini adalah untuk kebaikkan bersama. Najib sanggup turun ke Sarawak dan ini sudah tentu berita yang mengembirakan, jika kita berfikiran positif. Adalah lebih baik Najib berkujung dan melawat Sarawak daripada tidak ada langsung!

    ReplyDelete
  5. Najib kembali kerana beliau berasa seronok di sarawak dan ingin menjalinkan perhubungan yang baik dgn penduduk sarawak.

    ReplyDelete
  6. Najib kembali ke Sarawak, itu baik kepada Sarawak kerana mendapat perhatian yang tinggi daripada PM.

    ReplyDelete
  7. apa pun, ini peluang penduduk Sarawak untuk mendekati PM dan membolehkan PM mengetahui keperluan rakyat di Sarawak.

    ReplyDelete
  8. Najib mahu memberikan komitmen kepada rakyat dan juga memberikan sokongan padu kepada calon yang bertanding. Najib mahu melihat sendiri bagaimana calon-calon melakukan kerja mereka.

    ReplyDelete
  9. Najib mahu melihat sendiri slogan 1 malaysia. Adakah rakyat Sarawak memberikan sokongan dengan slogan tersebut?
    Untuk PRN ini, kita sendiri sukar untuk menilai kebarangkalian kerusi yang akan dikuasa BN dan pembangkang untuk PRN Sarawak ini. Apa pun setiap calon harus melakukan yang terbaik.

    ReplyDelete
  10. I think its a good thing that PM come down to sarawak. Nothing wrong with that.

    ReplyDelete
  11. Najib datang ke Sarawak untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat di sana

    ReplyDelete
  12. samada kawasan yang dilawat itu merupakan kawasan panas atau tidak, yang penting beliau mampu meluangkan banyak masa di Sarawak walaupun sibuk berhadapan dengan hal2 negara.

    ReplyDelete
  13. jika Najib kembali petanda BN dalam keadaan genting, bagaimana pula jika Najib tidak pernah turun ke sarawak atau hanya sekali melawat? adakah itu bermakna BN dalam keadaan selesa??

    ReplyDelete
  14. kenapalah kalau najib betul2 komited untuk berkempen untuk BN sarawak? demikian juga halnya dengan pemimpin2 pembangkang..

    ReplyDelete
  15. apa2 pun, tunggu dan lihat keputusan PRN sarawak nanti.

    ReplyDelete
  16. Ok lah tu Najib rajin turun padang. Kalau tak turun nanti timbul isu lain pula. huhu

    ReplyDelete
  17. Apapun, pandai2lah rakyat membuat penilaian nanti.

    ReplyDelete
  18. Tak sabar nak tunggu keputusan Pilihan Raya nanti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.