Monday, April 4, 2011

RAKYAT PERSIANGAN MENDERITA KERANA KURUP

PENJELASAN dengan huraian panjang lebar Kalawon PBRS berhubung kemunduran Sook dan Nabawan 47 tahun lalu bagaikan beliau tidak yakin dan meragui kelibat dan prestasi pemimpin terdahulu, seolah-olah mereka itu dipersendakan mengikut ‘interpretasi’ yang dicoretkan itu.


GAMBAR...Kurup terpaksa angkat langkah seribu kerana mahu diserang beberapa lelaki ketika hari penamaan calon Parlimen Pensiangan kerana didakwa berpakat melakukan penipuan bersama Pengurus Pilihanraya sehingga ramai calon tidak dapat bertanding.

Namun kemunduran di masa lalu rakyat di kedua-dua kawasan ADUN iaitu Sook dan Nabawan serta Parlimen Pensiangan sudah mengenalinya; malah sudah difahami mereka keperitan hidup mereka.


Tetapi keperitan hidup seperti itu ia bukan sekadar dirasai Sook dan Nabawan bahkan di seluruh Sabah kerana ketika itu Sabah baru juga terlepas daripada belenggu penjajahan British.


Malangnya selama 47 tahun Sabah bersama Malaya membentuk Malaysia dan Tan Sri Kurup sudah mengguna 28 tahun daripada usianya sebagai ‘Wakil Rakyat’ Sook dan kini Ahli Parlimen Pensiangan, namun kemunduran masih terdapat di kawasan- kawasan yang beliau pernah wakili.


HADIAH....Inikah hadiah PBRS kepada penduduk Pensiangan?


Contoh paling ketara ialah kemunduran infrastruktur jalanraya masuk ke perkampungan (terlalu banyak untuk disebut), Hospital Nabawan yang pernah dijanjikan Perdana Menteri Dato’Seri Najib Razak (Menteri Pertahanan ketika itu) sekitar tahun 1994 masih terbengkalai.


Kurup bernasib baik kerana jalanraya dari Keningau ke Nabawan dan Sepulut dapat dinaiktaraf dan diaspal ketika Kurup sudah berada dalam BN dan atas bantuan UMNO Pensiangan yang melobi projek tersebut di peringkat kerajaan Kerajaan Persekutuan.


Persoalannya, ketika Kurup berada dalam PBS, mengapa jalanraya itu masih tanah merah, licin dan berdebu ketika musim kemarau jika Kurup seorang yang cerdik membangunkan kawasan yang diwakilinya?


CANGKUL....Sepatutnya Kurup yang menyangkul jalan yang tidak dapat dilalui kenderaan ringan ini dan bukannya pembayar cukai yang malang ini.


Ketika rakyat Sabah dalam keadaan kebimbangan dan ketakutan kerana masalah kebanjiran 600,000 PATI di Sabah yang diberi Kad pengenalan dan kerakyatan palsu, tidak pun kedengaran suara-suara lantang Kurup, sama ada di Parlimen mahupun di mana-mana forum kerajaan; kecuali Timbalan Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing yang kelihatan berani dengan wadah perjuangannya mengusulkan kepada kerajaan Persekutuan, khususnya Menteri Dalam Negeri supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI.


Sesungguhnya, kelantangan Bumburing dalam menyuarakan desakan demi desakan beliau kepada kerajaan agar menyahut gesaan rakyat, namun Kurup dalam soal ini telah membisu dengan seribu bahasa. Sedangkan di barisan pembangkang terdiri daripada SAPP, PKR, PAS dan DAP kini bertungkus lumus memungut tanda tangan rakyat menyokong saranan Bumburing supaya KDN segera menubuhkan RCI.


Tentunya rakyat Sabah teringin sangat mahu bertanya bahawa di mana letaknya pendirian Kurup dalam menyelesaikan masalah Sabah yang dikategorikan sebagai ‘isu nasional’ sedangkan Kurup berada di barisan kerajaan BN.


Sedar atau tidak bahawa isu PATI seramai 600,000 orang adalah merupakan ‘ibu segala gala masalah sosial di Sabah malah ia turut membebani rakyat pembayar cukai kerana menggunakan wang itu untuk mengurus PATI’.

Kedangkalan Kalawon PBRS menerima konsep FMU, malah disifatkannya sebagai suatu perkara yang menyusahkan rakyat, juga menunjukkan Kalawon PBRS cuba bermain ‘teka silangkata’ (crossword) dalam politik, kerana kewujudan FMU bukan diwujudkan atau diluluskan oleh Yong Teck Lee (YTL) berseorangan atau melalui Kisah 1001 malam; malahan kertas kerja/master plan bagi penubuhan FMU telah dibentangkan ketika mesyuarat kabinet negeri yang turut dihadiri dan dipersetujui Kurup ketika itu. Kenapa beliau tidak membantah malah bersetuju. Jadi, Kalawon PBRS mahu salahkan siapa?


TARIK.....Yah! Yah! Tarik, Jangan tak tarik. Tarik sampai Kurup turun.


Sekiranya dakwaan atau andaian Kalawon PBRS merasakan FMU dirancang semata- mata menyusahkan rakyat pada keseluruhannya, Kalawon PBRS sepatutnya menuding jari kepada Konsultan yang merumuskan perkara penubuhan FMU termasuk EPU (Economic Planning Unit) kerana menghasilkan produk yang menyusahkan rakyat dan bukannya petualangan YTL.


Kebatilan Kalawon PBRS yang terus menerus mendabik dada konon Sook dan Nabawan sudah berubah jauh lebih baik daripada dahulu, sudah pasti diakui kerana atas pertolongan BN dan UMNO yang berada di Pensiangan dan bukannya Kurup dan PBRS bersendirian; sebaliknya kemajuan itu terhasil daripada perkongsian kuasa dalam BN yang meliputi UPKO dan UMNO.


Rakyat Nabawan dan Sook telah mengalami sendiri bagaimana keperitan hidup mereka dari segi pengabaian tanggung jawab Kurup dan PBRS menangani masalah jalanraya seperti jalanraya Kg Bonor yang senantiasa bermandi lumpur ketika musim hujan; Kg Lintuhun Baru; Kg Namatan Baru dan Kg Bambangan Baru. Bentuk senario beginikah yang Kalawon PBRS katakana Sook dan Nabawan sudah berstatus maju?


REDAH.... Pungut Emut dan anaknya terpaksa meredah sungai Ulu Mesopoh kerana tiada jambatan ke kampung mereka. Bagaimana kalau banjir? Apakah Kurup berbahagia jika penduduk kampung menjadi sarapan buaya?


Sejak Kurup menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, beliau tidak langsung menyuarakan masalah alam sekitar Sabah yang tercemar terutama oleh bateri asid plumbum yang berbahaya dan tidak ada sebarang penguatkuasaan terhadap kuari batu dan pasir secara haram; apatah lagi melibatkan kepentingan isteri beliau di Keningau.


Jabatan Alam Sekitar Sabah hanya menjadi hiasan kerana tidak ada sebarang penguatkuasaan di kawasan pembalakan haram dan halal, terutama yang tidak diluluskan kajian EIA, namun sehingga kini masih beroperasi dan mencemar alam sekitar.


Disebabkan Kalawon PBRS telah mencabar Larry dan SAPP turun padang, kumpulan Komunikasi dan Perancang Strategik SAPP akan melakukan tinjauan secara menyeluruh dan ia bukan sahaja dapat dilihat melalui portal atau media cetak tetapi boleh dilihat melalui Youtube, SabahTV atau SAPPTV supaya apa yang berlaku di sekeliling dapat ditonton secara realistik dan bukan sandiwara.


Selepas ini apakah Kurup akan lari atau melarikan diri daripada Pensiangan atau bersedia kalah di Pensiangan yang sudah 70 peratus dalam genggaman SAPP!

Oleh: KALAWON SAPP (sabahkini)

35 comments:
Write comments
  1. Saya pernah beberapa kali ke Nabawan,saya anggap penulis tidak merungkai masalah kesemuanya kawasan tersebut.Ianya lebih teruk dari itu.Ada jalan yg langsung tidak boleh dilalui oleh kereta untuk ke sekolah.

    Bangunlah Rakyat Nabawan Pensiangan,tinggalkan orang-orang yg hanya pandai ambil kesempatan.Buat apa sokong BN kalau keadaan Infrastruktur masih juga macam 40 tahun yg lalu.Hanya orang yg tak tau berfikir saja yg akan mempertahankan keadaan ini.

    ReplyDelete
  2. Nabawan, Pensiangan, sook ya perlu membangun, pembangunan fizikal, mental dan ilmu pengetahuan.Saya heran di kawasan pendalaman keningau ini semuanya tiada pembangunan infrakstruktur, lebih2 lagi jalan raya masuk kampung-kampung, sekurang-kurangnya ditaruh batu supaya keras dan boleh dilalui pada musim hujan atau kemarau. hakisan tebing sungai pun tidak dipeduli oleh pemimpin di keningau pedalaman ini, jadi rakyat keningau dapatlah gambaran bahawa kenapa dan bagai mana supaya mendapat wakil rakyat yg berjiwa rakyat dan dapat memberikan pembangunan kemudahan dan keselamatan rakyat pendalaman keningau, hinggalah ke pansiangan, nabawan. soook dan banyak lagi kampung2 kecil dikawasan keningau.

    ReplyDelete
  3. Kurup, tunaikan tanggungjawab anda, rakyat sudah marah.

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya infrastruktur asas seperti jalan raya patut ada, harap kerajaan akan memandang serius masalah kekurangan fasiliti di kawasan luar bandar.

    ReplyDelete
  5. Kurup sebagai wakil rakyat Persiangan perlu memainkan peranannya dalam membangunkan Persiangan yang benar2 mundur.

    ReplyDelete
  6. harap usaha untuk memajukan kawasan berkenaan akan dapat dilakukan demi keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  7. Harus ada pembaharuan. Jika tidak, nescaya PBRS akan jatuh di masa akan datang.

    ReplyDelete
  8. Bertindak sebelum semuanya terlambat. Jika tidak selamat tingal untuk PBRS.

    ReplyDelete
  9. jika wakil rakyat persiangan tak ambil berat dgn keadaan penduduk. sokongan penduduk boleh beralih kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  10. Kurup haruslah laksanakan tanggungjawab dia sebagai wakil rakyat. Jangan kecewakan rakyat!

    ReplyDelete
  11. Bukan Kurup saja,ramai wakil rakyat BN Sabah yg tidak peduli kawasan,Keningaupun apa kurang.Ada Kampung yg dilanda hakisanpun tidak dipeduli.Mari kita Balas pada PRU13.Buat apa pemimpin yg mau jawatan saja tapi lupa tanggung jawab.

    ReplyDelete
  12. apa juga kurang kawasan Liawan masih lagi jauh ketinggalan...tambah dan ganti bini baru ada lah.....

    ReplyDelete
  13. pemimpin sabah hanya pandai kasi maju diaorang punya harta. orang kampung peduli apa biasa juga hidup susah.bah ini kali pilihanraya jangan kasi naik lagi diaorang tu...nanti padan muka kita sendiri...

    ReplyDelete
  14. Betul jugalah kawasanh itu masih mundur lagi. So Kurup perlu lakukan sesuatu atasi masalah ini.

    ReplyDelete
  15. Semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  16. salam 1 malaysia. begitulah natijahnya kesabaran pengundi di sabah yg sentiasa di tipu dan tertipu oleh wakil rakyat yg mereka pilih. saya tak pernah menyesal di atas apa yg terjadi pada penduduk di sabah sebab saya tak pernak memangkah atau mengundi wakil rakyat di kawasaan saya meskipun saya tersenarai dlm pilihanraya.semuanya bikin sakit hati dan saya jijik bila melihat semua muka wakil rakyat.

    ReplyDelete
  17. Ini semua bukan salah pemimpin atau YB yang dipilih, Rakyat juga yang pilihkan, Rayat yang pigi mengundi, rakyat undi YB menanglah YB tu, siapa yang patut disalahkan, YB kena undi dan menang...jadi YB lah dia. Buat kerja atau tidak YB punya urusanlah, buat apa susah-susah urus rakyat, cari kekayaan untuk diri sendiri, keluarga, suku sakat kan lebih menguntungkan YB, manalah tau pilihan raya akan datang kalah mana ada peluang lagi, musim jadi YBlah ada peluang..gasak apa yang ada, jangan peduli sama rakyat, pedulia apa sama rakyat...rakyat pengundi di keningau semuanya bebal, bodoh senang ditipu..padan muka kamurang YB tidak peduli.

    ReplyDelete
  18. Rakyat yang mengundi YB tersebut, kalau YB itu tidak dapat melakukan tugasnya, rakyat juga boleh mengundi keluar mereka.

    ReplyDelete
  19. rakyat menderita kerana Kurup?? macam lah Kurup yang musnahkan jalan, membawa bencana kepada rakyat di Pensiangan..

    ReplyDelete
  20. Hehehehehe dah 40 tahun merdeka dalam BN memang maju Nabawan dan sook.Nah rasakan kau orang yang undi BN (barang Naik) sepatutnya kau orang happy kena kasih bodoh oleh BN and nanti PRU 13 kena kasih 10kilo beras+RM50 kau orang lupa lagi dan undi lagi BN begitulah seterusnya sampai 1000 tahun.

    ReplyDelete
  21. Mungkin kita masih lembab dalam politik sehingga sentiasa tertipu olih BN iayalah janji indah khabar dari rupa,dari pemerhatian aku jalan raya Sabah paling teruk di Malaysia kalau tak percaya pergilah ke Serawak dan semananjung malaysia lihat 80% perbezaan.Kita Sabah dah merdeka dan bernanaung dibendera BN tapi jauh ketinggalan infra malah Pulau Labuan pun tergadai ,bandingkan Melaka apa hasil pendapatan negerinya berbanding Sabah tetapi lebih terkedepan malah ada pemprosesan minyak pula walhal mana ada telaga minyak macam Sabah,Kesian Sabah masih dibuai janji manisBN malah semangkin terhimpit rayat Sabah oleh PTI yang bakal mengambil tempat peribumi termasuk keistemawan lihat sehaja hospital PTI pun dapat kemudahan.

    ReplyDelete
  22. Sampai bila rakyat menderita dengan pemimpin yang tidak ada jiwa rakyat. Rakyat menderita bertahun-tahun menunggu janji yang diberikan. Namun tidak dikotakan pun. Harap pemimpin sedar akan kesusahan rakyat untuk memberikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu. Tapi apa yang mereka dapat.

    ReplyDelete
  23. Apa rayat keningau mau dari YB, 10 kg beras + RM 50, cukuplah tu kan, jadi kalau orang keningau belum sedar..bah, jangan bising bah kamurang kalau itu ini tidak dapat...siapa calun pru ke 13. kalau ambil orang kampung jadi calun lagi bisu di dewan undangan negeri waktu bersidang, lebih-lebih lagi kalau jadi MP, lagi..tambah-tambah bobou,.Tinguklah wakil rakyat kita (sabah) di perlimen, tidak tau otak taruh dimana...tidak tau apa yang dia cakap, pasal wanita penyebab kemalanganlah, sayaitan besarlah...malulah orang sabah kalau mp kita punya jln pikiran macam ini, wakil MP kita apa fikiran begini.. cerdik sikit bah MP, YB...orang sabah, rakyat sabah mau terbela nasip, itu..banyak tebing sungai dikeningau runtuh,...itu,..jalan raya perlu di buat lebih baik...banyak, dan banyak, banyak lagi.

    ReplyDelete
  24. Sebenarnyakan kalau kau orang nak Sabah berdaya compition macam Semananjung maka baik PRU 13 kita ubah undi pakatan baru ada check n balance jgn biar UMNO/BN(barang Naik) menang manopoli,Kalau BN menang 90% nah siapa yang mau tegur mereka ini,itulah YB kita besar kepala tidak ambil tau rayat sebab dia tau BN menang juga.Kalau sekadar rayat cakap dekat kedai kopi pasti YB cakap kau siapa u bodoh lah jawabnya.

    ReplyDelete
  25. neji komen kau kan macam budak tadika,memanglah si Kurup tidak kasi rosak itu jalan tapi dia lah bertangungjawab sebab kalau tidak pandai buat kerja kenapa pandai mau jadi YB.Itulah kecil tidak mau mampus sudah besar kasih susah rayat saja.

    ReplyDelete
  26. Sebagai YB, kurup sepatutnya menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.

    ReplyDelete
  27. Sekarang YB Kurup dah buktikan yang dia tak mampu menunaikan tanggungjawab maka rayat patut tukar ini YB,janji pandai cakap pandai kerja auta bagus kurup jadi tukang kurup wang rayat lagi baik boleh kirim salam good bye coming PRU13.

    ReplyDelete
  28. c neji tu mimang gitu2 saja komen dia itu d sabahdialy ni..pro BN..jgn kamurang marah2 bha gaman.. kamu x nampak ka gambar c kurup itu kena bubut mau kena pukul.. kalau dia x main tipu time pilihanraya ke 12 tu hari kompom dia kalah bha.. ini main kantau sama spr sampai manang x bertnding.. PRU 13 ni suruh saja dia bertanding d kawasan c neji 2.. atau c neji 2 mau kasi jadi c kurup 2 bapa angkat dia..

    ReplyDelete
  29. Aik Anonymous diatas sampai hati kau komen macam tu sama c Neji nanti dia meraju kan sunyi juga kita tanpa amarah BN nya itu.

    ReplyDelete
  30. Ko Neji- ko p lah d pensiangan, klu ko boleh hidup selesa d sana, klu waktu mengundi, BN kata pembela rakyat. Tunggu pru 13 akan dtg ni, klu itu BN dapat lagi aku punya GARIT.

    ReplyDelete
  31. paling paling si neji ini tinggal dibandar baini, mana la dia kenal erti susah, itu la neji cuba kau buat trip kembara ke luar bandar masuk kampung baru kau rasa apa orang kampung rasa, kici juga sikit perut kau itu tida lg boroi,jagan kau malar lepak di upperstar saja aramiti terus neji

    ReplyDelete
  32. haiya kurup2..cuba kaw pg tingl sni dlu 2 3 buln ka..senang ka nda ko duduk sni..

    ReplyDelete
  33. Kalau sudah tahu bagaimana orangnya, pandai-pandailah bila mengundi nanti.

    ReplyDelete
  34. Pensiangan>Nabawan>Sook satu2nya lubuk yg ada buat pbrs/TS Kurup survive his political dn dlm masa yg sama party2 komponen BN lain ingin sangat mencuba kawasan ini berpolitician,tiba masanya kita mencuba suasana baru dgn pemimpin yg baru dlm pru-13.

    ReplyDelete
  35. Bah! kalau kerbau tua tidak lagi mampuh tarik ragus lebih baik sembelih saja dan tukar dengan kerbau lebih bertanaga.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.