Parti komponen BN Sabah, sepatutnya duduk berbincang bersama dan bukan meluahkan rasa tidak puas hati menerusi media, kata timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin.
Menurut beliau tindakan sedemikian bukan saja tidak menyelesaikan masalah, tetapi juga boleh menimbulkan kekeliruan serta mewujudkan tanggapan berlaku perbalahan pada kalangan anggota BN.
"Saya minta semua parti komponen yang ada masalah yang perlu ditangani agar duduk berbincang dan menyelesaikan isu berbangkit dengan cara berhemah.
"Kita sebuah keluarga. Kita perlukan satu sama lain khususnya ketika berdepan dengan pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program kemasyarakatan, di Kota Kinabalu hari ini.
Yahya yang juga setiausaha Umno Sabah mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik Datuk Chin Su Phin baru-baru ini yang mendakwa keputusan pilihan raya Sarawak berpunca daripada kegagalan BN memenuhi keperluan rakyat, khususnya komuniti Cina.
Chin juga dilapor berkata isu kepimpinan yang melanda BN Sarawak adalah sama dengan situasi di Sabah.
- Bernama
Saturday, April 23, 2011
Masalah S'wak - Sabah sama, LDP diminta bincang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LDP sebagai sebuah pasri komponen Bn seharusnya berbincang bagi setiap masalah, bukan mendedahkannya kepada media. mendedahkan hnya merumitkan lagi keadaan. berbincang adalah jalan baik bagi setiap masalah.
ReplyDeleteIsu kepimpinan yang dihadapi oleh BN di Sarawak perlu dijadikan satu pengajaran buat parti LDP bagi menghadapi pilihan raya seterusnya.setiap masalah atau rasa tidak puas hati yang timbul dalam parti adalah lebih baik diselesaikan melalui perbincangan daripada diluahkan melalui media agar situasi tidak menjadi semakin rumit.
ReplyDeleteDalam apapa masalah pun, bawalah berbincang antara satu sama yang lain.
ReplyDeleteLDP should discuss professionally and not go to the media to complain.
ReplyDeleteEvery party components should cooperate and focus on what matters most...which is serving the people.
ReplyDeleteits hard 2 say...better we just "CHANGE"
ReplyDeletemendedahkan kepada media takkan selesaikan maslaah, malah akan merumitkan lagi masalah tersebut, berbincang adalah jalan terbaik.
ReplyDeleteKenapa la masa2 nak dekat plihanraya ni LDP buat hal la pulak..
ReplyDeletejika Chin tahu penolakan komuniti Cina di Sarawak adalah disebabkan oleh kegagalan BN dan isu kepimpinan, kenapa Chin masih terus menyerang kepimpinan Sabah dan tidak berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh komuniti Cina di negeri ini?? Chin sedar puncanya tapi masih bertindak memburukkan keadaan..
ReplyDeleteLDP tidak patut meletakkan jawatan kabinet sebagai matlamat perjuangan parti. jika tidak memperolehinya pada hari ini, pasti dikemudian hari akan ada peluang yang lebih besar menanti LDP.
ReplyDeleteSaya harap semua komponen BN di Sabah tidak terkilan dengan pandangan peribadi Chin dan sentiasa menghormati LDP sebagai rakan setia komponen BN demi kemajuan dan pembangunan Sabah.. isu ini belum sampai ditahap yang kritikal dan masih boleh diperbaiki.
ReplyDeleteChin bukan menyerang atau memburuk burukkan pemimpin BN Sabah...tetapi apa yg Chin nyatakan dalam media adalah kebimbangannya terhadap trend pengundi Cina diSarawak yg 80 peratus memihak kpd DAP dan akan merebak ke Sabah pada PRU13 nanti jika BN Sabah tidak bersedia merobah corak kepimpinan BN diSabah yg sekarang ini pun banyak yg tidak suka kepimpinan KM yg pilih kasih kpd parti2 komponen BN terutamanya LDP. LDP sudah berunding dgn Musa selaku pengerusi BN Sabah dimasa lalu contohnya isu perlantikkan pemimpin masyarakat diKudat spt KK, WKAN dan KAN mestilah melalui Wakil Rakyat Tanjung Kapur YB Datuk Teo Chee kang dan bukan pemimpin bahagian UMNO yg memandai madai buat cadangan perlantikkan ke pusat tanpa merujuk terlebih dahulu kpd YB berkenaan.Bila YB Tg Kapor luahkan masalah itu kpd KM dan juga ketika mesyuarat BN negeri...Musa tak mahu terima malah Musa memberi amaran LDP supaya tdk menimbulkan perkara itu dlm mesyuarat itu kalau tidak wakil LDP akan diarah keluar mesyuarat. Jadi bagaimana mahu mengatasi masalah kepincangan BN kalau ada masalah tdk boleh dibincang secara bersemuka.Nah! masalah diSarawak lebih baik cakap secara terang terangan dimedia jadi kamu nampak apa Musa cakap! LDP mahu menagih erti sebenar perkongsian kuasa dlm BN.
ReplyDeletediharap LDP dapat bertindak secara profesional dalam menangani segala masalah yang berlaku.
ReplyDeleteya, sebaiknya perbincangan dilakukan jika ada rasa kurang puas hati.
ReplyDeletepada masa ini semua pihak haruslah meningkatkan kejasama demi kebaikan.
ReplyDeleteHarap2 masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.
ReplyDeleteItu sudah pasti. Perbincanganlah yang perlu bagi menyelesaikan masalah bukannya media. Kita mengharapkan apa yang berlaku di Sarawak akan diperbincangkan oleh BN Sabah. Sebab dan punca yang berlaku. LDP perlu diingatkan kerana ini berkaitan dengan pengundi Cina..
ReplyDeleteLDP perlu menbincangkan perkara ini dalam BN, kerana ini untuk memastikan masalah sebegini tidak berlaku di Sabah. Harap LDP tahu apa perlu dilakukan sekarang.
ReplyDeleteKalau Chin LDP membuat kenyataan demikian, ini akan menimbulkan salah faham rakyat dengan parti BN. Sebaiknya apa perkara yang berlaku perlulah dibincangkan dalam parti sendiri. Media bukan penyelesaian masalah untuk satu parti, tapi media memperbesarkan masalah. Jadi LDP haruslah lebih profesional.
ReplyDeletePerbincangan adalah penyelesaian terbaik.
ReplyDeleteAnother way to reconcile.
ReplyDelete什么事都可以解决得好。
ReplyDeleteLDP kan sebagian dari BN juga jadi adalah dinasihatkan agar mereka menggunakan peluang ini untuk melakukan sesuatu yang lebih mustahak.
ReplyDeleteStop comparing but lets just face the fact.
ReplyDeleteSebelum meluah ketidakpuasan hati kepada pihak lain, cara terbaik sememangnya ialah bawa berbincang :)
ReplyDeleteTak kira apapun masalah jika diselesaikan secara berbincang ia pasti memberi hasil positif. Dedahkan kepada media belum tentu selesai, malah ia mungkin mampu mengeruhkan suasana lagi.
ReplyDeleteApa yang berlaku di Sarawak patut dijadikan pengajaran dan bukannya dijadikan satu isu pula.
ReplyDeleteKalau boleh setiap hal harus diselesaikan dengan cara baik.
ReplyDeleteLDP harus lebih profesional dalam menanggani hal seperti ini.
ReplyDelete