Keadaan muka bumi Sabah yang berbukit bukau dengan sempadan laut yang begitu panjang merupakan cabaran utama kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasa untuk mengawal pergerakan manusia antara negeri ini dan negara jiran, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman.
Beliau berkata keadaan itu memudahkan pendatang menyelinap masuk ke Sabah secara tidak sah.
"Dalam hal ini terdapat pula pihak yang mengambil kesempatan untuk menyeludup masuk rakyat dari negara sempadan bagi tujuan pekerjaan dan kemudiannya memperdagangkan mereka atau mengeksploitasi mereka bagi tujuan buruh paksa atau pelacuran," katanya pada taklimat anti pemerdagangan orang dan anti penyeludupan migran di Kota Kinabalu hari ini.
"Manusia kini menjadi komoditi yang diperdagangkan dan isu pemerdagangan orang ini merupakan jenayah yang kian meningkat.
"Ia juga menjadi satu bentuk perdagangan hamba abdi moden yang tidak mengenal bangsa, agama dan keturunan, malah ia sudah menjadi isu global merentas sempadan membabitkan semua negara di dunia," kata Sukarti.
Beliau berkata mangsa-mangsa menderita akibat penderaan mental, fizikal dan seksual selain tidak dibayar upah yang sewajarnya.
Katanya terdapat juga wanita dan gadis yang dijual ke rumah pelacuran atau ejen pemerdagangan seks.
Selain itu, ada kecenderungan menggunakan wanita hamil dengan menjual anak yang dikandung terutama kepada pasangan yang tidak mempunyai anak, kata Sukarti.
"Begitu juga sindiket yang mengeksploitasi wanita negara ini untuk tujuan membawa dadah ke luar negara. Mereka dijanjikan dengan pendapatan lumayan atau diumpan dengan pakej percutian yang menarik tanpa mereka sedari bahawa mereka diperalatkan untuk menjadi keldai dadah," katanya.
--Bernama
Friday, April 29, 2011
Pendatang mudah menyelinap ke Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pengawasan masih perlu ditingkatkan lagi.
ReplyDeletesama-samalah kita membanteras kegiatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
ReplyDeletegolongan wanita adalah yang paling ramai dieksploitasi dalam kegiatan-kegiatan pemerdagangan orang ini.
ReplyDeletekerajaan perlu mencari langkah yang lebih efektif untuk membanteras kegiatan ini.
ReplyDeletekegiatan pemerdagangan orang ini melanggar hak asasi manusia dan wajar dikenakan tindakan undang-undang.
ReplyDeleteIt's going to be tough to solve this pati issue.
ReplyDeletekalau nak benteras kalahkan kumpulan yang memberikan projek IC biru kerana mereka disebalik semua ini atau tunggu akibatnya menimpa anak cucu kau orang berebut hak bumiputera dangan PATI ada IC.
ReplyDeleteShould have tighten the security at the borders.
ReplyDeleteusaha untuk mengatasi permasalahan ini perlu sentiasa dilakukan.
ReplyDeleteJika sudah mengetahui punca dan kelemahan kenapa pendatang mudah menyelip masuk, maka carilah jalan penyelesaian bagi kemasukan mereka ini dapat dikawal.
ReplyDeleteMemang agak sukar menangani PATI di Sabah. Semakin hari semakin bertambah ramai. Walaupun penangkapan dilakukan, tapi kadar kemasukan tetap tidak dapat ditangani. maka fikir sendiri bagaimana untuk menangani semua ini. 1 masalah pasti ada seribu jalan penyelesaian.
ReplyDeletediharap isu PATI akan dapat diselesaikan.
ReplyDeleteHal ini harus diberi perhatian serius.
ReplyDeleteBagi saya hal ini tidak akan sewteruk sekarang jika semua pihak memainkan peranan masing-masing mengahalang kemasukan PATI.
ReplyDeleteIni tak, jadi dalang la pula.. lepas tu ada juga temapatan yang kawin dengan PATI. huhuhu
ReplyDeletePengawasan harus lebih diperketatkan agar tidak ada pendatang yang masuk ke sini tanpa izin.
ReplyDeleteSemoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya oleh semua pihak yang berkaitan.
ReplyDeletesaya setuju dgn Anonymous kuncinya kalahkan kumpulan yg. memberi i.c. biru. PATI yg. memengang Mykad palsu bukan sahaja berada dalam sektor pertanian tapi juga sudah berada didalam sektor pertahanan awam Laut dan Darat. Kalau keadaan bentuk muka bumi Sabah yg. berbukit bukau dgn. pantai yg. panjang itu bukan halangan yg. besar ia hanyalah satu halangan. Halangan yg. palingan besar ialah ketidak sungguhan pehak berkenaan/Kerajaan melakukan pemantawan. Cakap tdk serupa bikin.
ReplyDeleteyang penting semua pihak harus bekerjasama dengan erat untuk mengatasi isu ini..
ReplyDeletetanpa kerjasama yang erat antara semua pihak, isu ini akan menjadi mustahil untuk diatasi..
ReplyDeletekuncinya di sini adalah sikap.
ReplyDeletebuat seperti apa yang dijanjikan..
peruntukkan yang lebih besar harus diberikan kepada agensi berkaitan agar dapat melakukan pemantauan di kawasan sempadan dengan lebih efisen..
ReplyDeleteselain bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan pantai yang panjang, pihak berkuasa yang mengamalkan rasuah juga menjadi punca kepada berlakunya masalah ini.
ReplyDeleteThe controls around the borders must be enhanced.
ReplyDeletemmg tidak dinafikan begitu mudah untuk PATI menyeludup masuk ke negara kita. disebabkan bentuk muka bumi dan kawasan Sabah yang begitu luas. namun, ia tak bermakna kita perlu leka dan sebaiknya terus ketatkan pengawasan untuk menbendung kemasukan PATI.
ReplyDeleteJIka kerajaan mampu mendapat data diatas bermakna kerajaan tahu segala aktiviti disempadan Malaysia. Pasti kerajaan Malaysia mampu menangani isu ini.
ReplyDeleteTidak mudah mengawal sepadan tidak bermakna ia boleh dijadikan alasan kegagalan menyekat kemasukan pati ke negara ini.
ReplyDeletePasti ada jalan yang mampu menyekat laluan mudah ini.
Harap cara yang baik akan ditemui untuk mengawal ketat sepadan supaya tidak membenarkan pendatang tanpa izin memasuki negeri kita secara mudah.
ReplyDeleteIroniknya ialah penduduk Sabah sendiri yang tetap menerima mereka dengan tangan terbuka.
ReplyDeleteLook at Keningau and other surrounding areas. Thick jungles, no one will know their existence.
ReplyDeleteSukar untuk menyelesaikan masalah ini kerana masih banyak tempat yang tidak kebal untuk ditembusi.
ReplyDelete那么,什么是最好的解决方法呢?
ReplyDeleteI'm out of ideas now.
ReplyDeleteKerjasama antara negara kita dengan negara jiran adalah diperlukan supaya boleh sama-sama mengawal masalah kemasukan secara haram.
ReplyDelete