Sunday, April 17, 2011

Analisis segera: 5 faktor kekalahan PAS di S'wak

Persoalan utama yang ditimbulkan berhubung peluang PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini adalah berkaitan dengan pemahaman parti itu ke atas kehendak masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Namun, beberapa kelemahan lain dapat diperhatikan dalam kempennya sehingga PAS tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.

Kelemahan jentera

Jentera kempen yang rata-rata diketuai daripada PAS di negeri-negeri semenanjung gagal memahami pengundi setempat. Di kawasan luar bandar, sambutan baik daripada pengundi yang ditemui disalahtanggap sebagai menyokong parti Islam itu. Sedangkan masyarakat bersikap sama kepada setiap parti.

Kempen lambat

Kempen lambat dimulakan, termasuk pemilihan calon yang dijalankan di saat-saat akhir. Difahamkan keputusan memilih calon harapan utamanya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Abang Masagus sendiri dibuat pada malam terakhir sebelum penamaan calon pada keesokan harinya.

Sementara itu walaupun parti Islam itu telah bertapak sejak hampir sepuluh tahun, ia asalnya lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik.

Terlalu yakin

Pada hari penamaan calon, melihat sambutan pada Ahmad Kerdee yang seolah-olah bintang filem, PAS dilihat agak memandang rendah pada kemampuan BN.

Mungkin juga disebabkan laporan akhbar dan cakap-cakap berlakunya pergolakan dalaman BN antara penyokong penyandang ADUN Bolhassan menyebabkan PAS mengambil mudah lawannya.

BN terlalu kuat buat PAS

Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi.

Angka itu dilihat amat sukar dikejar, tambahan lagi melawan BN yang memerintah dengan majoriti besar dalam DUN sejak tahun 1963 lagi apabila negeri itu merdeka bersama Malaysia.

Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga tidak berjaya dan hanya meraih tidak sampai 900 undi.

Kesetiaan Melayu

Sejak awal lagi, masyarakat Melayu di Sarawak dilihat amat setia pada BN dan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud.

Dalam masa yang sama, calon ketua menteri Pakatan Baru Bian - seorang Dayak - dilihat menakutkan masyarakat Melayu.

20 comments:
Write comments
  1. rakyat Sarawak masih ingat kenyataan presiden PAS ""cuma di Batang Ai sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS.""

    ReplyDelete
  2. lain kali jangan sesekali menterjemahkan kehadiran penduduk ke setiap ceramah PAS adalah undi..

    ReplyDelete
  3. PAS perlu memperbaiki kelemahan mereka untuk mendapat kerusi dalam PRU.

    ReplyDelete
  4. nampaknya PAS gagal mendapat sokongan rakyat Sarawak dan kalah disemua kerusi yang ditandingi mereka.

    ReplyDelete
  5. pada masa lain PAS kena perbaiki kelemahan mereka. dalam kempen jgnlah sambil lewa sahaja.

    ReplyDelete
  6. yang pasti selepas ini, tidak kira BN atau PR pasti akan meningkatkan lagi usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  7. PAS perlu meneliti kelemahan diri sebelum PRU-13 diadakan.

    ReplyDelete
  8. Rasanya PAS tidak sesuai untuk Sarawak. PAS hanya parti yang memperjuangkan Islam, jadi perlu diingat Sarawak mempunyai pelbagai kaum dan agama. Lagi satu tidak perlulah terlalu yakin dan angkuh.

    ReplyDelete
  9. Terima saja apa keputusan yang diberikan .PAS tidak memenangi satu kerusi pun di Pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Perbaiki kelemahan yang ada dalam parti.

    ReplyDelete
  10. PAS will need to improve themselves. Good luck in GE-13!

    ReplyDelete
  11. Maybe PAS is just not for Sarawakians.

    ReplyDelete
  12. Sarawak is a multiracial state and PAS is a party that only fight for the moslem. So it's obvious why PAS lose in Sarawak. In fact, I don't think PAS will win the election in Sabah.

    ReplyDelete
  13. so dream on PAS! EM is not for you, WM maybe.

    ReplyDelete
  14. nampaknya PAS tiada sokongan di Sarawak, PAs kena perbaiki kelemahan.

    ReplyDelete
  15. nampaknya PAS tidak ada penambahbaikkan setelah kalah berkali2 dalam PRK. saya rasa PAS benar2 tidak relevan lagi bukan sahaja masa ini, malah di masa2 akan datang.

    ReplyDelete
  16. PAS perlu maju ke hadapan dan buat perubahan mana yang patut jika mahu terus kekal sebagai sebuah parti.

    ReplyDelete
  17. I will very suprise if Pas won even one seat either in Sabah or Sarawak...

    ReplyDelete
  18. kelemahan2 PAS harus diselami dan diatasi jika PAS ingin mendapat sokongan rakyat tetapi ianya mungkin mustahil kerana ego yang tinggi.

    ReplyDelete
  19. mungkin ideologi politik PAS tidak sesuai dipraktikkan di sarawak..

    ReplyDelete
  20. Jadikan ini sebagai pengajaran.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.