Ribuan penyokong Pakatan Rakyat membanjiri perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di utara Sarawak, malam tadi. Jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri.
Beberapa sumber berkata jumlah hadirin di perhimpunan di Miri, Senadin dan Bintulu adalah 7,000 orang manakala pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tulisan di Twitter menyifatkan “puting beliung” sedang melanda negeri itu.
Perhimpunan terbesar dikatakan di Miri dengan kehadiran tidak kurang 4,000 penyokong yang datang untuk mendengar ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.
Rali kedua terbesar adalah di Senadin - yang tidak jauh dari Miri - di mana dianggarkan tidak kurang 2,000 orang berkumpul di klinik calon PKR Dr Teo Yu Kheng bagi mendengar ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Lihat video]
Manakala di Bintulu, kira-kira 1,000 orang hadir pada perhimpunan yang dianjurkan oleh DAP dengan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang dijemput sebagai penceramah.
DAP dikatakan kini memberi tumpuan di dua bandar di utara Sarawak - iaitu di Sibu dan Miri selepas yakin, kerusi-kerusinya di Kuching boleh diperttahankan tanpa sebarang masalah besar.
Semua kerusi di Sibu dan Miri itu adalah di kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang begitu sukar ditembusi.
Sesetengah pihak mendakwa jumlah hadirin yang ramai belum tentu dapat menjamin bahawa DAP mampu menumbangkan calon-calon BN, termasuk presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan, khususnya di kerusi Piasau.
Chan, adalah juga timbalan ketua menteri Sarawak dan ini penggal ketujuh beliau mempertahankan kerusinya.
Meskipun jumlah hadirin yang ramai, belum tentu dapat diterjemahkan sebagai undi, namun pemimpin DAP cukup selesa kerana di kalangan yang hadir itu, ramai yang menyumbang kepada tabung parti itu, terutamanya di Miri dan Bintulu.
Di Miri, ketua pemuda DAP Anthony Loke melaporkan kira-kira RM20,000 berjaya dikutip di kalangan penyokong parti itu yang menghadiri perhimpunan semalam, manakala Kit Siang pula berkata RM10,896.70 dikutip di Bintulu.
Saturday, April 9, 2011
Perhimpunan Pakatan terus jadi tarikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
test
ReplyDeleteKita tunggu keputusan pilihanraya nanti. Kita hendak menilai sekarang pun belum tentu ramalan kita akan menjadi kenyataan.
ReplyDeleteKeputusan semua ditangan rakyat.Semua party perlu berusaha untuk mendapat kepercayaan dan sokongan dari rakyat.
ReplyDeleteUndi adalah hak masing2.
ReplyDeleteKita tengoklah bagaimana keputusan pilihanraya Sarawak kali ini. Pasti menarik.
ReplyDeletekehadiran dalam perhimpunan tak menunjukkan jmlah undi kerana undi adalah rahsia.
ReplyDeleteBaik kita tunggu dan lihat sahaja.
ReplyDeletesukar untuk membuat kesimpulan sekarang ni kerana semua parti pun akan mengatakan mereka mendapat sambutan dan sokongan yang padu.
ReplyDeleteapa pun, semuanya hanya diketahui apabila keputusan pilihanraya diumumkan nanti.
ReplyDeleteMay the best party win!
ReplyDeleteBaguslah kalau ada sokongan begitu. Tapi kita tidak pasti apa pula dengan BN dikawasan berkenaan. Mungkin lebih juga dari dijangkakan.
ReplyDeleteUndi adalah hak masing2. Tapi undi adalah rahsia. Mungkin yang ada pyokong, mgkn jg bukan sekadar mahu mendengar atau saja2 datang.
ReplyDeleteBenar, undian adalah rahsia. Kalau ramai pun datang, tapi undian berpihak pada orang lain tidak ada guna juga. Jadi biarkanlah saja rakyat menilai sendiri hal ini.
ReplyDeleteia tk semestinya jumlah sokongan ramai kerana kita hnya akan tau setelah keputusan pilihanraya diumumkan.
ReplyDeletelain pula dengan Pakatan,,, buat kempen untuk minta derma dari rakyat.
ReplyDeleteTu duit kutipan untuk apa?
ReplyDeleterakyat harus bijak memilih pemimpin yang membela rakyat
ReplyDeleteapa2 pun, tunggu keputusan PRN sarawak..
ReplyDeletekemungkinan BN akan menghadapi saingan sengit..
ReplyDeletePandai2lah rakyat membuat penilaian dalam hal ini.
ReplyDeleteJadi tunggu dan lihat sajalah nanti. Saya yakin tiba masanya nanti semuanya pasti terjawab.
ReplyDeleteRakyat yang hadir belum tentu semua mengundi untuk parti ini.Namun, jika Pakatan dapat meyakinkan rakyat tidak mustahil semua yang hadir akan mengundi parti ini.
ReplyDelete