Sunday, April 3, 2011

Pakatan sedia bertarung tanpa bantuan Snap

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan kemungkinan PKR akan bertarung pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini tanpa bantuan parti Snap.

Dalam lawatannya ke sebuah rumah panjang di Sri Aman - kira-kira 200km dari tenggara Kuching, semalam, Anwar menggesa pengundi masyarakat Iban supaya menolak parti tertentu yang didakwanya ditaja oleh BN bagi memecahkan undi pembangkang.

anwar ibrahim in melugu, sri aman frontMeskipun tidak menamakan parti berkenaan, namun adalah jelas beliau merujuk kepada Snap.

"Dua tahun lalu, ada sebuah parti yang hampir mati tetapi tiba-tiba mahu bertanding di sini. Dari mana datang wang itu?

"Siapa beri mereka wang? Parti itu mahu memecah-belahkan undi pembangkang,” kata Anwar kepada kira-kira 50 penduduk Iban di Rumah Ayok, Pakit B, yang terletak dalam kerusi dewan undangan negeri Bukit Begunan.

"DAP, PAS dan PKR datang ke sini bagi melawan BN,” katanya sambil tidak menyebut parti Snap yang juga adalah komponen Pakatan Rakyat.

Anwar at rumah ujan, melugu, sri amanTerdahulu, ketika ceramahnya di Mulugu, yang juga terletak di DUN Bukit Begunan, Anwar mendakwa “parti yang hampir mati” itu ditaja oleh BN.

"Ia ditaja oleh BN bagi memecahkan Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Melanau dan lain-lain. Mereka tidak mahu melihat perpaduan di kalangan rakyat berlainan bangsa,” kata Anwar kepada kira-kira 20 penyokong PKR yang berbangsa Iban di Rumah Ujan.

Kenyataan Anwar itu dilihat sebagai petanda jelas bahawa rundingan antara PKR dan Snap kini di ambang keruntuhan.

Juga tidak mengejutkan bagi Anwar melancarkan kempennya dengan menyerang Snap, khususnya di kawasan masyarakat Iban kerana Snap - yang melahirkan ketua menteri Sarawak yang pertama - masih dihormati di kalangan pemimpin Iban yang berusia.

street in Melugu, sri amanUndi PKR dikatakan pasti terjejas jika ia terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan Snap dan BN.

Bukit Begunan adalah antara kerusi majoriti pengundi Iban yang diintai oleh kedua-dua PKR dan Snap pada pilihan raya negeri 16 April ini. -MK

9 comments:
Write comments
  1. Pakatan, ingat jangan terlalu sombong.

    ReplyDelete
  2. rakyat tau membuat pilihan.

    ReplyDelete
  3. jika benar artikel ini, nampaknya snap dan PR memang tidak sehaluan.

    ReplyDelete
  4. Agree with Salim. If this article is true, than Pakatan will have problem winning. Cooperation is needed to win.

    ReplyDelete
  5. aiks, macam ada selisih faham ja ni. huhu

    ReplyDelete
  6. Apapun, buat sajalah apa yang patut kerana selebihnya akna sitentukan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  7. Masalah PKR adalah mereka terlalu angkuh, enggan bekerjasama dengan parti tempatan untuk bertanding. Mereka ingat Sabah dan Sarawak sama dengan di Semenanjung, tapi sebenarnya tidak sama sekali.

    ReplyDelete
  8. PKR tidak faham apa budaya politik di Sabah dan Sarawak, mereka ingat mereka boleh menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan undi di sini.

    ReplyDelete
  9. walau apa cara sekalipun Anwar guna untuk memberikan gambaran buruk kepada snap, rakyat Sarawak tetap akan mengutamakan parti tempatan berbanding dengan parti luar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.