BN yang kini dilihat semakin goyah menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini, terus memperkuatkan cengkamannya ke atas media arus perdana .Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report, yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, rangkaian televisyen telah diarahkan jangan menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.
Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima - memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang.“Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya,” kata sumber dalaman itu.
Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini -TV3, ntv7, 8TV and TV9.
Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina.“Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30,” kata seorang editor akhbar harian Cina.“Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali,” kata seorang pekerja kempen DAP.
Wednesday, April 13, 2011
Media diarah tidak lagi siarkan perhimpunan Pakatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semakin dekat dengan hari mengundi, semakin banyak berita berdasarkan "unconfirm source"...
ReplyDeletemenyiarkan berita dari unconfirm source ni beretika ka?
Jika Media arus tidak melaporkannya, media alternatif tetap akan melaporkan.
ReplyDeletePasal unconfirm source itu, rakyat sendiri perlu tahu membezakan betul atau salah.
ReplyDeletetak baik menuduh tanpa bukti.
ReplyDeleteThis campaigning is getting intense. Can't wait for the Sarawak election day to come. soon!
ReplyDeleteMay the best party win!
ReplyDeleteTidak sabar mahu tahu result.
ReplyDeletekalau kerajaan arahkan jangan siar mananya betul la tu berita tu.
ReplyDeletemacam-macam cerita yang didengar. tapi entah betul atau tidak...rakyat perlu bijak menilai dan jangan mudah percaya dengan cerita-cerita yang tidak dapat dipastikan kebenarannya.
ReplyDeleteKamurang sendiri menilailah.
ReplyDeleteyang menggundi nanti bukannya orang luar, rakyat sarawak sendiri. jika Pakatan benar2 hebat dan sempurna, tanpa bantuan media pun boleh menang. yang semakin goyah sebenarnya Pakatan,, sehingga ada pemimpin2nya yang dihalau oleh penduduk Sarawak..
ReplyDeletePandai-pandailah menilai sendiri yang terbaik untuk sendiri.
ReplyDeleteTepuk dada tanya selera la...
ReplyDeletePengundi sendiri tahu mana satu parti yg bagus untuk diundi & mana satu yg tak patut diundi..
ikutkan logik, pihak mana yg terbukti berjaya memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, pihak itulah yg akan dipilih...
apa2 pun Sabtu ni memang sangat ditunggu2...sama2 la kita lihat...
kalau benar, maka ianya boleh dikatakan melanggar kebebasan media..
ReplyDeleteapa2 pun, tunggu dan lihat keputusan PRN sarawak nanti.
ReplyDeleteapa punya bodoh lah orang orang yang komen pro kerajaan ni, lain kali jangan tengok ASTRO tengok HBO Cinemax ESPN AXN saja, kamu tengok lah tv1, tv 2 sama tv 3... orang yang BODOH PENGHABISAN saja tidak pandai menilai RTM & tv3 pro kepada siapa. RTM itu hak milik KERAJAAN MALAYSIA bukan milik UMNO/BN, kalau ada yg masih bodoh lagi tida tau lah, siapa kontrol parlimen dia lah KERAJAAN MALAYSIA,tapi bukanya suka suka guna jabatan jabatan yg ada dalam kerajaan untuk di guna untuk kampen
ReplyDeleteentah la apa dah jadi bn sekarang mcm ndak releven sudah..
ReplyDeleteBN macam orang tua mau mati dah tak sedar2 lagi dan tak faham2 malaysia negara demokarasi bukan kominis semua sekat apalah punya kerajaan igat kita orang kayu kah boleh kirim salam lah.
ReplyDeleteRakyat harus tahu dan bijak dalam membuat penilaian. Janag terlalu cepat percaya pada satu2 sumber.
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
ReplyDeleteRakyat sendiri perlu membaca daripada media alternatif juga, jangan hanya tumpukan saja pada media arus.
ReplyDeleteundi la bgus2 kamurang d sarawk...fikir2 la mna yg bleh kc maju..
ReplyDeleteKebebasan media di negara-negara Asia masih rendah lagi.
ReplyDelete