Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Townsquare.
Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu
Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.
Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.
"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.
Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.
Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.-/ Malaysiakini
Monday, April 11, 2011
Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Malang tak berbau. Saya ingatkan kejadian ni di Miri. Rupanya di Sibu.
ReplyDeleteHarap juruterbang tersebut tidak cedera parah.
ReplyDeleteNasib baik juruterbang tersebut selamat dan hnya mengalami kecederaan.
ReplyDeleteAda berita yang melaporkan bahawa juruterbang itu telahpun meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi tadi. Takziah kepada keluarga Kapten Suhami Razali.
ReplyDeleteSemoga kejadian sebegini tidak lagi berlaku. Pastikan keadaan kapal @ Helikopter sentiasa baik.
ReplyDeleteJika boleh gantikan semua helikopter yang lama kepada yang baru.
ReplyDeleteGet well soon!
ReplyDeleteherap kejadian seperti ini tidak akan berlaku pada masa akan datang.
ReplyDeletekejadian itu harus disiasat dengan lebih teliti supaya kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi
ReplyDeleteBermacam-macam boleh berlaku. Tidak disangka perkara ini berlaku tanpa diduga.
ReplyDeletehuhuhu, malang tidak berbau oo.. Syukur Tan Sri Muhyiddin x naik.
ReplyDeletekalau betul maklumat yang mengatakan juruterbang tu dah meninggal, takziah kepada keluarga mangsa. Tabahkan hati kerana semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
ReplyDeletebetul tu Hassan.. takziah kepada keluarga mangsa..
ReplyDeleteTakziah diucapkan.
ReplyDeleteMalang tidak berbau, takziah kepada ahli keluarganya.
ReplyDelete