Saturday, April 16, 2011

PRN Sarawak: 341 Ahli PBB Sadong Jaya Sertai PAS

Seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS.

Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi.

Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan oleh ketua penaja cawangan masing-masing kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Kampung Jaei, malam tadi.

Antara yang menyerahkan borang berkenaan ialah bekas Pengerusi Wanita PBB Bahagian Batang Sadong, Dari Mohamad.(gambar)

Ketika ditemui pada majlis itu, beliau memberitahu tindakan menyertai PAS kerana mahu menegakkan keadilan Islam dan membela anak bangsa.

Ini, tambahnya disebabkan kerajaan PBB-BN tidak banyak mengadakan pembangunan untuk rakyat sebaliknya melakukan penindasan seperti merampas tanah rakyat.

PAS meletakkan Ketua Pemuda Sarawak, Abang Eddy Abang Fauzi, 34, di Dun ini. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy bertanding di Parlimen Batang Lupar, namun tewas. -HD

14 comments:
Write comments
  1. buat lah perbandingan antara Kelantan dan Sarawak.. walaupun Sarawak jauh lebih luas dari kelantan, tetapi realitinya Sarawak jauh lebih maju dari kelantan. selama PAS menguasai bumi kelantan, apa pembangunan yang mereka bawa? macamlah di kelantan tidak berlaku penindasan dan rampasan tanah.. jika hutan di kelantan yang luasnya hanya 10% berbanding Sarawak boleh licin, tidak mustahil sarawak juga akan menerima nasib yang sama..

    ReplyDelete
  2. hari ini, 16 April 2011, merupakan hari penentu kepada untung nasib negeri Sarawak. jangan gadaikan maruah dan kepercayaan anak cucu cicit kita di masa hadapan hanya kerana slogan 'Jom Ubah' bagi selamatkan Sarawak. selamat mengundi..

    ReplyDelete
  3. bbiarpaun mereka menyertai PAS, namun ia tak menjamin kemenangan. keputusannya kita ketahui pada hari ini.

    ReplyDelete
  4. Biarlah mereka membuat keputusan mereka sendiri. Tapi jangan menyesal pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. setiap orang ada pilihan masing-masing. keluar atau masuk parti adalah biasa dalam politik. selamat mengundi kepada rakyat Sarawak.

    ReplyDelete
  6. Aik neji kuat betul totok biru kau relaxlah bro media TV1.2.3.7.9 ,arwani,bernama dan paper semua bias BN so bagi blog fair janganlah kawal habis mqacam koninis kau nie najis busuk betul kau punya hati macam BN.Demokarasi biarlah kan ini lebih sihat siapa aje nak sokong BN ke Pas ke UMNO ke biarkan mereka. Saya sendiri orang UMNO tapi berfikir terbuka kalau nak demokarai subur.

    ReplyDelete
  7. Terpulang kepada mereka untuk sertai PAS.

    ReplyDelete
  8. Rakyat berhak memilih parti yang mereka ingin sertai.Keputusan yang dibuat adalah atas penilaian mereka sendiri.

    ReplyDelete
  9. Sertai PAS? Kita tengok apa yang PAS boleh lakukan.

    ReplyDelete
  10. Tunggu dan lihat sajalah nanti. Tak lama lagi kita akan ketahui keputusannya.

    ReplyDelete
  11. Apapun, semuanya terpulanglah pada penilaian rakyat sendiri :)

    ReplyDelete
  12. Tak sangka ahli PBB menyertai PAS pula.

    ReplyDelete
  13. Selamat berjuang setelah melompat parti.

    ReplyDelete
  14. Lompat parti itu perkara biasa saja.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.