KELICIKAN politik bekas pemimpin kanan LDP, Datuk Peter Pang menempelak hebat kenyataan bekas bossnya, Datuk Chin Su Phin berhubung analisisnya bahawa kepercayaan pengundi masyarakat Cina terhadap BN telah pudar sepertimana telah terbukti pada PRN ke-10 Sarawak baru-baru ini.
Apa yang dapat diamati berhubung kenyataan Peter Pang itu dapat disimpulkan bahawa Pang seakan-akan dalam keadaan tertekan dan serba salah jika tidak melakukan tindak balas kenyataan Chin itu.
Lagi pun, beliau (Pang) perlu meyakinkan BN dan Parti Gerakan sebuah Parti Semenanjung tempat baginya mendapat suaka politik untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kabinet Sabah meskipun beliau terpaksa melupakan jasa dan budi LDP yang pernah menonjol dan mengangkatnya ke arena politik Sabah suatu ketika dulu.
Kelibat dan sikap Peter Pang yang sanggup meludah kepimpinan LDP serta para pengundinya di DUN Karamunting hanya kerana semata-mata pentingkan kebendaan dan jawatannya yang boleh diibaratkan sebagai ‘kacang lupakan kulit’.
Apakah Pang sudah terus melupakan jasa LDP kepadanya? Siapakah Pang hari ini jikalau bukan LDP yang mengangkatnya ke dalam arena politik?
Mungkin juga kenyataan Pang itu bukan dibuat secara berseorangan dan bukanlah niat sebenar Pang untuk berbuat kenyataan sedemikian tetapi lebih tepat lagi jika Pang disifatkan mungkin telah dipergunakan oleh pihak tertentu umpama perkakas ‘pelancar roket pemusnah kepada sasarannya’ khususnya mereka yang lebih marah kepada pemimpin LDP.
Berhubung dengan kenyataan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin sebelum ini bahawa keputusan PRN ke-10 Sarawak telah menyaksikan undi masyarakat Cina lebih condong kepada pembangkang seperti DAP sekaligus memusnahkan kekuatan SUPP sebagai parti mewakili masyarakat Cina.
Justeru, kebimbangan Chin bahawa trend pengundi di Sarawak kemungkinan akan berlaku di Sabah pada PRU13 jika BN Sabah masih terus menerus mengamalkan corak pentadbiran yang kotor dan pilih kasih.
Sebaliknya, Chin bimbang gelagat songsang yang diamalkan UMNO-BN Sabah yang memberi ruang kepada Parti Gerakan yang berasal dari Semenanjung mendapat tempat dalam kabinet Sabah bersama UMNO akan dijadikan modal politik pembangkang untuk meraih sokongan daripada pengundi Cina pada PRU13 kelak.
Melihat kepada kenyataan Chin sebelum ini hanya meluahkan rasa kebimbangannya terhadap pengundi Cina akan mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka di Sarawak dan pendapat Chin itu telah disalah tafsirkan Datuk Peter Pang pada pengertian di sebaliknya.
Oleh: MARSANAN MARSADAN (sabahkini)
Friday, April 22, 2011
LDP HASUT CINA TOLAK BN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau Chin Su Phin tidak gembira dalam BN, kenapa tidak keluar saja?
ReplyDeleteDatuk Chin Su Phin hanya menyatakan pendapat dan analisisnya mengenai keputusan PRN Sarawak. ia tak bermaksud beliau menggesa kaum cina menolak BN.
ReplyDeleteadalah lebih baik jika Bn terus berusaha untuk mendapat lebi ramai sokongan daripada masyarakat cina.
ReplyDeleteCouldn't agree more with Mohd Ishak comment.
ReplyDeleteNo one influence the Chinese to reject BN. The decision was in the Chinese voters hand.
ReplyDeleteRelakan sahaja tindakan yang telah dilakukan oleh beliau. Lagipun hal ini sudah berlalu hendak bercakap tentang masa lalu, kita tidak dapat lagi mengubah apa yang sudah terjadi.
ReplyDeleteApa yang akan berlaku di masa hadapan itu adalah pilihan beliau. Apa yang penting kita lakukan yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDeleteBN tidak akan tergugat dengan parti yang cuba untuk memecah belahkan parti tersebut. LDP dan parti komponen pasti akan menyelesaikan masalah dan memastikan sokogan rakyat tidak akan berbelah bagi.
ReplyDeleteChin seperti risau dengan apa yang berlaku dengan BN di Sarawak, kebanyakkan kerusi untuk kaum cina dimenangi oleh Pembangkang. Apa pun LDP perlulah memberikan yang terbaik untuk rakyat supaya tidak kehilangan sokongan dari kaum cina jika tidak mahu perkara ini berlaku di Sabah.
ReplyDeleteapapun,terpulang pada rakyat sendiri parti mana yang mereka undi.yang penting isu perkauman jangan dilibatkan dalam hal-hal politik.
ReplyDeletemungkin ianya hanya pendapat peribadi dan bukannya parti..
ReplyDeleteBN harus melakukan sesuatu agar pengundi2 cina menyokong BN.
ReplyDeleteyang pasti, ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh ahli2 politik..bak kata orang kalau sudah habis madu, buat apa mahu simpan...
ReplyDeleteapa pun, jika benar LDP hasut kaum cina tolak BN maka adalah wajar LDP keluar dari BN..atau BN keluarkan LDP daripada menjadi duri dalam daging.
ReplyDeleteSaya tidak terfikir apa yang diluahkan Datuk Chin itu menghasut kaum Cina menolak BN sedangkan Chin merasa bimbang jika keadaan BN diSabah tidak diperbaiki kelemahan pentadbiranya. Kecemerlangan 80 peratus pengundi Cina Sarawak condong kpd pembangkang DAP semasa PRN ke-10 Sarawak kerana pentadbiran BN Sarawak leka dan tidak memperdulikan masalah bandar (Urban). Inilah antara lain alasan Chin jika diSabah tidak dibaiki sistemnya termasuklah pemegang jawatan KM terlalu lama dikerusi empuknya.
ReplyDeletesebaiknya kerjasama ditingkatkan lagi jika ingin meningkatkan sokongan.
ReplyDeleteadakah tindakan Pang keluar dari LDP semata2 kerana pentingkan kebendaan dan jawatan?? bagaimana pula dengan jawatan TPM beliau yang telah digugurkan setelah keluar LDP?? Pang sudah berikan penjelasan kenapa beliau keluar dari LDP, jadi tidak perlulah cipta alasan lain semata2 untuk menjatuhkan beliau.
ReplyDeleteyang penting kepentingan rakyat perlulah menjadi keutamaan semua agar kepentingan rakyat dijaga dengan sebaiknya.
ReplyDeletebukan Pang yang melupakan jasa LDP, tetapi LDP yang melupakan jasa BN terhadap parti itu. tindakan LDP menyerang BN lebih jelas menunjukkan bahawa parti itu lebih mementingkan kebendaan dan jawatan.
ReplyDeletesemua ahli LDP patut menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah kerana masih diberi peluang yang cukup luas oleh kerajaan BN Sabah untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat cina di negeri ini. isu2 yang timbul dikalangan parti komponen BN di negeri ini tidaklah terlalu kritikal malah masih boleh diperbaiki.
ReplyDeleteJika merasa bimbang dengan keadaan di Sarawak baru-baru ini sepatutnya memikirkan cara dan bukannya mengkritik pihak lain. Jadi LDP perlulah memberikan kepercayaan kepada rakyat Sabah terutama cina.
ReplyDeleteI think there must be something going on.
ReplyDeleteKenapa pula LDP yang melupakan jasa BN...sedangkan Umno-BN yang datang ke Sabah selepas PBS keluar dari BN pada Pilihanraya Parlimen 1990 terkapai kapai BN nampaknya. Nasib baik LDP yang banyak membantu menyelamatkan maruah BN..lepas tu LDP disuruh ini disuruh itu apa yg LDP dapat...akhirnya Patung Mazu yg disuruh buang ke laut. Peter Pang dulu sebelum diangkat oleh LDP bertanding di DUN Karamunting...dia tak kenal apa dia politik dan org pun tak kenal Pang siapa dia pemimpin politik....org cuma kenal dia Jurutera yg hanya penting jaga Firmanya dan keluarganya. LDP angkat dia masuk politik dan Presiden V.K Liew serta Supreme Council LDP bermati matian cadang dia jadi Menteri penuh...tup! tup! sudah senang dia ludah pemimpin2 LDP. Beginikah tabiat seorang kawan yg pernah ditaburkan jasa...? Kenapa tidak kita katakan dia pentingkan jawatan dan kebendaan?..Jawatan Menteri dan ADUN adalah titik usaha pemimpin2 LDP dan pengundi2 LDP diKaramunting...jadi, kalau berpindah parti harus letak jawatan dan kembalikan kerusi ADUN itu kpd LDP adakan prk...lebih banyak pemimpin LDP Karamunting yg lebih layak tdk sombong mcm Peter Pang. Kalau Pang boleh lakukan itu...barulah kita LDP pandang dia ada prinsip dan tidak tamak jawatan dan kebendaan.
ReplyDeleteI think Dompok is right.Discussion should be made for both sides.
ReplyDeleteSelesaikan persengkataan anda dengan bijak.
ReplyDeleteI prefer a better approach for both parties.
ReplyDeleteJangan biarkan perkara ini terlalu lama.Nanti ada pihak yang menangguk di air keruh.
ReplyDelete