Monday, April 11, 2011

Azmin Bertembung Ezam Di Sungai Sarawak

MALAM tadi orang kanan dan bekas orang kanan Anwar Ibrahim, Mohd Azmin Ali dan Ezam Mohd Nor bertembung dalam satu majlis ceramah di Dun Pantai Damai di Kampung Bowean di atas tebing sungai Sarawak. Pertembungan malam tadi tidak ubah seperti pertandingan akhir raja lawak.

Apa yang berlaku malam tadi ada realistis politik orang Melayu yang memualkan. Ezam khasnya menelanjang diri politiknya sebenarnya yang sungguh jelek dan busuk.

Apa yang dipamerkan Ezam malam tadi menyebabkan orang mendapat jawaban kenap Ezam memungkir segala sumpah politiknya selama ini.

Sesuatu yang diluar jangkaan saya kalau pertembungan berlaku demikian. Sebagai orang Semenanjung saya malu dengan penampilan Ezam. Sebenarnya sudah lama mereka berbulu hati di antara satu sama lain. Ezam yang cemburu dengan pencapai Azmin dan dilayan baik oleh Anwar berdendam dengan Azmi,

Jadi pertemuan malam tadi adalah peluang terbaik untuk Ezam melepaskan geram dan sekaligus menunjukkan perangai sebenar beliau sebagai orang politik. Kalau bukan kerana melihat sendiri wajah dan mendengar suara Ezam yang mirip suara Anwar saya tidak percaya apa yang berlaku malam tadi kerana setahu saya bukan Ezam yang tampil sedemikian rupa.

Apakah setelah menyertai Umno dan mendapat jawatan "senator boy" Ezam sudah berubah? Iya sudah berubah menjadi Ezam yang sama dengan bekas-bekas ahli Umno seperti Ibrahim Ali dan beberapa yang sewaktu dengannya.

Dari awal hingga akhir ceramahnya menghentam dan mengutuk Anwar. Mencerca Anwar dari hujung hingga ke pangkal. Ezam gagal mengemukakan hujah-hujah politiknya semasa dan gagal mengemukakan isu untuk memancing para pendengar.

Malam tadi juga Ezam lebih mempromosi dirinya yang sudah tidak laku. Beliau cuba menunjukkan beliau pejuang sebenar, yang sanggup lari dari kemungkaran dilakukan Anwar Ibrahim. Cara Ezam menampil dirinya sebagai ahli syurga manakala Anwar dan Azmin ahli neraka.

Beliau mendabit dada sebagai seorang pejuangan sejati. Beliau bangga kerana ditahan dua kali dalam penjara, sebaliknya Azmin, usah ditahan ke pintu penjara pun tidak. "Itu yang sedang bercakap usahkan masuk penjara berada dipintu penjara pun tidak," kata Ezam.

Ezam membuat ukuran budak sekolah kononnya apabila beliau ditahan beliau adalah wira. Semudah itu congakan Ezam di tebing sungai Sarawak. Mendengar ceramah Ezam semalam saya rasa bukan saja rakyat Sarawak di pinggir sungai itu yang loya tetapi para cucu cicit bujang senang di Sungai Sarawak juga merasa mual.

Berbeza dengan penampil Azmin malam tadi yang memapamirkan tahap pemimpin yang ada idea dan berakhkal. Walaupun Azmin tidak masuk ke penjara tetapi ternyata Azmin lebih baik dan terbaik dari para banduan lain, kecuali Anwar. Penampilan Ezam semalam menyerlahkan bahawa beliau ada seorang narapidana yang kehilangan kompas.

Apabila Ezam menjerit dan melaung tanpa disambut Azmin lebih memburukkan lagi keadaan. Ezam tak ubah orang nanal dan mabuk yang bercakap sendirian. Kedua mereka bercakap lebih kurang setengah jam.

Azmin Ali mengakhiri ceramah lima minit lebih awal berbanding Ezam yang disambutan tepukan dan sorakan bergemuruh dari orang ramai. Ezam berundur selepas itu tanpa tepukan tetapi diiringi sorakan orang ramai kepada seorang fanalis akhir raja lawak.

http://msomelayu.blogspot.com/

18 comments:
Write comments
  1. ezam ni x boleh pakai

    ReplyDelete
  2. Anwar Ibrahim patut berhati-hati dengan orang di sekelilingnya.

    ReplyDelete
  3. pandailah kmu menilai sendiri apa yang diperkatakan mereka.

    ReplyDelete
  4. Siapa lagi Ezam ini?

    ReplyDelete
  5. biarlah rakyat Sarawak yang menilai apa yang mereka perkatakan.

    ReplyDelete
  6. Tidak ada gunanya kita memburukkan orang lain, apa yang penting kita perlihatkan kemampuan kita sendiri. Buktikan yang kita adalah lebih baik dengan menceritakan tentang pencapaian diri sendiri. Bukannya menceritakan tentang keburukkan orang lain.

    ReplyDelete
  7. Apapun, usaha tangga kejayaan. Jika kita berusaha akan ada masanya kita akan mencapai kejayaan.

    ReplyDelete
  8. rakyat Sarawak akan berpihak kepada pemimpin yang boleh dipercayai.mereka boleh menilai sendiri pemimpin yang mampu memberi harapan kepada mereka

    ReplyDelete
  9. Biar apa pun yang dikatakan, rakyat sendiri akan menilainya.

    ReplyDelete
  10. siapa sebenarnya watak ezam yg di bagi peranan sebagai hero ? orang kampung saya tak kenal langsung dengan budak Ezam ni ! tiba-tiba nak jadi hero pula....pegilah...

    ReplyDelete
  11. Politik memang banyak gimik. alam sekelip mata macam2 boleh berlaku. huhu

    ReplyDelete
  12. Apapun, pandai2 lah rakyat menilai perkara ini:)

    ReplyDelete
  13. Ezam Mohd Nor yang terkenal dengan kelantangannya dalam mematahkan serangan Anwar berjaya menundukkan Anwar yang kemudiannya terpaksa meminta bantuan Azmin untuk meneruskan ceramah. Dalam syarahan Azmin telah menuduh Ezam sebagai pengkhianat besar kerana sanggup keluar parti dan menyertai UMNO. Pertuduhan yang dianggap liar itu segera dijawab Ezam secara terbuka dengan melafazkan sumpah bahawa beliau meninggalkan PKR bukan kerana pangkat dan darjat, tetapi kerana prinsip..

    ReplyDelete
  14. ini kenyataan sebenar Ezam

    “Saya sudah dua kali masuk penjara dan 11 kali masuk lokap kerana membela Anwar Ibrahim, tetapi setelah saya mengetahui beliau benar-benar melakukan liwat, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti tersebut”, jelas Ezam.

    Anwar hanya menggunakan rakyat dan barisan pemimpin2 nya untuk membela diri beliau, malah menggunakan Sarawak sebagai platform terakhir untuk menyelamatkan kerjaya politiknya.

    ReplyDelete
  15. Tidak boleh harap langsung.

    ReplyDelete
  16. Tiba-tiba terkeluar seorang yang bernama Ezam.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.