Friday, April 8, 2011

Bn Sukar Bentuk Kerajaan Sarawak?

Gelanggang sudah dibuka. Tarikh mengundi bagi hampir Sejuta Pemileh diSarawak telah ditetapkan akan berlangsung pada 16 April ini. Walaupun ia telah diheret hingga keakhir tempoh Penggal, keghairahannya masih memuncak.

Pada sidang Penamaan Calun jelas menunjukkan rakyat Sarawak “means business“. Seramai 213 Calun berdaftar merebut 71 Kerusi Dewan Undangan Negeri. Satu rekod tercipta dimana tidak ada satu kerusipun dimenangi oleh BN tanpa bertanding seperti lazimnya.

Daripada beberapa petunjuk awal saya meramalkan Barisan Nasional didalam keadaan yang amat sukar untuk membentuk Kerajaan Baru. Walaupun sudah menjalani 9 kali Pilihanraya Negeri sebelum ini yang masih dicanang adalah politik pembangunan. Ini menunjukkan mereka gagal dalam aspek tersebut. Keduanya adalah soal memileh calun. Semasa sidang akhbar mengumumkan calunpun BN masih belum 100 % bersedia. Calun bagi N. 70 Ba` kalalan masih misteri. Apa yang dapat dilihat bukannya BN kekurangan pemimpin berkaliber untuk diletak disitu. Persoalannya yang hebat-hebat tidak sanggup berdepan dengan calun Parti Keadilan Rakyat Baru Pian. Sebagai buktinya Senator Idris Jala pun mengumumkan yang beliau tidak bertanding disitu. Beliau membayangkan untuk kembali kedunia korperat.

Lebih menguatkan hujah, jika setiap parti pembangkang berjaya memenangi separuh dari jumlah kerusi yang ditandingi jumlah yang akan mereka perolehi sekurang-kurangnya 36 kerusi. Pecahannya adalah seperti berikut:

i. SNAP bertanding 27 kerusi dan dijangka boleh menang sekurang-kurangnya 13

ii. PKR yang bertanding satu lawan satu dengan BN di 22 kawasan dijangka boleh menang 10 kerusi

iii. DAP yang bertanding 13 kawasan dijangka tidak ada masaalah untuk memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi

iv. PAS yang bertanding dikawasan-kawasan cerah besar kemungkinan akan dapat menawan sekurang-kurangnya 3 kerusi

Satu faktor besar yang sangat jelas Barisan Nasional sukar membentuk kerajaan baru ialah faktor kepimpinan negeri mereka. Taib Mahmud dicabar sengit oleh dua calun yang masing-masing memiliki pengaruh dikawasan tersebut. Jika rakyat berpuashati dengan pimpinannya selama ini sudah tentu beliau boleh memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding.

Akhirnya, jika ada mana-mana pihak yang percaya “ Iklan Video Seks “ sebagai extra mileage haraplah dilupakan saja. Kerana ianya segera akan luput seperti tamatnya tempoh “airtime” bagi handphone-handphone kita walaupun baki kreditnya masih banyak. Headline besok akan bertukar mengenai berita kematian ngeri pula.

http://ahmadzawawi.wordpress.com

20 comments:
Write comments
  1. apapun, kita tunggu ja keputusan pilihanraya tersebut nnti.

    ReplyDelete
  2. Masih awal lagi, apa saja yang boleh berlaku.

    ReplyDelete
  3. Harap rakyat sendiri boleh menilai dan mengundi secara bijak.

    ReplyDelete
  4. Undi adalah hak masing2. Mgundilah dgn bijak.

    ReplyDelete
  5. semuanya terserah kepada rakyat Sarawak untuk memilih siapa yang mereka rasakan terbaik.

    ReplyDelete
  6. semua parti yang bertanding telah pun menyatakan keyakinan mereka. apa pun, siapa yang akan menang hanya akan diketahui apabila keputusan diumumkan kelak.

    ReplyDelete
  7. It's better to just wait and see.

    ReplyDelete
  8. It's all up to the people to decide. Sarawak future is in their hand.

    ReplyDelete
  9. Semoga rakyat Sarawak menunaikan tanggungjawab mereka. Undilah yang benar-benar boleh membantu kita.

    ReplyDelete
  10. Sarawak pasti boleh membentuk kerajaan mereka. Semua itu ditangan rakyat. Rakyat yang menentukannya. Semoga berjalan dengan baik PRN Sarawak ini. Lakukan yang terbaik.

    ReplyDelete
  11. Tidak ada yang mustahil jika BN berusaha. Buktikan kepada rakyat yang anda mampu untuk membawa perubahan yang diimpi2kan oleh rakyat sarawak.

    ReplyDelete
  12. Masih ada masa untuk membuktikan kebolehan anda untuk memimpin.

    ReplyDelete
  13. semasa piliharaya, mmg pelbagai teori dan analisis akan timbul, bagimanapun kita akan tau jg keputusannya nnti.

    ReplyDelete
  14. aku rasa PR masih terlalu sukar utk menang di sarawak. kerusi PR ketika in pun cuma 6 kerusi saja selebihnya adalah BN selain itu, majoriti undi adalah besar iaitu purata 3 ribu lebih. PR jgn memandang rendah pengaruh Taib. kalaupun PR menang 1 atau 2 kerusi pada pilihanraya 16hb nti, dah kira pencapaian yg baik utk PR.

    ReplyDelete
  15. pilihanraya kali ini memang mencabar kepada BN..tidak terkecuali juga kepada pembangkang kerana selama ini imej pembangkang kurang elok di mata rakyat dengan kemelut dalaman yang bertubi-tubi timbul..tambahan lagi dengan kes anwar sekarang yang masih belum selesai.

    ReplyDelete
  16. kemungkinan Bn untuk menang adalah besar namun BN harus sentiasa berusaha dan bukannya menharapkan populariti parti untuk menang kerana rakyat kini lebih realistik.

    ReplyDelete
  17. apa pun, kita tunggu dan lihat keputusan piliharaya sarawak nanti..

    ReplyDelete
  18. Biarlah rakyat sendiri yang memilih parti pemimpin yang mereka mahukan.

    ReplyDelete
  19. Senario terkini yang melanda pembangkang, ia jelas mencerminkan bahawa mereka tidak bersedia untuk mengambil alih negeri itu melalui saluran demokrasi. Senario terkini yang melanda pembangkang, ia jelas mencerminkan bahawa mereka tidak bersedia untuk mengambil alih negeri itu melalui saluran demokrasi. bagaimana mereka mahu mentadbir Sarawak jika ketika pembahagian kerusi pun boleh bergaduh sesama sendiri.

    ReplyDelete
  20. semoga rakyat Sarawak mengundi dengan bijak.'undi anda akan menentukan kedudukan parti yang memerintah.'

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.