Saturday, April 9, 2011

Lagi aktivis dihalang masuk Sarawak

Aktivis BERSIH, Wong Chin Huat dihalang untuk memasuki Sarawak, menyusul langkah aktivis sosial, Steven Ng, yang dihalang di lapangan kapal terbang pada 3 April 2011. Wong Chin Huat menjadi warga Malaysia kedua yang dihalang untuk masuk ke bumi kenyalang sejak terbubarnya DUN Sarawak.


Wong Chin Huat (gambar kanan) yang mengajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta bertolak menaiki kapal terbang pada jam 6.40 petang bersama dua orang penuntutnya. Tanpa diduga, beliau dimaklumkan bahawa dirinya dihalang untuk masuk ke Sarawak setelah mendarat di Lapangan Terbang Kuching pada jam 8.30 malam.


Wong Chin Huat membalas panggilan MerdekaReview pada jam 9.06 malam, memberitahu bahawa dirinya diminta untuk menyerah kad pengenalannya. Wong menolak untuk berbuat demikian, malah cuba membela keputusan dirinya dengan Perlembagaan Persekutuan. Beliau sedang menghubungi peguamnya untuk berunding dengan pegawai imigresen.


Bagaimanapun, Wong Chin Huat diarahkan untuk kembali ke Semenanjung kemudiannya. Beliau akan menaiki kapal terbang Air Asia pada jam 10.10 pm. Wong dihalang mengikut Akta Imigresen Seksyen 65(1)(a), akta yang sama digunakan untuk menghalang kemasukan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah sebelum ini.


Selain itu, dua orang penuntutnya, Lu Wei Hoong dan Low Wei Yan juga disiasat pegawai kastam. Menurut Lu Wei Hoong, pegawai kastam menyiasat buku nota, fail, dan buku yang dibawanya, MARCH 8 The Day Malaysia Woke Up, suntingan Kee Thuan Chye.


Mereka diberitahu oleh seorang pegawai kastam bahawa mereka disiasat atas arahan Jabatan Kastam dari Kuala Lumpur.


Wong Chin Huat adalah warga Malaysia kedua yang dihalang untuk masuk ke Sarawak sejak terbubarnya DUN Sarawak. Pada 3 April, aktivis yang giat dalam gerakan sosial di Sarawak, Steven Ng (gambar kanan) dilarang untuk memasuki negeri Sarawak, tanpa diberi alasan.


Wong Chin Huat adalah kolumnis MerdekaReview, sebelum ini menulis sebuah artikel berjudul Mungkinkah CHRISTRAF mencetus ribut di Sarawak?

14 comments:
Write comments
  1. Negeri apa ini macam kominis pula tak boleh masuk?takutkan BN kalah ?

    ReplyDelete
  2. Ya, negeri Sarawak memang seperti negeri komunis. Pada hari-hari biasa pun, mereka mengawal ketat kemasukan orang luar termasuklah orang Sabah dan Semenanjung. Kalau tidak silap aku, kita perlu tunjukkan mykad di checkpoint kalau mahu masuk Sarawak. Tapi kalau mereka mahu datang ke Sabah ataupun Semenanjung, macam tidak perlu. Kalau tak silap lah.

    ReplyDelete
  3. ya.. klu orang semenanjung nak masuk ke Sabah dan sarawak, mereka mmg perlu tunjukkan maykad dan diberi slip kemasukan yang sah selama 90 hari ( kira pasportlah tu). bagitu jugalah jika orang Sabah nak masuk ke Sarawak. tapi jika orang sabah dan sarawak nak ke Semenanjung tak perlu berbuat demikian. ini dah termaktud dalam perjanjian pembentukan Malaysia.

    ReplyDelete
  4. mungkin ada sebab mengapa pekara ini terjadi. sebaiknya penjelasan diberikan.

    ReplyDelete
  5. Namapaknya aktivis ini dihalang masuk Sarawak mungkin kerana ada sebab tersendiri. Apa pun, diminta aktivis itu mengikut kata-kata pegawai yang mengarahkannya.

    ReplyDelete
  6. Kalau begitu komonis lah negeri Serawak sebab aktivis yang masuk tak ada masalah masuk semua negara termasuk Amerika yang ketat selepas 11 sept, gayanya takut BN kalah sebab orang nie ahli politik VS BN, cara dia masuk ikut protokol juga cuma tidak dibenarkan di Serawak tanpa alasan diberi kan pelik.

    ReplyDelete
  7. They should give good explanation on why he is not allowed to enter Sarawak.

    ReplyDelete
  8. hhmmm, entahlah. Pandai2 lah rakyat membuat penilaian terhadap hal ini.

    ReplyDelete
  9. Tapi bagi saya, sekuriti di Sarawak memang patut dipuji. hehe

    ReplyDelete
  10. Paquin tau tak malaysia demokarasi so semua orang boleh masuk ikut protokol apatah lagi masa PRU macam mana kalau pemimpin BN tak boleh masuk Selangor,Pulau Pinang,Kelantan dan Kedah apakah ini baik untuk 1 Malaysia,jadi nampak benarlah kau bodoh karat biru hingga semua Taib mahmud buat sah/adil kepada rayat Serawakian.

    ReplyDelete
  11. Semuanya termaktub & termeterai dalam perjanjian pembentukan M'sia. Lagi pun setiap negeri perlu kreatif untuk menjaga keamanan & keselamatan rakyat.

    ReplyDelete
  12. jika pemimpin2 utama serta pemimpin tertinggi pembangkang boleh keluar masuk sarawak kenapa Wong Chin Huat tidak boleh? ini bermakna ada sebab lain yang cuba disembunyikan oleh media pembangkang.. kalau faktor politik atau kedudukan BN dijadikan alasan, sepatutnya tidak ada pemimpin2 utama pembangkang berkempen di sarawak.

    ReplyDelete
  13. Mereka yang dihalang memasuki Sarawak sepatutnya perlu diberitahu alasan yang kukuh mengapa berlaku demikian.Jika tidak,isu yang berulang-ulang seperti ini akan dipandang negatif oleh masyarakat dan menjadi lebih serius.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.