KEMPEN pilihanraya ke-10 DUN Sarawak kini sudah masuk hari ke-4 yang menyaksikan calon parti bertanding sama ada di pihak BN mahu pun pembangkang kelihatan sedang rancak berkempen termasuk kempen perang saraf menerusi media cetak atau elektronik.
Bagaimanapun jika dilihat dari segi pendemokrasian media, khususnya media elektronik di saluran kerajaan seperti Awani, TV3, NTV7, TV1, TV2 telah didapati 99 peratus membantu kempen BN, dan bukannya liberal sepertimana yang didakwa BN sebelum ini.
Persoalannya, di manakah letaknya ketelusan dan kejujuran kerajaan BN dalam menjanjikan kononnya BN bersikap adil, demokrasi dan saksama tetapi sekarang ini ketika kempen pilihanraya Sarawak sedang berlangsung; jelas terbukti BN tidak mengotakan janjinya, sebaliknya lebih ‘bias’ dalam membuat laporan kepada media.
Sepatutnya, pembangkang diberi hak untuk mendapatkan liputan media perdana selain BN yang boleh disifatkan sebagai adil dan saksama supaya rakyat khususnya pengundi bebas membuat keputusan mereka tanpa dipengaruhi mahu pun dipesongkan kepada laporan-laporan palsu dan tempang.
Perkara 10, Bahagian 2, Kebebasan Asasi dan Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata jelas menunjukkan bahawa semua parti yang bertanding mempunyai hak dan kebebasan menggunakan media kerajaan, sama ada ia BN mahu pun pembangkang.
Harus diambil perhatian bahawa baik di pihak pembangkang atau kerajaan BN, rakyatnya adalah mempunyai taraf yang sama tergolong sebagai pembayar cukai. Jadi, apa pun perkiraannya semua yang bertanding mempunyai hak yang sama untuk mendapat liputan media elektronik kerajaan secara sama rata.
Parti parti bertanding dalam sesuatu pilihanraya seharusnya menggunakan logistik dan kemampuan parti itu sendiri, baik di pihak kerajaan mahu pun pembangkang dan tidak sepatutnya menggunakan kemudahan dan logistik kerajaan sepertimana BN amalkan sekarang ini.
Justeru, terpulanglah kepada rakyat menilai sendiri berdasarkan pengalaman yang berlaku sekarang, manakah dia kaca dan yang mana satu permata. Rakyat tidak boleh berselindung lagi dalam soal ini, malah harus membuat keputusan yang tepat demi masa depan rakyat, khususnya Sarawak.
Sekian.
BAH KUT TEH, SARAWAK (sabahkini)
Sunday, April 10, 2011
Kebebasan Hak Asasi Hanya Penglipur Lara?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya setuju dengan Komen Penulis,memang 99% memihak kepada Parti Pemerintah.Adapun muka pembangkang tetapi hanya mulut yg bergerak,dan ada pula suara latar.Macamlah pemimpin pembangkang ni tak tau bercakap.Itu buat aku benci dengan TV dan Kerajaan.Nasihat saya,kalau nak guna TV,jangan keterlaluan nanti orang akan benci.
ReplyDeleteApa2 pun semuanya akan terjawab dalam PRU13.
ReplyDeleteYang penting sendiri kenalah pandai menilai.
ReplyDeleteKeadilan, di mana keadilan. Rakyat kena memikirkan tentang nasib generasi akan datang. Siapakah yang lebih layak untuk memimpin?
ReplyDeletebyk saluran media di negara kita, media alternatif boleh digunakan.
ReplyDeletesetiap rakyat mempunyai penilaian mereka sendiri. terserah kepada rakyat untuk menilai dan membuat pilihan.
ReplyDeleterakyat perlu membuat pilihan dengan bijak. pilihlah siapa yang mampu untuk menjalankan tugas dengan baik.
ReplyDeleteSetiap individu ada pendapat mereka sendiri. Jadi biarlah penduduk sarawak menilainya sendiri.
ReplyDeleteKebebasan bersuara harus dipraktikkan, kerana kita adalah sebuah negara demokrasi, tapi jika terdapat unsur2 yang boleh mengugat keselamatan negara saya pasti ramai yang akan bersetuju untuk tidak menyiarkan apa.
ReplyDeletePRU-13 adalah masa yang terbaik untuk membuat perubahan.
ReplyDeleteVoters, u know what to do.
ReplyDeletesegalanya terletak pada penilaian individu.samada BN lebih dipercayai atau sebaliknya,semua itu terjawab dalam keputusan pilihan raya umum nanti
ReplyDeletemustahil pembangkang tidak melakukan perkara yang sama jika mereka berjaya membentuk kerajaan.
ReplyDeleteterpulang kepada rakyat untuk menilainya.
ReplyDeleteapa2 pun, kita tunggu dan lihat keputusan PRN sarawak.
ReplyDeleteSemuanya terpulang pada penilaian rakyat. Tak kisahlah apapun bahan yang disajikan oleh media, janji rakyat tahu apa yang perlu dilakukan.
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang berlaku nanti.
ReplyDeletePengundi perlu pandai membezakan betul dan salah.
ReplyDelete