BARISAN Nasional (BN) mempunyai peluang lebih cerah untuk menang besar dalam pilihanraya umum ke 10 kali ini berikutan tranformasi BN yang membawa lebih banyak kemajuan di Sarawak.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin , berkata keyakinan tersebut berdasarkan kepada fakta yang dapat disaksikan oleh rakyat Sarawak sendiri, bagaimana kerajaan BN bukan sahaja melakukan tranformasi politiknya yang mendahulukan rakyat, namun tranformasi yang membawa perubahan terhadap landskap pembangunan di bandar dan di luar bandar di Bumi Kenyelang itu.
Ini katanya amat bebeza dengan pakatan pembangkang semakin caca merba, menghadapi krisis kepimpinan di peringkat pusat dan negeri selain krisis moral yang dihadapi oleh sebilangan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang yang menjadi daya pengukur bagi rakyat Sarawak menolak mereka dalam pilihanraya umum kali ini.
“Saya melihat momentum sokongan rakyat Sarawak terhadap BN masih kukuh dan ini ditambah pula dengan pelaksanaan perubahan dan transformasi BN Sarawak untuk mengetengahkan ramai muka baru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak berjaya membuktikan pembaharuan dan peningkatan keyakinan rakyat kepada BN,” katanya ketika ditemui selepas mengiringi calon BN bagi kawasan DUN N.3 Tanjung Datu, Tan Sri Adenan Satem yang turut disertai hampir tiga ribu orang pemimpin dan penyokong BN ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Masyarakat Lundu, pagi tadi.
DUN Tanjung Datu yang dipertahankan oleh Adenan yang juga Ketua Pegawai Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang pada pilihanraya umum kali ini dicabar dalam perlawanan 3 penjuru antara calon dari PAS Nani Sahori dan seorang calon Bebas Gilbert Ason
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pada pilihanraya umum kali ini sudah tentu rakyat Sarawak lebih bijak menilai serta memilih sebuah kerajaan yang boleh mentadbir urus pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negeri tersebut kerana Sarawak merupakan antara negeri yang terus melangkah ke hadapan dalam pelbagai aspek kemajuan yang perlu di teruskan demi kebaikan dan kesejahteran rakyat di negeri tersebut
“Isu antara Snap (Parti Kebangsaan Sarawak) dan PKR di Sarawak cukup untuk menunjukkan pembangkang tiada kesepakatan. Pelbagai perbezaan dalam pakatan pembangkang, percanggahan Pas dan DAP membuktikan pakatan itu tiada hala tuju yang sudah tentu tidak mampu membawa untung, malah sia-sia kepada rakyat,” tegas Lajim.
Tambah Lajim yang juga Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Beaufort, kesepakatan perubahan dan transformasi untuk penampilan pemimpin pelapis yang dilaksanakan oleh BN Sarawak dan komponen-komponennya mudah-mudahan akan membawa kemenangan besar. Pada pilihanraya kali ini
"Rakyat tentunya menerima dan menyakini transformasi ini dan masa depan akan lebih cerah untuk menikmati pembaharuan dan kemajuan," katanya
Ditanya peluang BN bagi memenangi kerusi DUN Tanjug Datu, Lajim optimis penyandangnya Tan Sri Adenan akan mengekalkan kerusi di kawasan tersebut ini dapat dilihat dari rekod serta pencapaian kemajuan khususnya di daerah Lundu semasa Adenan menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.
Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID (sabahkini)
Wednesday, April 6, 2011
LAJIM OPTIMIS BN SARAWAK MENANG CERAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BN mgkin mempunyai potensi tinggi berdasarkan jentera mereka yang kukuh. dan dilihat pembangkang kini dibelenggu byk masalah.
ReplyDeletebagaimanapun, ini hnyalah analisis dan kita akan tau jg keputusannya setelah keputusan pilihanraya diumumkan.
ReplyDeleteYes, high possibility BN will win the election again unless the opposition buck up their performance and solve every internal issues they have.
ReplyDeleteAnyway, it's all up to the people to decide. May the best one win!
ReplyDeleteBN mungkin berpotensi menang kerana Sarawak memang merupakan kawasan kuat BN.
ReplyDeleteapa pun, ianya terpulang kepada rakyat Sarawak untuk memilih parti yang mereka sokong..
ReplyDeleteKita tunggu adakah ini akan menjadi kenyataan. Biarlah rakyat yang tentukan siapa yang akan memerintah selepas ini.
ReplyDeleteApa yang penting adalah usaha untuk berada kekal memerintah. Setiap usaha itu mestilah mengutamakan rakyat.
ReplyDeleteNampaknya Lajim mempunyai keyakinan untuk mempertahankan kerusi BN di Sarawak.
ReplyDeleteBN is gearing up in Sarawak.
ReplyDeletetidak dinafikan bahawa peluang BN untuk menang dalam PRN sarawak kali ini adalah cerah namun jangan terlalu yakin kerana pembangkang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kerajaan.
ReplyDeleteyang penting BN harus kekalkan dan kalu boleh tingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada rakyat..
ReplyDeletedan kalau menang, pastikan segala janji dalam manifesto BN ditunaikan..
ReplyDeleteBerpotensi mennag atau sebaliknya, hal kedua. Yang penting sekarang usaha harus dilakukan utk menambat hati rakyat.
ReplyDeleteTerlalu sukar utk membuat ramalan di dunia plitik. Cara terbaik ialah teruskan perjuangan dan buktikan kemampuan yang ada.
ReplyDeleteSa yakin, rakyat tahu apa yang terbaik utk masa depan mereka.
ReplyDeleteJusteru, rakyat harus bijak membuat penilaian. Jangan sampai tersalah nilai pula.
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
ReplyDeleteTerpaksalah kita tunggu dan lihat sama ada spekulasi Lajim ini betul atau tidak.
ReplyDeleteKita tidak salah jika terlalu yakin. Kerana apa yang berlaku nanti kita tidak akan jangkakan. Jadi apa pun biarlah rakyat yang menilai sendiri.
ReplyDeleteApa pun kita mengharapkan BN dapat memberikan yang terbaik jika inginkan sokongan rakyat. Kerana rakyatlah kita menang dan kerana rakyat jugalah kita akan kalah. Jadi fikirkanlah sendiri. Jika kita lalai tidak mustahil kita akan kecundang. BN pasti boleh..
ReplyDeleteKita tunggu dan lihat saja PRN Sarawak ini. Siapakah yang kuat dan menawan hati rakyat. Setiap parti ada cara mereka tersendiri. Maka berusahalah untuk menawan hati rakyat. Semoga berjaya.
ReplyDeleteApa saja yang boleh berlaku, masih awal lagi.
ReplyDeletewe will see the result soon.
ReplyDeleteWow, BN is gearing up now.
ReplyDeleteSemoga apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.
ReplyDeleteSemoga parti bertanding dapat melakukan yang terbaik untuk rakyat. Menang perkara kedua, apa yang penting perjuangan terhadap rakyat.
ReplyDeletejika begitu tahap keyakinan Haji Lajim, saya ucapkan tahniah kepada BN. samada pengundi2 Sarawak mempunyai pandangan yang sama seperti Haji Lajim atau tidak, kita akan tahu hasilnya nanti..
ReplyDeleteItupun terpulanglah kepada pengundi di Sarawak.
ReplyDelete