Saturday, April 2, 2011

LAGI AHLI UMNO ISYTIHAR SERTA PKR

Bertempat di Kg Tontologong, Melalap, Tenom, PKR Cabang menerima kemasukan anggota baru seramai 70 orang yang terdiri dari ahli-ahli UMNO Bahagian Tenom.

Bercakap kepada wakil media PKR, penduduk kampung berkenaan menyatakan rasa kecewanya terhadap kepimpinan UMNO yang selama ini tidak memperdulikan kebajikan mereka.



Juru cakap penduduk Kampung Tontologong, Ambiau memaklumkan bahawa selama BN memerintah hampir 48 tahun lalu, tiada satupun pembangunan telah dibuat di kampung berkenaan. Jalanraya pun masih bertaraf zaman batu, penuh dengan lumpur.

Dalam ucapan Ketua Cabang PKR Halik Zaman, beliau mengalu-alukan penyertaan keanggotaan ke dalam Cabang PKR Tenom. Beliau percaya rakyat pedalaman kini bukan lagi seperti dahulu, yang hanya tunduk kepada pujuk rayu para pemimpin UMNO/BN.



Rakyat pedalaman kini sudah sedar dan tidak lagi mahu diri mereka di pergunakan demi memenuhi kepentingan kepimpinan UMNO yang mementingkan kepercayaan kepuakan suku.

Biarpun terdapat usaha kotor UMNO untuk menghancurkan PKR Tenom dari dalam dengan menarik sembilan orang AJK Cabang yang dipilih dalam Pemilihan Tahunan Cabang Tenom untuk kembali menyertai UMNO hari ini, namun Ketua Cabang PKR Tenom itu hanya tersenyum dan berkata; “Hari ini UMNO tarik 9 orang AJK PKR Tenom dan hari ini juga PKR telah ambil 70 orang akar umbi ahli UMNO dari kampung Tontologong Melalap Tenom.”

Ketua Cabang juga menyatakan, di sinilah kita dapat melihat ketakutan UMNO apabila melihatkan gelombang reformasi kian bertiup kencang di kampung-kampung di daerah Tenom.

Maka untuk memperkukuhkan kedudukan para pemimpin UMNO, maka mereka sanggup untuk bermain kotor demi mempertahankan kedudukan mereka yang semakin goyah hari demi hari.

Namun sokongan dan dokongan yang di terima dari ahli ahli UMNO dari kampung Tontologong yang amat menggalakkan, tidak mematahkan semangat kepimpinan Cabang PKR Tenom untuk meneruskan agenda perjuangan demi membela nasib rakyat Tenom.

"PKR Tenom sudah lama menjangka AJK yang mudah dibeli itu sememangnya mereka tidak ada pengaruh akar umbi, daripada mereka menjadi duri dalam daging dalam PKR, lebih elok awal awal lagi mereka keluar dari PKR agar kita tahu yang mana kawan dan lawan," jelas Halik dengan ceria dan tenang.

Oleh :MEDIA PKR TENOM (sabahkini)

17 comments:
Write comments
  1. Ini namanya rakyat yg bijak.Sedar yg diri tidak dipeduli,baik keluar Parti.Lebih baik kita sedar yg Parti kita sokong tak dapat beri apa2 daripada mengharap impian konon KITA DIDAHULUKAN pada hal hanya cakap saja.Jenuh mata menunggu,habukpun tarak.TAHNIAH.... Tenom.

    ReplyDelete
  2. Baguslah kalau macam tu, kasi detoxify BN.

    ReplyDelete
  3. nampaknya makin ramai yang sertai PKR di Tenom, BN tak boleh diamkan diri.

    ReplyDelete
  4. BN perlu mempertingkatkan usaha untuk mendapat balik kepercayaan rakayt.

    ReplyDelete
  5. Bertindak segera sebelum semuanya terlambat.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya kawasan Tenom begitu aktif sekali pemimpin PKR menawan hati rakyat. Apa pun tidak semestinya itu adalah benar. Kita lihat saja nanti PRU 13 akan datang. Benarkah dakwaan PKR ini.

    ReplyDelete
  7. satu pertanyaan.....Jika sudah tahu AJK2 PKR Tenom itu mudah dibeli @ mudah berubah haluan, kenapa lantik mereka jadi AJK?

    ReplyDelete
  8. aishh bikin boring juga lama2 dengar cerita keluar masuk ni. huhu

    ReplyDelete
  9. Apapun pandai2 lah rakyat menilai perkara ini.

    ReplyDelete
  10. belum piliharaya mcm-mcm sudah cerita politik. Dulu siok bila-bila KM Sabah bila-bila bubar Adun tp sekarang semua kena rujuk malaya. Bukan mcm Sarawak piliharaya ditentukan oleh orang Sarawak sendiri.

    ReplyDelete
  11. ini adalah pekara biasa dalam politik. mana-mana parti pun ada ahli yang keluar dan ada yang akan masuk parti. apa pun, kebanyakan rakyat pasti tahu parti mana yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  12. Di Malaysia tiada peraturan menghalang ahli lompat parti, semua pun katak yang lompat sini, lompat sana.

    ReplyDelete
  13. Kalau mahu keluar, keluarlah, bukan juga kita kisah.

    ReplyDelete
  14. terpulang kepada mereka.

    ReplyDelete
  15. hmm..semuanya akan terjawab pada PRU 13.

    ReplyDelete
  16. tidak lama selepas mereka menyertai PKR, mereka akan keluar kerana tidak mahu diri mereka dipergunakan untuk memperjuangkan nasib Anwar..

    ReplyDelete
  17. "PKR Tenom sudah lama menjangka AJK yang mudah dibeli itu sememangnya mereka tidak ada pengaruh akar umbi, daripada mereka menjadi duri dalam daging dalam PKR,""

    selepas PRU13 barulah kita tahu siapa duri dan siapa sebenarnya daging..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.