BEIJING: Tiga kanak-kanak mati manakala 35 yang lain sakit selepas meminum susu yang dicemari nitrit di Gansu, iaitu skandal keselamatan makanan terbaru yang melanda industri tenusu negara itu.
Agensi berita Xinhua melaporkan 35 mangsa terbabit adalah kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dan kini dirawat di dua hospital di bandaraya Pingliang.
“Siasatan awal menunjukkan semua pesakit diracuni nitrit selepas meminum susu yang dibekalkan dua ladang tenusu," menurut laporan Xinhua.
Nitrit digunakan untuk merawat daging.
Kedua-dua ladang tenusu itu ditutup dan pengurus mereka sedang disiasat.
Pada 2008, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak maut dan hampir 300,000 yang lain jatuh sakit akibat meminum susu tepung yang dicampur melamin. - Reuters
Saturday, April 9, 2011
3 kanak-kanak China maut selepas minum susu dicemari nitrit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bahayanya, apa punca yang menyebabkan susu tersebut tercemar?
ReplyDeletesyarikat yang membekalkan susu tersebut perlu disiasat dan jika ia berpunca dari mereka, syarikat tersebut perlu diambil tindakan tegas.
ReplyDeleteBe careful.
ReplyDeletepemantauan perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian seperti ini.
ReplyDeletethis is dangerous.
ReplyDeleteSemakin hari semakin banyak produk dari china yang tidak selamat untuk digunakan. Semoga kerajaan China dapat mengurangkan penggunaan bahan2 yang tidak selamat.
ReplyDeleteproduk china semakin hari semakin membimbangkan.
ReplyDeletehuhuhu, kesiannya. Ayoo, lepas ni pasti ramai yang mengelak daripada menggunakan produk dari negara China.
ReplyDeletekerajaan perlu lebih berhati2 ketika mengimport barangan makanan bukan sahaja dari negara china malah semua negara..
ReplyDeleteJadi sebagai peringatan kepada para pengguna,berhati-hati bila membeli produk yang berasal dari China.
ReplyDelete