Friday, April 8, 2011

Pilihanraya Sarawak : Manifesto Siapa Paling Praktikal?

http://www.sarawakbersatu.org/wp-content/uploads/2011/03/Sarawak-Election-3.pngManifesto Pakatan Rakyat Sarawak yang dilancarkan hari ini sangat praktikal untuk dilaksanakan dan merangkumi keperluan semua kaum di negeri ini, kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, manifesto yang dirangka oleh Pakatan Rakyat Sarawak dengan persetujuan Pakatan Rakyat Pusat itu dihasilkan setelah mengambil kira semua masalah dan isu-isu rakyat di Sarawak dan negeri-negeri Pakatan yang lain.

"Saya yakin manifesto Pakatan Rakyat untuk rakyat Sarawak merupakan manifesto yang paling praktikal dan boleh dilaksanakan dan menangani isu-isu di negeri Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Jadi sudah tentu sepuluh perkara yang dinyatakan dalam manifesto ini amat bertepatan sekali dengan masalah rakyat negeri Sarawak," kata beliau ketika ditemui selepas pelancaran manifesto berkenaan di pusat media PKR, dekat sini hari ini.

Terdahulu, manifesto berkenaan dilancarkan oleh beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri dan pusat antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan beberapa calon Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini.

Sepuluh perkara yang terkandung di dalamnya ialah kebebasan kepercayaan, pentadbiran yang baik, reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra, pembasmian kemiskinan, hubungan persekutuan negeri Sarawak yang lebih hijau, layanan adil kepada semua rakyat Sarawak, kebudayaan dan pendidikan, hak wanita dan melabur dalam masa depan.

Bagi reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra,Pakatan Rakyat memberi jaminan untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumitputra bagi menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR),dan selepas itu mengkaji selidik dan mengeluarkan geran atau pajakan bagi tanah yang dipersoal sejajar dengan adat kaum asli Sarawak.

Nizar yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Perak juga berkata, kandungan manifesto berkenaan mampu memberikan satu perubahan kepada Sarawak dan rakyatnya.

"Saya yakin 10 perkara ini akan memberi kejutan dan transformasi yang besar di Sarawak tanpa ada elemen-elemen huru-hara. Ini yang nak kita pamerkan bahawa perubahan ini merupakan perubahan yang licin dan tidak melibatkan apa-apa perkara yang tidak diingini," katanya yang juga ahli parlimen Bukit Gantang. -HD

18 comments:
Write comments
  1. Rakyat Sarawak perlu membuat pengundian secara bijaksana.

    ReplyDelete
  2. sarawak negeri besar yg kaya kroni BN sahaja,pengangkutan utama sarawak terbesar sumbangan BN ialah sungai,jambatannya rakit,rumah teresnya rumah panjang.Itula sarawak d sisi Kerajaan pusat.sarawak maju bersama BN selamanya.

    ReplyDelete
  3. setiap calon bertanding ada manifesto. bagaimanapun, rakyat berhak memilih mana yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. biarlah rakyat yang menilai manifesto siapa yang paling praktikal...

    ReplyDelete
  5. pandai-pandailah untuk rakyat membuat penilaian yang bijak.

    ReplyDelete
  6. undilah yang terbaik.

    ReplyDelete
  7. Itu adalah keputusan rakyat. Kita tunggu saja nanti siapa yang layak bagi rakyat Sarawak.

    ReplyDelete
  8. Mari kita tunggu siapa yang menjadi pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  9. tidak dinafikan lagi, manifesto memainkan peranan penting dalam kempen pilihanraya...

    tapi satu lagi perkara yg penting adalah bagaimana mereka sebarkan manifesto itu...kerana walau macam mana hebat manifesto itu, kalau tak tersebar secara luas pun tak guna juga...

    kalau sekadar gah di dunia siber, tetapi hanya sekadar batuk di tangga di kalangan masyarakat memang tak cukup...

    Akhirnya, semua pihak bertanding tak ada pilihan melainkan melaksanakan kempen mereka secara total di dunia realiti, bukan saja di dunia siber....

    ReplyDelete
  10. umpan politik pihak mana yang akan mengena?

    ReplyDelete
  11. umpan yang hebat tapi tidak dapat menarik perhatian tiada gunanya..yang penting adalah strategi bagaimana menggunakan umpan tersebut untuk mendekati rakyat.

    ReplyDelete
  12. apa2 pun, kita tunggu dan lihat keputusannya nanti.

    ReplyDelete
  13. Terpulanglah pada penilaian rakyat. Jangan tersilap nilai, cukuplah :)

    ReplyDelete
  14. Apapun, jawapannya ditentukan oleh undi rakyat, jadi kita tunggu dan lihat sajalah :)

    ReplyDelete
  15. semua manifesto yang cuba diketengahkan oleh mana2 parti adalah baik, praktikal dan boleh dilaksanakan. tapi persoalannya ialah sejauhmana parti itu mampu merealisasikan masnifesto mereka? rakyat perlu bijak menilai mana parti yang mampu melaksanakan manifesto mereka, bukan yang hanya pandai reka tapi tidak pandai kerja.

    ReplyDelete
  16. Manifesto BN Sarawak:

    1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak

    2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum

    3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua

    4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua

    5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita

    6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara

    7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan miskin dan kurang bernasib baik

    8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan

    9. Mempunyai RANCANGAN JELAS untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia

    ReplyDelete
  17. Apapun,diharap manifesto Pakatan Rakyat Sarawak ini akan dapat memberikan satu perubahan yang lebih baik kepada Sarawak dan rakyatnya dari pelbagai aspek.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.