BEBERAPA Projek NKRA di Tenom disifatkan sebagai ‘Projek Berpenyakit’ kerana dibuat berdasarkan keperluan kontraktor dan bukannya keperluan rakyat sehingga menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional ditohmah sebagai mungkir janji.
Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raime Unggi, mendakwa beliau telah mengenaplasti sekurang-kurangnya enam projek yang disifatkan sebagai ‘Projek Berpenyakit’ dan menyusahkan semua pihak melainkan kontraktor.
“Projek ini dikatakan berpenyakit kerana lain yang kita pohon tetapi lain pula yang dibuat. Antaranya projek menaiktaraf Jalan Dispensari Kemabong bernilai RM700,000 dan Jalan Dispensari Tenom bernilai RM900,000 yang tidak pernah dipohon, tetapi tiba-tiba dibuat; sedangkan tidak memberikan sebarang manfaat kepada penduduk luar bandar,” ujar Raime yang kecewa kerana pihaknya tidak dimaklumkan berhubung projek yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Kata Raime dengan peruntukan lebih RM1.6 juta tersebut, banyak jalan kampung boleh dinaik taraf, terutama jalan Kolorok-Kemabong yang bernilai lebih daripada RM7 juta dilaksanakan tanpa persetujuan kerajaan negeri, sekadar untuk menghabiskan peruntukan KKLW ketika itu (2010).
“Kita semakin kesal kerana salah satu projek utama iaitu Jalan Marais bernilai RM22 juta mungkin dibatalkan dan terpaksa dipindahkan ke tempat lain iaitu Jalan Kemabong-SFI setelah KKLW gagal mendapat izin lalu daripada Jabatan Perhutanan Sabah kerana lima kampung yang bakal menikmati kemudahan tersebut terletak di kawasan Hutan Simpan,” ujar Raime yang bercadang untuk menemui Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah dan Ketua Menteri Sabah bagi mengatasi isu ini.
Tegas Raime, berita perpindahan projek jalan Kampung Marais ke Kemabong-SFI telah menyebabkan lebih 1,000 pengundi marah dan semakin ramai akan berpaling tadah jika masalah ini tidak diselesaikan segera.
Projek berkenaan kata Raime diumumkan oleh Menteri KKLW selepas beliau memenangi jawatan Naib Presiden UMNO tetapi sehingga ke hari ini belum ada sebarang penyelesaian dibuat dan kelihatannya Juruperunding yang dilantik KKLW lebih berkuasa daripada Pejabat Daerah Tenom dalam membuat keputusan berhubung projek berkenaan.
Sehubungan itu, kata Raime, Timbalan Perdana Menteri yang diberi tanggung jawab baru memantau projek NKRA wajib memberikan tumpuan terhadap projek berpenyakit di Tenom bagi mengelak rakyat kecewa dan menuduh janji yang diungkap Menteri KKLW sebelum ini sebagai janji palsu.
Oleh: MUTALIB M.D (sabahkini)
Tuesday, April 26, 2011
PROJEK NKRA BERPENYAKIT DI SABAH?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap projek bermasalah ini akan diberikan perhatian.
ReplyDeleteprojek yang menjadi keperluan rakyat tidak dilaksana sedangkan projek yang tidak dipohon telah dijalankan oleh kontraktor.punca perkara ini harus disiasat kerana projek yang tidak dipohon itu akan menyebabkan pembaziran semata-mata.
ReplyDeleteperkara ini harus diperjelaskan kepada penduduk di Tenom agar tidak berlaku kekecewaan berhubung dengan janji Menteri KKLW.
ReplyDeleteSenarai hitamkan kontraktor yang gagal menyiapkan kerja dengan sebaik mugkin & kontrator yang buat kerja separuuh jalan. Tindakan tegas perlu dikenakan.
ReplyDeleteRaime Unggi sememangnya seorang wakil rakyat yg patut dijadikan contoh kerana beliau sangat rajin untuk memantau masalah rakyat...& cara beliau voicing out masalah itu sangat baik kerana tidak menghentam kerajaan...bukan mcm sesetengah pemimpin tu...
ReplyDeleteprojek yang menjadi keperluan rakyat seharusnya menjadi keutamaan untuk dilaksanakan.
ReplyDeleteprojek yang dipohon dan yang lebih penting yang seharusnya dilaksanakan.
ReplyDeleteselain itu kontraktor yanng gagal menyiapkan projek seperti yang sepatutnya juga perlu dikenakan tindakan.
ReplyDeleteTindakan tegas harus dikenakan terhadap kontraktor2x yang gagal menyiapkan kerja.
ReplyDeletesepatutnya pihak KKLW berhubung dengan pihak2 tertentu sebelum melaksanakan projek. jangan main ikut suka hati ja. jangan bazirkan peruntukkan dengan melaksanakan projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.
ReplyDeleteentah bagaimana agaknya projek2 KKLW di daerah lain..
ReplyDeleteDiharapkan projek2x tersebut akan disiapkan secepat mungkin.
ReplyDeletemasalah berhubung perpindahan projek jalan Kampung Marais ke Kemabong-SFI harus diselesaikan dengan segera.
ReplyDeletesegala projek yang dirancang harus dilaksanakan dgn baik.
ReplyDeleteMungkin ada benarnya.
ReplyDeleteToo many delays happen in Sabah.
ReplyDeleteHal ini terjadi bila kuasa diberi tidak digunakan dengan betul.
ReplyDeletePaling senang kasi blacklist saja kontraktor yang gagal siapkan projek ba.
ReplyDeleteHal ini penting bagi memastikan tidak ada yang melengah-lengahkan masa untuk menyelesaikan sesuatu projek.
ReplyDeleteJika dakwaan yang dibuat benar, memang mengecewakan. Bagaimana mungkin, projek yang dipohon tidak ada tapi yang tidak dipohon pula ada. huhuhu
ReplyDeleteAda baiknya pihak yang berkaitan tampil dan beri penjelasan bagi mengelakkan ketegangan berpanjangan.
ReplyDeleteSemoga hal ini mendapat perhatian sewwajarnya.
ReplyDeletesesuatu harus dilakukan oleh kerajaan berhubung dengan perkara ini..
ReplyDeleteBaguslah kalau Ramie begitu memperjuangkan hak rakyat..
ReplyDeleteKita pun mahukan projek yang diberikan haruslah memberikan manfaat kepada rakyat dan bukannya untuk kontraktor itu semata-mata. Jadi harap projek untuk rakyat perlulah diutamakan. Lain dipohon lain yang dapat.
ReplyDeleteProjek berpenyakit ini patut disiasat.
ReplyDeleteAdakah Sabah akan kekal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan projek terbengkalai?
ReplyDeleteHal ini seharusnya mendapat perhatian dari semua pihak. Jangan disebabkan oleh seorang seluruh parti dipesalahkan.
ReplyDeleteSembuhkan segera penyakit ini, sebelum merebak ketempat lain.
ReplyDeleteInilah masalahnya kalau pemimpin Umno Tenom dari Timbalan KB hinggalah ke Juruoditnya masing2 ada akses jumpa Menteri diKL lobi projek juta juta nilainya.Kenyataan Dtk Raimie memang betul dan bukan rahsia lagi bagi penduduk Tenom dan Kemabong. Mereka buat Raimie macam tunggul kena by pass selalu...tetapi bila sudah bermasalah Raimie yg kena tukul rakyat dan kerajaan. Satu perkara lagi pemimpin Umno disini paling suka menipu harga projek daripada harga satu uta yg sebenar dilonjak sehingga 10 juta. SPRM pula mendiamkan diri.
ReplyDeleteHarap kerajaan akan memantau lagi Projek-projek NKRA ini supaya lebih releven dengan keperluan rakyat.
ReplyDeletememang lah marah sebab kunco-kunco inda dapat bahagian...lagi pun banyak bah pemimpin umno mahu jadi tuan di Tenom
ReplyDeleteKamu datang la diTenom..dulu pemandu jabatan je tapi sekarang pakai ninja king huh! projek juta juta...biras YB bah katakan? Benggali ygn nda pernah jumpa muka di Tenom...naaahhh? sikarang jutawan...anda pernah tengo rancangan Astana di Tv dihoskan Anita Sarawak? Satu lagi benggali...dulu baru guna Toyota DX..huh! sikarang bukan main lagi...ada banglo di KL maaa..!
ReplyDeletePerkara ini patut disiasat.
ReplyDeleteYB marah sebab dimarah ipar-iparnya sebab project terlepas ke tangan orang lain.....
ReplyDelete