Friday, April 8, 2011

Ketua Menteri S'wak dikelilingi bomoh

Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'.

NONE“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.

“Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.

“Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh (atas,kanan) pada sidang media hari ini.

Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib - Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.

NONE“Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita,” dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib.

Salleh, bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Taib menipu pemimpin PBB, parti-parti komponen BN, seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu bahawa masih belum menemui pemimpin yang sesuai bagi menggantikan dirinya.

“Jika 30 tahun tidak memadai bagi memilih pengganti, adakah awak percaya dalam beberapa bulan ini selepas pilihan raya, dia boleh tiba-tiba memilih seseorang bagi gantikannya kecuali seseorang itu dicadangkan oleh bomohnya,” katanya.

17 comments:
Write comments
  1. Taib ada bomoh pula? dah moden2 ni masih guna bomoh ke?

    ReplyDelete
  2. Bomoh? Setiap undi adalah hak masing2.

    ReplyDelete
  3. Pada zaman teknologi sekarang masih ada orang percayakan bomoh?

    ReplyDelete
  4. Dalam surat khabar, kebanyakan kes 'bomoh' adalah penipu. Selalu kita kena suruh berjaga-jaga, jangan percaya perkara karut.

    ReplyDelete
  5. Taib will do anything just to stay in his position that includes using the bomoh service.

    ReplyDelete
  6. Better to have faith in yourself than to use Bomoh.

    ReplyDelete
  7. benarkah ini??atau hanya sekadar cerita kosong sahaja..

    ReplyDelete
  8. Rasanya ini bukan bomoh atau apa pun. Tapi kerana kebolehan dan keyakinan Taib untuk membantu rakyat membolehkan beliau terpilih oleh rakyat.

    ReplyDelete
  9. dalam politik, apa cara sekali pun akan digunakan bagi memastikan tampuk pemerintahan dalam genggaman.

    ReplyDelete
  10. taib sudah lama memanaskan kerusi KM sarawak..beliau patut bersara dan berikan laluan kepada orang lain..

    ReplyDelete
  11. kemungkinan kredibiliti taib akan jatuh selepas ini jika beliau menang dan menjadi KM sarawak semula.

    ReplyDelete
  12. hahahhaha... Ada2 saja andaian yang timbul. huhuhu

    ReplyDelete
  13. Apapun semuanya terpulang pada rakyat juga. So buatlah pilihan yang terbaik :)

    ReplyDelete
  14. 'Bomoh' yg dimaksudkan itu ialah penasihat politik dari negara luar, bukan bomoh betul2. Maksudnya, ahli politik negara kita dipengaruhi oleh 'orang luar', takut bagai kerbau dicucuk hidung..!

    ReplyDelete
  15. fikir-fikirkanlah sebelum mengundi...jangan mudah terpedaya...

    ReplyDelete
  16. tidak mustahil beliau boleh mengubah pendirian untuk memilih penggantinya secara tiba2 atas faktor desakan oleh pelbagai pihak. tidak semestinya orang luar.

    ReplyDelete
  17. Taib mempunyai sebabnya yang tersendiri kenapa beliau berhubung dengan tiga orang 'bomoh' dari luar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.