Sunday, April 3, 2011

PKR TENOM GOYAH, 21 AJK SERTAI UMNO?

KEPIMPINAN Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom yang diterajui Datuk Haji Halik Zaman goyah dan kemungkinan cabang itu akan dibubarkan berikutan tindakan Timbalan Ketua Cabang Lampag Kurias berserta dengan 11 Ahli Jawatankuasa Cabang, 5 AJK dari wanita dan 2 AJK daripada Pergerakan Pemuda telah mengistiharkan keluar dan meletakkan jawatan daripada parti itu berkuatkuasa serta merta.

Ekoran perletakkan kumpulan itu, mereka turut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO kepada Exco Pergerakan Pemuda Umno Pusat yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Berikutan tindakan Lampag dan beberapa Ahli Jawatankuasa PKR itu, menjadikan satu tamparan kepada kepimpinan PKR Tenom lebih-lebih lagi dalam usaha pembangkang khususnya PKR merampas dua DUN (Dun Melalap dan Kemabong) dan satu Parlimen di kawasan Tenom pada PRU13, malah kemungkinan bahagian itu akan dibubarkan kerana ketiadaan korum yang mencukupi untuk berfungsi sebagai satu bahagian.

Difahamkan bahawa berdasarkan Perlembagaan parti itu yang dianggotai 15 Ahli Jawatankuasa dipilih termasuk dilantik seramai 5 orang semuanya berjumlah 20 AJK akan dengan sendirinya terbubar jika 2/3 daripada AJK itu meletakkan jawatan.

Dalam pada itu, Lampag Kurias yang mengesahkan tindakan itu ketika dihubungi jam 6 petang pada Jumaat menjelaskan tindakan mereka adalah kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR Cabang Tenom, Negeri dan Pusat.

“Kami sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Halik Zaman, Presiden PKR Dr Wan Azizah dan Penasihat PKR Dato’Seri Anwar Ibrahim. Kami akan hantar surat perletakkan jawatan PKR melalui faksimili malam ini juga (Jumaat) kepada Ibu Pejabat PKR Kuala Lumpur,” tegas Lampag Kurias.

Sementara itu, Datuk Haji Halik Zaman Ketua Cabang PKR Tenom ketika dihubung untuk mendapatkan ulasan beliau berhubung perkara tersebut menjelaskan bahawa Lampag dan beberapa rakannya memang sudah disedari kelibat mereka sebelum ini dan tidak mengejutkan beliau.

“Saya akan membuat kenyataan akhbar di pejabat cabang PKR Tenom jam 10 pagi untuk menjelaskan segala-galanya. Namun beliau menafikan bahawa tindakan Lampag dan rakan-rakan seotak dengannya akan menggugatkan kepimpinan cabang. Tidak sekali-kali goyah atau dibubarkan malah kita masih kukuh dan mantap selepas pemergian mereka ini,” jelas Halik.

Malahan jelas Halik lagi, kini beliau merasa lega apabila mereka telah keluar meninggalkan PKR kerana tegasnya beliau selama ini terpaksa menahan perasaan yang menekan fizikalnya terhadap kelibat mereka yang tidak pun memberikan impak yang baik kepada parti mahupun rakyat diakar umbi sebaliknya perjuangan mereka lebih kepada kepentingan peribadi mereka semata-mata.

Oleh: NASUTION NAEJEL (sabahkini)

17 comments:
Write comments
  1. Gila betul. Ahli Umno hijrah ke PKR, Ahli PKR pula hijrah ke Umno.

    ReplyDelete
  2. Sudah terbukti lompat parti adalah perkara biasa dalam politik. Jadi tak perlulah membuat spekulasi bahawa parti ini tidak stabil, parti itu goyah.

    ReplyDelete
  3. ya.. mereka ni saling bertukar ahli.

    ReplyDelete
  4. Kemelutan dalam PKR tidak pernah berakhir. Ini disebabkan oleh kepimpinan dan juga ahli dalam PKR yang tidak mempunyai kepimpinan yang telus. Mereka hanya memikirkan tentang kepentingan mereka.

    ReplyDelete
  5. Baru sahaja sehari lalu ahli Umno keluar dan menyertai PKR dan sekarang ini ahli PKR lagi keluar dan menyertai Umno. Apa yang kita jangkakan?

    ReplyDelete
  6. Yup. sukar diramal. Hmm...senyap pla PKR. bkn biasanya ada la anonymous yg mgomen. LOLLLLL...

    ReplyDelete
  7. memang sukar dijangka. setiap orang ada pilihan masing-masing dan berhak memilih parti yang mereka rasakan terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  8. In politics, it's normal to have these party frogs.

    ReplyDelete
  9. Members that jump here and there are the ones you shouldn't trust. Not consistent at all.

    ReplyDelete
  10. But it's up to these member to jump an party they way. All the best to them.

    ReplyDelete
  11. cuba kita perhatikan kenapa mereka tidak menyerahkan borang keahilaan kepada ketua umno datuk rubin balang tapi menyerahkan kepada ketua pemuda UMNO,umum mengatahui bahawa ketua pemuda UMNO banyak membolot project KKLW disabah jadi hinggap lah disana supaya dapat tempias project....dan mereka seperti termakan dengan angan-angan bahawa Ketua Pemuda UMNO akan menjadi calun pada PRU13 itu lah mereka menyerahkan keahilaan Kepada beliau...mimpi lah ....dan umum mengetahui bahawa Datuk Rubin dan Datuk Raimie tidak mempercayai mereka ini...pandai bermuka-muka seperti cicak mangkarung...

    ReplyDelete
  12. satu lagi tamparan kepada PKR sabah..

    ReplyDelete
  13. sama ada dibubarkan atau tidak, kita tunggu dan lihat..

    ReplyDelete
  14. setiap ahli PKR yang keluar parti pasti akan dikutuk oleh bekas pemimpin mereka. kononnya parti akan lebih kukuh, proses pembersihan, sudah dijangka, bla, bla, bla.. tunggulah nanti mana satu pihak yang betul..

    ReplyDelete
  15. semua ahli2 politik di negara ini mustahil tidak mempunyai agenda sendiri untuk kepentingan peribadi.. semuanya berlumba2 untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan..

    ReplyDelete
  16. Macam-macam berlaku PKR dan UMNO Tenom. Sekejap ahli UMNO keluar sertai PKR, sekarang pula ahli PKR keluar sertai UMNO. Apa pun kita tunggu saja siapa yang kuat dikawasan tersebut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.