Monday, April 11, 2011

'Super Sunday' melanda Sarawak

Suhu politik di Sarawak mula bergelegak dan lazimnya malam Ahad yang sunyi dikejutkan dengan kedua-dua BN dan pakatan Rakyat yang memperhebatkan kempen masing-masing.

NONEPertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam. DAP melabelkannya sebagai 'Super Sunday', di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua rali yang dianjurkannya.

Jumlah hadirin terbesar adalah di Batu Kawah, dengan dianggarkan tidak kurang 8,000 orang yang datang dan sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendengar ceramah daripada tiga 'orang kuat' Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng; ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Sebaik sahaja Anwar menyebut mengenai “video seks', para hadirin gelak dan ramai yang dilihat kurang mempercayai bahawa pelaku di pita itu adalah dirinya seperti yang didakwa.

NONEKehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalulintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap.

"Saya juga diberi amaran - sekarang ini seorang pegawai Kastam telah meninggal dunia, DNA saya juga akan ditemui di sana,” kata Anwar sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Dalam nada yang lebih serius, beliau juga menimbulkan isu kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Kuching oleh Kementerian Dalam Negeri.

NONESejumlah 31,500 kitab Injil berkenaan dirampas dan ditahan kerana dikatakan mengandungi beberapa perkataan yang dilarang termasuk penggunaan kalimah Allah.

"Nama bapa kepada Nabi Muhammad ialah Abdullah (maknanya hamba Allah) dan beliau dilahirkan 70 tahun sebelum kedatangan Islam, jadi ini bukan isu,” kata Anwar.

Beliau juga membidas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berkempen di Sarawak.

Sambil menyifatkan ia sejarah dalam pilihan raya Sarawak, katanya kehadiran Najib membuktikan BN kini terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

NONENik Aziz pula dalam ucapannya mahu rakyat di Sarawak memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah.

Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, apa yang sudah terbukti, Pakatan Rakyat telah mempamerkan urus tadbir yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka termasuk Kelantan yang diperintah sudah lebih 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam.

"Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah.

Batu kawah Pakatan ceramah"PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik.

"Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pangkah PKR, kalau PAS tanding pangkah PAS," katanya yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Buaya dua kaki

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat Sarawak memilih calon Pakatan Rakyat.

Dalam nada berseloroh, katanya, wakil DAP di Batu Kawah, Christina Chew berkeupayaan menangkap 'buaya dua kaki' yang sering memakan harta rakyat negeri ini.

NONE"Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya empat kaki, tapi buaya dua kaki.

"Kalau empat kaki takpa, kita boleh tembak saja tapi ini buaya dua kaki, kita kena undi Christina untuk ajar itu buaya dua kaki," kata Lim yang menyebabkan hadirin tidak kering gusi.

Sambil merayu penduduk di bumi Kenyalang itu agar berhenti memberi mandat kepada BN, beliau juga mahu rakyat jangan terus tertipu dengan janji Taib yang mahu menjadikan Sarawak negeri terkaya.

"Nak jadi kaya mesti zero corruption, kalau tidak, you zero income", katanya.

Lim seterusnya mengajak hadirin menukar rangkap lagu 'I want nobody nobody but you' nyanyian Wonder Girls kepada 'No money no money for you' untuk ditujukan kepada Taib. -MK

23 comments:
Write comments
  1. Pelbagai cara untuk memenangi hati rakyat untuk meraih undian dalam pilihan raya, namun keputusan terletak pada tangan rakyat sendiri.

    ReplyDelete
  2. Semoga parti yang terbaik akan menang.

    ReplyDelete
  3. Which Coalition will perform & which will flop?

    Winner or looser cannot be determine by looking how many people coming to each of these coalition rally campaign..

    But..those who can attract more people to come to their rally has the better chance to have their voiced being heard....

    so..whoever can attract more people will have the better chance to win the election...

    so may the best party win....

    ReplyDelete
  4. Harap para pengundi akan memilih parti yang terbaik untuk memerintah.

    ReplyDelete
  5. macam2 isu kandungan ceramah mereka ni. rakyat apapun jgn mudah terpengaruh dan kena bijak dalam membuat penilaian.

    ReplyDelete
  6. rakyat Sarawak perlu membuat pilihan dengan bijak. pilihlah parti yang dirasakan terbaik.

    ReplyDelete
  7. The people will decide what is best for them.

    ReplyDelete
  8. just wait and see for the poll result.

    ReplyDelete
  9. Rakyat mendengar dan menilai serta menganalisis apa yang telah disampaikan.

    ReplyDelete
  10. Jika perubahan berlaku, itu sudah pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  11. Pilihlah parti yang benar-benar untuk rakyat..

    ReplyDelete
  12. rakyat tau mana yang terbaik.

    ReplyDelete
  13. nampaknya kempen di sarawak sangat hebat..masing2 dengan hujahnya..

    ReplyDelete
  14. apa2 pun, kita tunggu dan lihat keputusan PRN sarawak nanti.

    ReplyDelete
  15. jika tidak d tabur duit,zink,tangki,enjin bot,saya pasti 1 juta peratus BN akan kalah.

    ReplyDelete
  16. cuba bandingkan Kelantan (Nik Aziz) dan Sarawak (Taib),, mana lebih maju.. kerajaan kelantan juga terlibat merampas tanah2 orang asli di negeri itu. DAP bukan hanya merampas tanah malah merobohkan kampung dan gerai2 orang melayu. Anwar ketika menjadi menteri kewangan menganugerahkan projek2 bernilai bilion kepada kroni dan syarikat beliau sendiri.

    ReplyDelete
  17. Anwar pandai manggunakan isu video seks sebagai bahan lawak untuk meneutralkan tuduhan terhadap beliau. tapi kenapa beliau melenting bila wartawan tanya pasal jam omega? kalau tidak mahu isu itu dijadikan soalan wajib oleh mana2 wartawan, kenapa susah sangat mahu tujukkan jam tangan itu jika benar dalam simpanan Azizah??

    ReplyDelete
  18. @ neji,

    Sudahlah kawan, kalo u tolol jangan bawa kami sama2. Kami punya otak, tau???

    ReplyDelete
  19. Setiap individu mempunyai pandangan & pendapat dalam kes video seks anwar. Mahu percaya atau tidak @ mahu terus menyokong anwar atau tidak tu terserah kepada individu.

    ReplyDelete
  20. Neji,tak perlau bagi pandangan bodoh.Betul kata CosmicBoy,kita semua ada otak utk menilai siapa sebenarnya yg bohong.Masih tak nampakkah,setiap kali ada Pilihanraya,ada saja kes Anuar keluar,takkan kebetulan.Ini yg org tak boleh terima.Perjalanan perbicaraanpun,meragukan.

    ReplyDelete
  21. Pandai-pandailah kamurang menilai.

    ReplyDelete
  22. CosmicBoy & Aku dan Aku..

    kamu dua lagi la TOLOL dan BENGAP.. kalau kamu ada otak dan cukup bijak menilai, kenapa tidak jawab bagi pihak Anwar.. semua orang pun akan buat penilaian sendiri berdasarkan tindak tanduk si pondan tua ini yang jelas menimbulkan keraguan. kenapa tidak nilai kenyataan Eskay yang isu ini timbul hanya antara mereka berdua dan tiada kaitan dengan kerajaan??

    selepas Anwar puas meliwat dan membalun pelacur, kini diajaknya penyokong2 beliau untuk mempertahankan beliau dan menaikkan beliau untuk menjadi PM.. tidak sangka ada juga 2 org tolol diatas setia menjaga maruah si anugerah Tuhan.. agak2 la bro.. selidik dulu latar belakang sebelum memilih pemimpin. jangan main hentam ja.. asal pembangkang konon semuanya ok..

    anyway,, good luck to Anwar and Pakatan..

    ReplyDelete
  23. Percaya ataupun tidak itu terpulanglah dengan individu sendiri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.