Sunday, April 3, 2011

SHAFIE WAJAR HENTIKAN KECURANGAN KKLW

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digesa agar memohon maaf daripada rakyat Sabah kerana ‘kecurangan’ kementeriannya menyeludup masuk bateri asid plumbum ke Sabah untuk Projek Elektrik Bekalan Luar Bandar (BELB) dan tidak lagi menggunakan bateri berkenaan untuk projek elektrik solar bernilai RM15 juta untuk 15 kampung di kepulauan Semporna.

Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu yang menghubungi Sabahkini.net bagi mengulas kenyataan Shafie yang disiarkan Bernama kelmarin berhubung pemasangan elektrik solar di tujuh buah pulau di Semporna bagi membolehkan penduduk kampung yang terpecil daripada grid menikmati bekalan elekrik 24 jam ekoran kejayaan besar projek serupa di kampung Larapan.

“Bencana yang kementerian Shafie bawa bagi Projek Solar Hibrid Pulau Banggi tidak dapat dimaafkan sekalipun beliau meletakkan jawatan, apatah lagi jika beliau membawa masuk lagi bateri asid plumbum ke Sabah dan membahayakan penduduk kampung di Pulau Bum-Bum dan sekitarnya yang tidak berdosa,” ujar Patrick yang menggesa agar Shafie menggantikan segera bateri asid plumbum di Pulau Banggi kerana spesifikasi projek ditentukan oleh KKLW dan bukannya TNB atau SESB.

Sekalipun Shafie belum menjawat Menteri KKLW ketika Janakuasa Solar Hibrid dibina di Pulau Banggi, namun secara moral beliau bertanggung jawab untuk memastikan projek di bawah kementeriannya selamat dan segera menggantikan bateri berkenaan setelah mendapat tahu ia diharamkan melalui Basel Convention kerana Malaysia adalah salah satu negara yang menerima ketetapan berkenaan.

“Shafie boleh menebus dosa kementeriannya dengan memastikan tidak ada lagi bateri asid plumbum diimport masuk ke Sabah atau kita mendesak beliau meletakkan jawatan sekiranya masih menggunakan bateri berbahaya berkenaan,” ujar Patrick yang menggesa agar KKLW tidak berdolak dalih mengenai penggunaan bateri asid plumbum berasaskan gel kerana valve yang terdapat pada bateri berkenaan akan mengeluarkan gas beracun setiap kali bateri berkenaan dicaj.

Tegas Patrick, mungkin ada yang tidak kena kenapa KKLW enggan menggunakan bateri yang terjamin selamat bagi projek elektrik solar seperti bateri lithium polymer buatan Malaysia yang bukan sahaja tahan lama, bermutu; malah diimport negara maju sebelum mengeksport semula ke Malaysia dengan jenama lain tetapi dibuat di kilang yang sama di Kulim, Kedah.

“Saya rasa isu bateri plumbum ini kena tanya Nik Abd Kadir kerana segala spesifikasi KKLW diputuskan oleh beliau,” kata Patrick yang tidak menolak kemungkinan akan bersama-sama beberapa NGO Alam Sekitar memfailkan saman terhadap KKLW berhubung penggunaan bateri asid plumbum dalam projek BELB.

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)

12 comments:
Write comments
  1. Shafie jangan bunuh orang kita perlahan2 nanti rayat sumpah u pula.

    ReplyDelete
  2. Shafie Apdal, harap hentikan meluluskan import bateri asid plumbum ke Sabah.

    ReplyDelete
  3. isu mengenai bateri asid plumbum ini perlu diberikan perhatian dan diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  4. hentikan penggunaaan bateri plumbum demi kesihatan penduduk.

    ReplyDelete
  5. End the use of lead acid battery.

    ReplyDelete
  6. menteri berkenaan harus bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  7. hentikan segera penggunaan beteri plumbum..

    ReplyDelete
  8. Isu plumbum ni harus diberi perhatian segera demi kebaikan semua pihak.

    ReplyDelete
  9. Jangan sibiuarkan saja, nanti makin teruk pula kejadiannya.

    ReplyDelete
  10. Harap Datuk Shafie Apdal akan mendengar gesaan rakyat dan hentikanlah kemasukan plumbum.

    ReplyDelete
  11. penggunaan bateri asid plumbum perlu dihentikan. walaupun nilai projek itu mencecah angka bilion ringgit sekalipun, tetap tidak akan mampu menggantikan nyawa penduduk. dalam hal ini KKLW tidak boleh memikirkan soal kerugian jika bateri itu digantikan dengan bateri yang lebih selamat. apa yang paling penting adalah nyawa penduduk.

    ReplyDelete
  12. jangan anggap penggunaan bateri ini selamat selagi belum dibuktikan oleh kementerian kesihatan dengan menjalankan ujian kesihatan terhadap semua penduduk yang terdedah dengan pencemaran bateri ini..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.