GELOMBANG dan badai politik yang melanda LDP sejak berundurnya Tan Sri Chong Kah Kiat daripada ‘King of The Game’ belum berjaya mendewasakan Presiden LDP, Datuk V.K.Liew yang sedang diasak oleh Timbalannya, Datuk Chin Su Phin dengan bantuan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melalui pemberian kontrak bernilai lebih daripada RM80 juta.
V.K.Liew masih berusaha menarik rambut dalam tepung yang bakal dihidangkan kepada pengundi dalam pilihan raya akan datang agar tidak putus dan tidak siapa lihat tepung yang berselerak; apatah lagi LDP bertanding di kerusi majoriti bumiputera.
Kedudukan LDP bagaikan berada di hujung tanduk menyebabkan V.K. Liew terperangkap di antara mengejar jawatan atau menjinakkan semua pemimpin kanan tetapi berhaluan kiri LDP ekoran daripada penyingkiran pemimpin LDP daripada Kabinet Sabah.
Kedengaran ura-ura Ketua Menteri Sabah mencadangkan perlantikan V.K.Liew sebagai Menteri Kabinet Malaysia bagi meraih kepercayaan masyarakat Cina untuk memastikan BN menyapu bersih semua kerusi dominan Cina; sekalipun LDP mungkin hanya mempertahankan kerusi yang dimiliknya selama ini dan mungkin terpaksa melepaskan kerusi Merotai kepada UMNO.
Chin yang masih keras kepala untuk meminta maaf daripada BN demi mempertahankan pelaburannya di dalam projek NKRA yang disedekahkan Shafie Apdal; sebagai salah satu strategi melumpuhkan kuasa politik BN di Sabah yang diketuai Musa Aman.
Ramai ahli LDP bimbang seandainya Chong Kah Kiat terpaksa kembali menerajui LDP jika V.K.Liew gagal menjinakkan kegarangan Chin dan sekutunya sehingga memaksa LDP keluar daripada BN akibat sengketa lama dengan Musa Aman.
Dalam keadaan apa sekalipun, ramai pemerhati politik meramalkan LDP tidak dapat bertahan di dalam BN setelah suaranya tidak lagi didengar dan permintaannya tidak lagi diendahkan, bagaikan melukut di tepi gantang.
Mampukah V.K.Liew terus menerajui LDP atau terpaksa membubarkan LDP yang bakal kehilangan semua kerusi yang ditandingi jika pemimpin UMNO yang berseteru dengan Chin mensabotaj semua calon yang diletakkan LDP?
Selama ini LDP hanya mampu bertahan dengan ehsan ahli UMNO dan parti komponen lain yang terus memberikan undi kepada mereka di setiap kerusi yang ditandingi dan terpaksa meminta sedekah kepada pemimpin UMNO demi untuk mempertahankan kerusi yang diperuntukkan kepada mereka menjelang pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan pada November atau Disember 2011.
Ramai ahli bimbang kerana mungkin LDP terpaksa dibubarkan dan semua ahlinya berhijrah kepada ‘Gerakan’ yang mungkin terpaksa menjadi ‘Pahlawan BN’ menentang DAP dan Pakatan Rakyat di kawasan yang pengundinya bercampur.
Bagaimanapun V.K.Liew ketika dihubungi Sabahkini.net enggan membuat sebarang ulasan dan berjanji akan membuat kenyataan rasmi sedikit masa lagi dengan alasan untuk mencari formula terbaik menyelesaikan kemelut ini daripada berpanjangan.
Oleh: YEONG CHEE THIAM (sabahkini)
Monday, April 25, 2011
MAMPUKAH V.K.LIEW SELAMATKAN LDP?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kita tengoklah bagaimana V.K Liew selamatkan LDP.
ReplyDeleteUntuk tengok kesudahan kisah ni kena tunggu dengan penuh kesabaran. LOL.
ReplyDeletejika dilihat, sikap Chin yang menyebabkan LDP kini dalam kemelut. diharapkan LDP akan terus kukuh. V.k Liew selaku presiden harus memainkan peranan penting.
ReplyDeletesemoga setiap isu yang berlaku akan dapat diselesaikan dengan baik.
ReplyDeleteLDP juga perlu sentiasa berusaha bagi meningkatkan sokongan rakyat terhadap mereka dan perlu sentiasa bekerjasama dengan semua pihak.
ReplyDeleteApa2 pun, hanya VK Liew yg mampu untuk menjernihkan keadaan...Sebagai presiden, beliau perlu mengubah persepsi orang ramai yg melihat LDP sebagai parti 'terrorist' dalam BN...
ReplyDeleteselesaikan kemelut ini selagi belum mencapai tahap kritikal..
ReplyDeletesebenarnya majoriti ahli LDP masih menyokong kepimpinan KM Sabah kerana masih diberi peluang yang cukup luas oleh kerajaan BN Sabah untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat cina di negeri ini. hanya disebabkan beberapa isu tertentu, maka terjadilah bibit perpecahan yang tidaklah terlalu kritikal malah masih boleh diperbaiki.
ReplyDeleteLDP perlu fokus kepada perkara yang lebih penting seperti membantu rakyat.
ReplyDeleteV.K Liew sebagai presiden LDP seharusnya bersikap tegas dalam menangani kemelut yang berlaku. jgn biarkan ahli2 dalam LDP membuat sesuatu yang boleh menjejaskan parti.
ReplyDeleteLDP bakal akan dibubar jika masalah yang berlaku tidak dapat diselesaikan dengan baik.
ReplyDeletesebagai presiden LDP,V.K.Liew perlu berusaha untuk mencari jalan terbaik agar kemelut ini tidak berpanjangan.juga diharap Chin dengan ringan hati akan meminta maaf dengan BN.
ReplyDeleteLDP boleh kirim salam lebih baik dia keluar BN meyusakan aje.Di Kudat habuk pun tarak dia buat pembagunan untuk pengal ini sebab YB dari Kuala Penyu so dia tutup mata apatah lagi nak lawat dekat sini.Bagus lagi UMNO aje berdiri di Kudat.
ReplyDeleteSaya sokong UMNO STAND DI KUDAT.
ReplyDeleteMampu atau tidak, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
ReplyDeleteS/ada Chin mahu minta maaf kepada BN atau sebaliknya, terpulanglah pada beliau untuk membuat pilihan.
ReplyDeleteNamun Chin harus membuat pilihan yang bijak dan tepat agar tidak menyusahkan pihak lain.
ReplyDeleteChin harus lebih profesional dalam menanggani hal seperti ini.
ReplyDeleteBagi saya V.K Liew harus berusaha lebih gigih untuk perbetulkan keadaan.
ReplyDeleteKK Liew pasti dapat membantu LDP dalam masalah yang dihadapi. Kita mesti percaya dengan president LDP.
ReplyDeleteKita mahu CHin membantu untuk menyelesaikan masalah rakyat. Jangan asyik memberikan kenyataan yang tidak memberik manfaat kepada kita.
ReplyDeleteVK Leiw pasti mempunyai cara beliau sendiri untuk menangani masalah parti mereka. Harap hubungan LDP dengan komponen parti BN lain baik.
ReplyDeleteBiarlah V.K Liew selamatkan partinya sendiri.
ReplyDeleteVK Liew pasti dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Semoga keputusan yang akan diambil memberi kepusan kepada semua.
ReplyDeleteWalau apapun keputusan mereka diharap tidak ada yang mempersoalkan tindakan LDP kerana mereka mempunyai pilihan untuk terus bersama UMNO atau tidak.
ReplyDeleteV.K Liew perlukan lebih banyak usaha untuk selamatkan LDP.
ReplyDelete