BERBEZA dua siri sebelumnya, Bersih 3.0 dirancang secara tergesa-gesa sejurus Dewan Rakyat pada 3 April yang lalu meluluskan dan menerima laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dengan penuh kontroversi.
Walaupun dalam tempoh masa yang singkat dan tanpa ‘promosi hebat’ media perdana seperti yang berlaku ketika Bersih 2.0, mesej berkaitan perhimpunan itu berjaya disampaikan hingga ke bawah.
Seperti ada tarikan besi berani apabila orang ramai sama ada pernah atau yang belum pernah menyertai sirisiri Bersih sebelum ini mula bercakap tentang keperluan hadir ke perhimpunan Duduk Bantah dan masing-masing berazam akan turun ke ibu kota pada masa yang ditetapkan.
Akhirnya, pada 28 April 2012 menyaksikan sebuah cacatan baru dalam sejarah ‘unjuk rasa’ di negara ini telah dilakarkan apabila hampir setengah juta rakyat turun ke jalan raya bagi menuntut perlaksanaan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.
Penulis bersama enam lagi rakan senegeri yang menyewa bilik-bilik hotel di sekitar KL Sentral memilih untuk berjalan kaki ke Masjid Negara iaitu lokasi berkumpul yang telah ditetapkan pihak penganjur.
Kami sampai di lokasi pada jam 11.30 pagi dan dianggarkan lebih 10000 peserta telah mula berkumpul di hadapan Masjid Negara pada ketika itu. Turut kelihatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat ( PR) lain telah mula duduk dan bantah sebagai simbolik perhimpunan kali ini.
Sejurus kemudian, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Amanah, Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir tiba dan turut menyertai pemimpin lain menunjuk perasaan melalui duduk dan bantah.
Penulis sempat bertegur sapa dengan beberapa orang anak muda berbangsa Melayu, Cina dan India yang berada di situ. Dari perbualan itu ternyata ramai di kalangan mereka yang belum pernah menyertai sebarang demonstrasi sebelum ini dan terpanggil berbuat demikian demi kelangsungan masa depan mereka dan generasi akan datang.
Menjelang Zohor bilangan peserta demonstrasi makin bertambah berkali ganda dan mereka memenuhi setiap ruang di sekitar Masjid Negara.
Dianggarkan jumlahnya telah mencecah 100000 dan majoritinya adalah dari kalangan anak-anak muda berbilang bangsa dan jantina yang memakai baju kuning.
Kumpulan kami yang diketuai Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan-pimpinan PR lain mula berarak menuju ke Dataran Merdeka sejurus mereka yang beragama Islam selesai menunaikan solat Zohor.
Jam 2.15 petang kami sampai di hadapan Menara Maybank dan bercantum dengan kumpulan yang datang dari arah yang lain dan tidak dapat dipastikan jumlahnya.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan menyampaikan ucapan penuh bersemangat sebelum perarakan ke Dataran Merdeka diteruskan.
Keadaan pada ketika itu masih terkawal dan tidak sebarang halangan dari pihak polis, namun kami dimaklumkan peserta demonstrasi tidak dibenarkan masuk ke kawasan Dataran Merdeka.
Kami terpaksa melalui jalan jauh untuk ke sana kerana halangan polis persimpangan Jalan Tun Perak dan setibanya di Jalan Tunku Abdul Rahman, kumpulan kami sekali lagi bertembung dengan kumpulan lain yang sedang bertempiaran menyelamatkan diri kerana polis telah menembak gas pemedih mata ke arah mereka.
Jam 3.15 petang, kumpulan yang pada mulanya besar itu telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil yang dilihat memasuki lorong-lorong di kiri kanan Jalan Tunku Abdul Rahman. Namun masih ramai yang memilih untuk bertahan di situ kerana terhalang oleh pasukan polis di hadapan jalan ke Dataran Merdeka.
Sementara itu di hadapan Sogo, peserta demonstrasi tidak berganjak dan berkumpul kembali memenuhi jalan-jalan sekitar itu. Polis dilihat telah beberapa kali menggunakan meriam air dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan tetapi mereka tetap tidak berganjak.
Lebih kurang jam 4.15 petang, kelihatan peserta demonstrasi menerpa ke arah sebuah kereta polis yang melalui jalan tersebut dan mereka masing-masing membaling objek ke arahnya.
Penulis cuba menghampirinya untuk mengetahui apa yang berlaku, namun kelihatan kereta itu terus meluncur laju dan hilang kawalan lalu merempuh beberapa orang peserta yang berada di tepi jalan itu.
Keadaan jadi bertambah kecoh dan tidak terkawal apabila ramai yang menyerbu ke arah kereta polis yang terbabas itu dan terdengar pekikan supaya diterbalikkan kereta itu untuk menyelamatkan mangsa.
Kelihatan dua orang mangsa rempuhan yang berlumuran darah dilihat sedang diberikan rawatan oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian dan dibawa ke hospital dengan menaiki ambulan.
Keadaan semakin tidak terkawal apabila seorang anggota polis tiba di tempat kejadian dan mengacukan pistol kepada orang ramai sekali gus menyebabkan mereka hilang sabar dan suasana terus tegang.
Sejurus kemudian polis sekali lagi menembak gas pemedih mata ke arah peserta demonstrasi dan berlaku kejadian kejar mengejar di antara polis dengan orang ramai yang semakin tidak terkawal.
Sekumpulan enam anggota polis dilihat menangkap dan memukul salah seorang peserta demonstrasi dengan begitu teruk di depan mata penulis di Jalan Masjid India.
Penulis cuba merakamkan insiden itu namun disedari salah seorang daripada mereka dan dengan lagak menarik keluar pistol yang terselit, anggota polis itu mengherdik penulis dan melarang dari membuat sebarang rakaman.
Banyak insiden keganasan terhadap peserta demonstrasi di situ namun tidak mampu dirakamkan kerana di kiri kanan ramai anggota polis berpakaian biasa dan berbaju kuning sedang memerhati.
Selepas kejadian tersebut, penulis bersama seorang teman dari Wangsa Maju yang ditemui ketika kekalutan berlaku terus menuju ke Masjid Jamek dan kelihatan masih ramai peserta demonstrasi berbaju kuning di situ.
Kami menyertai mereka untuk seketika sebelum bergerak menuju ke Pertama Kompleks dan di sana orang ramai masih berkumpul di hadapan Sogo menyaksikan anggota polis sedang mengeluarkan kereta yang rosak teruk dalam kejadian awal tadi.
Jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 6.15 petang dan penulis perlu bergegas kembali ke lokasi asal di KL Sentral kerana rakan-rakan yang lain telah lama menanti untuk pulang ke utara tanah air.
Pada pengamatan penulis yang telah acap kali menyertai siri-siri demonstrasi sebelum ini, Bersih 3.0 (Duduk Bantah) yang berlangsung pada 28 April 2012 telah mencatatkan sejarah baru kebangkitan rakyat di negara ini.
Walau bagaimana buruk sekalipun media menggambarkan perhimpunan Bersih 3.0 itu, kerajaan yang diterajui Umno harus menerima hakikat bahawa rakyat di negara ini telah sedar dan mereka sedang bangkit dan menuntut perlaksanaan sebuah sistem pilihan raya yang berlih dan adil.
Oleh MOHD SHUBIHI MUHAMAD ZAIN (DD)
Friday, May 11, 2012
Bersih 3.0 sejarah baru unjuk rasa di Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang mrk nak larikan fokus rakyat... bbrp bulan negara dihangatkan dgn isu Lynas, NFC, Scorpene.. kemudian secara terancangnya APCO alihkan kpd BERSIH, perlahan2 timbullah isu2 agama... lepas ni mungkin akan muncul pula kenyataan berbaur perkauman.. itulah strategi UMNO@APCO..
ReplyDeletenak kata tak berotak dato' /menteri/ .....susah sangat ke....tuntutan nak bersih ! itu sahaja......bila tak nak dibersihkan umno-bn -spr jelas terlibat .dan selama ini betullah apa yg kita jangkakan mereka menipu rakyat dalam pilihanraya ..... sekira nya jadi pertembungan atau rintitan selepas itu maka kerajaan UMNO-BN lah yg bertanggungjawab kerana tidak mahu bersih kan apa yg sengaja dikotorkan untuk terus memerintah Malaysia secara 'KOTOR....JANGAN RAKYAT DIPERSALAHKAN.....INI JELAS.....
ReplyDeleteTun Hanif kata Komunis... Kominis pun kalo yang baik punyer apo salah nyer..?tapi yang diaorang UMNO Kuku Besi selama ni Apa Celop?
ReplyDelete