Asalammulaikum! Kami mendesak Bukit Aman D7 dan Bank Negara Malaysia menangkap Ah Long [Loan Shark] di pulau Labuan ini kerana sindiket Ah Long dari Kuala Lumpur dan Sarawak semakin banyak muncul di Labuan.
Mereka ini amat berani menjalankan perniagaan haram mereka tanpa ketakutan kepada pihak berkuasa tempatan sehingga mereka meletak Kad Ah Long mereka di semua kenderaan yg terletak di kawasan bandar.
Siapa yang dalangi Ah Long di Labuan sehingga mereka begitu berani membuat promosi pinjaman dengan meletakkan kad syarikat mereka di semua kereta yg letak di kawasan bandar?
Pegawai penguatkuasa tempatan dan Polis tidak mengetahui perkara ini? Dengan nama dan nombor telefon bimbit di dalam kad berkenaan, bukankah pegawai penguatkuasa boleh kesan mereka dan tangkap tauke Ah Long dan bawa kemuka pengadilan?
Tauke Ah Long memang kaya dan merekalah yang menjalankan kegiatan wang haram (money laundering) untuk sindiket haram seperti Tauke Judi, Pelacuran dan Pengedar Dadah?
Kami harap Polis Bukit Aman dan Bank Negara dapat menangkap Ah Long tersebut secepat mungkin di pulau kecil ini kerana mereka sudah banyak menghisap darah orang Sarawak dan Malaya dan kini mereka bersembunyi di pulau kecil ini kerana Labuan pun banyak sarang judi haram seperti judi internet dan slot mesin.
Sekian, Salam 1Malaysia.
KAMARUDDIN DAN RAKAN LABUAN.
Friday, May 11, 2012
Hapuskan Ah Long Di Labuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
polis tau tapi buat tak tau...tau sama tau sudah la.....kalu tak pun polis buta huruf tak tau nak baca iklan ah long......
ReplyDelete