Monday, May 14, 2012

Kenapa gaji minimum Sabah, Sarawak lebih rendah

SEBAGAIMANA biasa, setelah ditekan dari arah kiri dan kanan, dari arah selatan dan utara, timur dan barat, dan bukannya kerana keprihatinan ikhlas, atau rasa belas kasihan atau juga rasa kepedulian terhadap rakyat marhaen serta golongan pekerja dalam kategori berpendapatan rendah, akhirnya kerajaan Umno-BN tidak ada pilihan lain melainkan meluluskan undangundang bersabit gaji minimum.

Besar juga kebarangkalian sekiranya permasalahan yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja dan Pembangkang berdasarkan maklum balas daripada golongan pekerja kategori ini sendiri tidak diberikan perhatian, ia akan menjadi barah kepada kerajaan BN serta mengakibatkan merosotnya lagi saki-baki mereka yang masih mahu mengundi dan merasakan bahawa BN adalah parti terbaik untuk memerintah kerajaan.

Menurut ceritanya, atau laporan media, kerajaan, menerusi sebuah jawatankuasa khusus untuk tujuan ini, telah mengambil masa selama kirakira setahun bagi akhirnya memutuskan gaji minimum RM900 bagi pekerja diSemenanjung dan RM800 bagi pekerja di Sabah dan Sarawak.

Tidaklah diketahui atas dasar apakah perkiraan terakhir ini dibuat. Paling penting, apakah angka tersebut adalah realistik dan mencerminkan ke arah penyelesaian masalah kategori pekerja golongan ini.

Dalam membuat keputusan untuk tunduk kepada tekanan ini, elemen ‘melepaskan batuk di tangga’ tampak begitu ketara.

Dalam lain perkataan keputusan dibuat bukan kerana untuk menyelesaikan masalah rakyat tetapi untuk menyelesaikan masalah Umno-BN yang dirundung pelbagai musibah menjelang PRU13.

Sekiranya Umno-BN merasakan keputusan ini akan disambut dengan ‘hooray!’ serta sorak sorai oleh mereka yang terbabit atau yakin mereka bakal mengatakan, ‘lihat betapa prihatinnya kerajaan BN ke atas kita’, maka sekali lagi betapa para pemikir dan pembuat keputusan dalam Umno-BN gagal untuk memikirkan secara jelas.

Tanpa mewujudkan sebarang jawatankuasa dan tanpa membuat sebarang kajian sekalipun, setiap rakyat Malaysia sedia maklum betapa harga barangan di Sabah dan Sarawak adalah lebih mahal berbanding dengan di Semenanjung. Justeru di mana logiknya kadar gaji minimum di Sabah dan Sarawak lebih rendah daripada di Semenanjung.

Dalam pada itu ada pula pemimpin dan bekas pemimpin tertinggi kerajaan BN yang merasakan kadar gaji minimum yang ditetapkan itu adalah terlalu tinggi untuk golongan pekerja kategori tersebut.

Tidaklah dapat dipastikan mengapakah terdapatnya komen sebegitu sedangkan jumlah gaji minimum yang dituntut oleh kebanyakan pihak adalah melepasi had RM1,000.

Namun apa yang pasti, sejak dari dulu lagi kerajaan BN begitu enggan, bukan sahaja menggubal undang-undang gaji minimum ini bagi melindungi pekerjanya, malah untuk mempertimbangkannya pun adalah sesuatu yang dianggap ‘taboo’.

Ada pemerhati ekonomi yang mengatakan keengganan ini berpunca daripada kerajaan BN mahu mengekalkan Malaysia sebagai sebuah destinasi FDI yang diklasifikasikan sebagai mempunyai bekalan tenaga buruh mudah dan sesuai untuk industri berintensifkan buruh.

Mereka melihat semacam ada satu eksploitasi golongan pekerja dalam kategori ini dilakukan oleh pelabur asing. Syak wasangka ini diperkukuhkan lagi dengan penubuhan kesatuan sekerja dalaman atau in-houseunion yang dilihat sebagai tidak berkesan sama sekali dalam mendengar rungutan para pekerja.

Dalam pada itu terdapat juga golongan pemerhati ekonomi yang merasakan keengganan dan keseganan kerajaan untuk memberikan pertimbangan terbaik ke atas perlindungan pekerja adalah diperjelaskan dengan struktur percukaian korporat yang dikatakan sentiasa menyebelahi golongan kapitalis berbanding buruh.

Sebarang penetapan berkanun mengenai gaji sudah tentu akan menjejaskan keuntungan korporat dan mengakibatkan cukai yang dipungut juga akan merosot dan memberi impak negatif terhadap hasil yang diterima oleh kerajaan. Bukan itu sahaja, malah ia akan turut menyebabkan sesetengah syarikat gulung tikar kerana tidak berkeupayaan menampung kos emolumen yang meningkat.

Sekiranya ini berlaku, maka tidak akan ada lagi cukai korporat yang boleh dipungut daripada syarikat yang bankrap atau solven ini. Justeru untuk menghindarkan perkara ini berlaku, maka pekerja golongan rendah terpaksa menjadi mangsa.

Sebenarnya apa yang harus dilakukan ialah kerajaan perlu melihat permasalahan ini dalam skop dan gambaran ekonomi lebih luas. Anak kunci kepada penyelesaian kepada permasalahan ini ialah pengurusan dana kerajaan dari sumber bukan cukai, misalnya perolehan daripada Petronas, yang lebih berkesan dan meluluskan projek infrastruktur menurut keutamaan dan kepentingan dan bukan kerana amalan politik naungan sebagaimana yang dilihat berlaku kini.

Masalah mencari kesamaan di antara pelbagai faktor ekonomi sehingga akhirnya mencapai satu kadar yang munasabah untuk pekerja menerusi undangundang sebenarnya juga pernah dialami oleh negaranegara lain sebelum mereka memperkenalkan undangundang gaji minimum. Bezanya, sementara di negara-negara tersebut, kerajaan berusaha mengagihkan kekayaan untuk rakyat, di Malaysia terdapat kecenderungan kerajaan berusaha membahagi-bahagikan kekayaan kepada segelintir orang.

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT (detikdaily)

41 comments:
Write comments
  1. Sah la Malaya menjajah Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  2. Orang sabah sarawak dianaktirikan...stuju tn A..said

    ReplyDelete
  3. kos sara hidup di sabah n sarawak lebih tinggi berbanding malaya. samada pentadbir malaya/federal bodoh @ ini merupakan proses pembodohan berterusan oleh UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  4. mungkin KERA JA AN dan pemimpin BN telah melihat bahawa mata wang disabah menggunakan dollor US atau Paun Euro barangkalai,jadi untuk menyelaras kan gaji minima atau harga barang disabah dia minta kita kasi hilang itu diposet parti pembangkang, supaya rakyaat sabah akan menjadi pak turut dan paling bebal di dunia,Jadi wahai rakyaat sabah masih lagi kamu sokong atau angkat tinggi-tinggi sokong itu BN yang telah membodoh kan kita selama 50 tahun...sedar lah sikit wahai rakyaat ku.

    ReplyDelete
  5. buang saja ke laut itu pemimpin BN tu.orang sabah dan sarawak berhenti lah di perbodohkan oleh BN.padan muka,kasi menang lagi itu BN bah.

    ReplyDelete
  6. Untuk orang Sabah dan Serawak.. maaf kalau saya kata kamu orang sendiri bodoh. Tau ditipu berpuloh tahun tapi setiap piliharaya kamu gadai maruah kamu dengan hanya beberapa ringgit dan janji kosong. Tahun demi tahun kamu merungut tapi undi kamu tetap UMNOBN. Kalau kamu tak bodoh pilihanryaya kali ini ubahlah undi kamu kepada pembangkang dan tengok 5 tahun kalu tidak lebih baik ubah lagi. jadilah orang yang cerdik dan bermaruah !

    ReplyDelete
  7. kos sara hidup di Sabah dan Sarawak jg tinggi, seharusnya kadar upah minimum disamakan dgn semenanjung.

    ReplyDelete
  8. I don't think by blaming us won't solve the perennial problems here. We are just normal people, working for life and feeding our babies. I'm sure you're one of Sabahans, do you vote for oppositions?

    ReplyDelete
  9. Semua ini terpulang kepada majikan masing masing. RM800 hanya satu titik garisan. Jadi jangan lah anda menyalahkan kerajaan pula.

    ReplyDelete
  10. Personally I think the government has made the wise decision. After all, it is still adjusted.

    ReplyDelete
  11. Jangan risau, segalanya akan menjadi baik.

    ReplyDelete
  12. The government will make everything will be fine. It is adjustable and let's see what will happen in a year time.

    ReplyDelete
  13. Sabah private company are not as rich as the ones in west malaysia. Maybe that is why the minimum wages were put to RM800.

    ReplyDelete
  14. Private companies in sabah and sarawak may suffer financially if the min wages were to be m900.

    ReplyDelete
  15. Even if the min wages were put to rm800, it doesn't mean that the employees will forever earn rm800.. Rm800 is just a guideline.

    ReplyDelete
  16. Kadar gaji minimum berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebab perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara.

    ReplyDelete
  17. Apapun sedikit demi sedikit kerajaan akan selaraskan kadar gaji minimum supaya semuanya sama di seluruh negara kelak.

    ReplyDelete
  18. Mengapa gaji minimum di Sabah dan Sarawak lebih rendah berbanding Semenanjung ini disebabkan pengajian terperinci berdasarkan Bank Dunia.

    ReplyDelete
  19. Pengiraan kadar berkenaan, yang berdasarkan fakta ekonomi dan statistik, bepandukan kepada lima kriteria iaitu pendapatan garis kemiskinan, gaji penengah, indeks harga pengguna, perubahan produktiviti buruh dan kadar pengangguran yang dirumuskan mengikut formula - RM956.70 bagi Semenanjung manakala Sabah dan Labuan (RM771.58) dan Sarawak (RM781.21).

    Baca lagi di http://sabahkinimirror.blogspot.com/2012/05/kadar-gaji-minimum-bank-dunia.html

    ReplyDelete
  20. harap kadar upah minimum di Sabah dan Sarawak dilihat semula, kadar upah harus disamakan.

    ReplyDelete
  21. Kita cubalah dulu polisi gaji minima ini 6 bulan dari sekarang dan lihat sama ada majikan tempatan mampu menerima polisi baru ini.

    ReplyDelete
  22. Mungkin gaji minima di Semenanjung lebih tinggi sikit kerana kos kehidupan di situ lebih tinggi berbanding di Sabah, mereka perlu bayar tol, sewa rumah pun lebih tinggi kalau di bandar dan lain-lain faktor.

    ReplyDelete
  23. Kita tunggulah dan lihat bagaimana pelaksanaan polisi gaji minimum selepas ini. Belum cuba, belum tahu.

    ReplyDelete
  24. Baru mahu dilaksanakan, belum lagi nampak kesannya sudah kena kritik. Apa macam?

    ReplyDelete
  25. Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang. Mereka bolehlah cakap besar sebab bukan mereka yang kerajaan.

    ReplyDelete
  26. Majikan yang berpendapatan rendah perlu dikecualikan daripada skim gaji minimum ini.

    ReplyDelete
  27. Kenaikkan gaji minimum ini perlu dilakukan berperingkat dan tidak boleh terus tinggi.

    ReplyDelete
  28. kenapa gaji minimum ini tidak "standardised"?

    ReplyDelete
  29. Belum tahu lagi impak gaji minimum ini.

    ReplyDelete
  30. Untuk golongan yang bergaji rendah, ini merupakan berita baik untuk mereka.

    ReplyDelete
  31. May be this is a good start against poverty in Sabah.

    ReplyDelete
  32. Harga barang pasti juga naik lepas polisi ini dilaksanakan.

    ReplyDelete
  33. Taraf hidup di Sabah & Sarawak agak tinggi, harus juga gaji minimum berada di taraf yang lebih tinggi sedikit.

    ReplyDelete
  34. Agree to Vani, pricing will surely boost up after the implementation.

    ReplyDelete
  35. The idea is good, but should goes phase by phase.

    ReplyDelete
  36. The government should standardize the amount or may be slightly higher in Sabah as the living cost is higher here too.

    ReplyDelete
  37. Im sure its bring great impact to small company.

    ReplyDelete
  38. lagi bagus jangan bergantung dengan gaji minimum.. tetapi bergantung dengan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman.. baru la boleh keluar dari garis kemiskinan..

    ReplyDelete
  39. jangan katakan org sabah sarawak bodoh dengan bersetuju dengan kadar yang telah di tetapkan....bagaimana kita mengukur kadar murah dan mahal bukan pada pandangan kasar sahaja....taraf hidup di semenanjung sememangnya lagi mahal berbanding borneo...terang lagi bersuluh...tapi yang menentukan semua ini adalah pmkran yg matang untuk memajukan diri bukan makan gaji buta dengan berharap pada gaji minimum yang telah di tetapkan oleh kerajaan...semahal mna pn gaji yang kita terima kalau bkn secara halal tidak guna cakap banyak..

    ReplyDelete
  40. di negara2 yang telah melaksanakan gaji minimum, rakyatnya tidak juga mengharapkan gaji minimum untuk survive.. pelbagai initiatif dilaksanakan untuk memajukan diri..

    ReplyDelete
  41. saya rasa kebanyakkan pemberi komen disini yang bekerja dgn kerajaan dgn gaji atas rm 1000. kamurang tahu kah? gaji pembantu kedai 1 stop cawangan ranau cuma dalam rm 300 sebulan. cukup makan kah orang sabah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.