Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez berniat jahat apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan jahil, beliau berkata Irene membuat kenyataan itu dengan motif untuk memperlekeh hubungan dan kerjasama Malaysia dengan negara jiran berkenaan.
“Kenyataan itu amat jahil atau ‘ignorance’ tentang kerjasama dan usaha yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua kerajaan berhubung pengambilan tenaga kerja termasuk pembantu rumah,” katanya pada sidang akhbar di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini.
Anifah berkata kenyataan Irene juga tidak berasas kerana Malaysia sememangnya mematuhi mekanisme dua hala seperti yang termaktub dalam Akta Asean dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, selain menghormati hak pekerja.
“Malaysia dan Indonesia mempunyai MOU (memorandum persefahaman) yang ditandatangani pada Sidang Kemuncak Asean 2007 berhubung kerjasama dalam pengambilan pekerja iaitu mekanisme dua hala.
“Perkara ini diberi perhatian oleh kedua-dua negara kerana ia menguntungkan (Malaysia dan Indonesia),” katanya.
Anifah diminta mengulas kenyataan Irene yang disiarkan akhbar The Jakarta Post pada Isnin di mana beliau mendakwa Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia kerana kononnya ia tidak mempunyai rangka kerja mahupun undang-undang khusus untuk melindungi pekerja.
Irene turut mendakwa kerajaan Malaysia mengamalkan diskriminasi terhadap pembantu rumah dan pekerja ladang, yang mana kedua-duanya tidak termasuk di bawah polisi kadar gaji minimum sektor swasta.
Anifah menegaskan Malaysia komited untuk memastikan tidak ada diskriminasi dilakukan terhadap pekerja, termasuk pekerja warga asing, dan kenyataan Irene amat menyimpang daripada fakta dan realiti.
Beliau berkata mana-mana negarapun akan berdepan masalah pengambilan pekerja warga asing, namun ia adalah kes terpencil dan boleh diselesaikan dengan tindakan sewajarnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis akan memanggil Irene dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya. (Bernama)
Thursday, May 10, 2012
Kenyataan Irene Berniat Jahat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Irene Fernandez kamu tahu tak kekacauan dan masaalah yang ditimbulkan warga indon di malaysia?kenapa kamu tak nak bersuara tentang isu pembantu rumah indon yang lari dari majikan?kecurian?penipuan?ini membuktikan kamu perempuan hipkrit yang bodoh!
ReplyDelete