Friday, May 11, 2012

Laporan akhbar Singapura tak tepat

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa laporan yang disiarkan oleh akhbar Singapura mengenai insiden empat ekspatriat negara itu yang didakwa dibelasah di Pulau Rawa di perairan Mersing Sabtu lepas adalah tidak benar.

Menurut baginda, ekspatriat terbabit yang mabuk sebenarnya telah menceroboh bot peribadi baginda dan menyerang kru bot berkenaan.

“Saya marah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka (ekspatriat) yang dalam keadaan mabuk mengganggu tetamu lain pada pukul tiga empat pagi dan turut menceroboh bot peribadi saya serta menyerang kru saya,” titah baginda kepada wartawan di Istana Pasir Pelangi di sini semalam.

Titah Sultan Johor, ketika kejadian, baginda dan keluarga sedang mengadakan ekspedisi menyelam selama tiga hari di pulau peranginan terbabit.

-Kosmo

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.