Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.
Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.
"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di Sepang.
Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.
Abdul Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara.
Beliau berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.
Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul Shukor berkata umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT.
"Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya," katanya.
AMK tuntut penjelasan
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuntut penjelasan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung keputusan jawatankuasa itu hari ini bahawa umat Islam haram menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang melanggar undang-undang.
Ketua pergerakan itu, Shamsul Iskandar Md Akin berkata Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia perlu menjelaskan kerana keputusan tersebut mungkin dibuat dengan hanya berdasarkan laporan media arus perdana.
Sedangkan, perhimpunan BERSIH 3.0 – bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil – mempunyai tujuan yang baik, katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
"Kalau kita ambil pendekatan seperti ungkapan yang mengatakan 'mencegah lebih baik daripada mengubati' dan 'berkata benar walaupun pahit', adalah wajib (sertai perhimpunan).
"Kita mesti ada kebebasan untuk menyatakan pendirian dan pendapat dengan berani walaupun berdepan dengan risiko. Kita akan minta penjelasan daripada majlis fatwa supaya tidak dilihat fatwa ini akan memosong pemikiran orang Islam," katanya.
Sementara itu, pada sidang media sama, Shamsul turut menunggu penjelasan terperinci berhubung fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengenai penyertaan perhimpunan dan demonstrasi.
-MK
Sunday, May 6, 2012
Majlis Fatwa : Demo cetus huru-hara haram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1. allah x boleh berada di malaya ttp ok klu di sabah n sarawak...
ReplyDelete2. perniagaan beer [send me girl] oleh mokhzani mahathir itu halal?
3. pembunuhan altantuya itu jihad?
4. hasil negara termasuk riba, cukai alkohol, lesen judi, lesen persundalan, etc...
ADAKAH FATWA YG DIKELUARKAN SERING MEMIHAK KPD GOVT DISEBABKAN PARA MUFTI TURUT MENERIMA GAJI DRPD PERKARA 4 DI ATAS @ MUFTI N ALLAH JUGA ADALAH DI BAWAH BIDANGKUASA UMNGOK???
hOI pIRIT CAKAP SEMBARANG KAU,Allah jgn sentuh gua kasih biru mata lu.Hoi mufti u all jangan jual agama kalu mau bertandinglah di PRU 13,cakap sebiji mufti UMNO patutlah.
ReplyDeleteKalu LGBT memang patut sebab tidak patut punya perbuatan merosakan sosial,LGBT bagus kau berhentilah itu barang,tapi kalu bersih 3.0 mufti kena selidik dululah jgn ambil satu pihak punya cerita terutamaya Utusan Meloyakan kerana banyak fitnah dari betul.
ReplyDelete"Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?..Tang ni tentu Ketua Majlis Fatwa ketaq nak jawab...Nak guling kerajaan yg daulatkan Islam pulak tu..Klau dah msuk atau duk bwah UM..No..yg bijak pandai akan jd T...L.
ReplyDeleteBila terdesak guna majlis fatwa, habis polis pukul orang awam ade keluarkan fatwa?
ReplyDeleteorang yang duduk dalam majlis fatwa ini rasanya patut fikir dulu..kaji..berbicang ....lihat dari semua sudut....mereka ini kan mahir dalam ayat-ayat al-quran....kenapa harus memihak pada satu pihak saja...jadilah orang-orang yang adil....kerajaan bisa d tukar ganti,jangan bila tukar ..lain pula fatwa lagi....ilmu allah itu adil...pasti ada kesudahannya...carilah jalan yang benar...
ReplyDeleteMajlis fatwa ini sudah menjadi majlis fatwa bermusim. Klau bab2 yg kena pd pemerintah, diam1000 bahasa. Tapi klau x kena pun pd pembangkang/Bersih, tetap dikuarkan jugak fatwa utk mengenakannya. Klau pd pemerintah pun x berani nak tegur & kuarkan fatwa, jgn lah dijadikan alat pulak utk kuarkan fatwa merapu pd pembangkang!
ReplyDeleteSetiap bnda lebih2 lagi fatwa, akan dipersoalkan dihadapan Allah. Apakah ia benar, & apakah ia difatwa berpaksikan kebenaran atau atas kepentingan diri sendiri bagi pihak yg keluarkan fatwa?
Kita amat bimbang, kebelakangan ini habis jabatan/agensi kerajaan diperkudakan oleh pemerintah. Apakah majlis fatwa pun dah sama jadi 'pak turut'?? Kena ingat, pihak2 berstatus agama, amat besar kesalahannya pd Allah jika x bertindak dgn adil. Krn ia melibatkan kesucian agama.
Org2 yg pergunakan agama demi mendapat kepentingan duniawi adalah dilaknat Allah. Org2 begini akan mula2 sekali diheret kedlm neraka Allah dlm keadaan muka tertiarap kebumi.
JGNLAH JADI ULAMAK SU' WAHAI MAJLIS FATWA! BERTAQWALAH KAMU PD ALLAH!!...
Tunbangkan umno/bn utk kembalikan integriti semua jabatan/agensi kerajaan terutamanya majlis fatwa!!...
ika diamati pelbagai fatwa yang dikeluarkan adalah "in-favour" of Umnongok. Para mufti mengeluarkan satu-satu fatwa yang jelas menunjukkan kononnya apa sahaja perbuatan oleh PR, adalah jahat dimata mereka. Begitu dungu dan dangkalnya pemikiran para mufti ini apabila fatwa berkaitan "'Adalah haram buat umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik.'" difatwakan setelah apa yang berlaku diperhimpunan Bersih 3.0 tempohari. Kerana terlalu dungu dan dangkal, para mufti tidak dapat mengenalpasti apakah tujuan sebenar Bersih 3.0 diadakan sebaliknya terlalu bodoh untuk mempercayai segala keburukan yang difitnahkan oleh para pencacaci Umnongok berkaitan Bersih 3.0. Fatwa para mufti kini telah lari dari landasan islam sebenarnya. Dipergunakan oleh Umnongok selagi makan pakai dijaga. Kalau fatwa berkaitan perhimpunan atau demontrasi yang disertai adalah haram, Dimana pula fatwa berkaitan orang islam yang kunjungannya ke disko, pub, kelab malam, campurgaul antara lelaki dan pompuan bukan muhrim sewaktu konsert, fitnah, penipuan, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya?
ReplyDelete