Wednesday, May 9, 2012

Mana s'jaya siasat pendatang asing Sabah?

KUALA LUMPUR: Tindakan media menggelapkan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan bersetuju membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja di atas pendatang asing tanpa izin di Sabah dikecam.

Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini berkata, sepatutnya berita itu disiarkan di muka depan media di Sabah khasnya.

Namun, ia hanya disiarkan secara kecil kecilan oleh media tradisional dan dalam media tertentu sahaja.

Persoalan yang timbul dalam minda setiap anak Sabah dan setiap warga Malaysia yang wajib dijawab adalah mengapa jawapan bertulis Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang telah dibentangkan di Dewan Negara semalam yang menyetujui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin diatas di negeri Sabah dipadamkan dalam akhbar negeri Sabah, soal Lim Kit Siang.

Bagi beliau, berita ini wajib dipaparkan di muka hadapan semua akhbar.

Bagi beliau, ia satu perkembangan anih dan melambangkan kemudaratan kebebasan media di Malaysia yang mana ketepatan, kesahihan dan jaminan di atas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para Menteri di Parlimen.

Berita ini langsung tidak mendapat liputan dalam semua media arus perdana Malaysia dan semua media cetak.

Ia hanya disiarkan akhbar The Sun yang mendahului media yang lain dengan pemaparan berita “Suruhanjaya Siasatan Diraja diatas masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah” (muka 2), laman sesawang The Star dan beberapa portal internet seperti Malaysiakini dan FreeMalaysiaToday.

"Benarkah Bernama, yang telah mengeluarkan buletin berita semalam mengenai jawapan Nazri di Parlimen yang mengesahkan keputusan Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja tetapi telah ditarikbalik beberapa jam selepas itu?" soal beliau.

Dalam jawapan Nazri di Parlimen, beliau dilaporkan telah menyatakan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dalam usaha untuk mencari penyelesaian jangka panjang diatas masalah pendatang asing tanpa izin kedalam negeri Sabah.

Semua proses penyediaan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja sudah dimulakan selepas Kabinet memberi kata putus pada 8 Februari tahun ini, katanya.

Nazri telah menyatakan terma rujukan yang komprehensif dan tidak tertakluk hanya kepada penyiasatan sahaja kerana kerajaan juga mahu menyelesaikan isu ini secara muktamad.
Terma rujukan akan melibatkan aspek-aspek keselamatan, sosoal, ekonomi dan kawasan persekitaran dimana Suruhanjaya Siasatan Diraja akan menyediakan penyelesaian yang berpanjangan bagi isu ini.

Kerajaan persekutuan juga akan memperolehi maklumbalas dan cadangan daripada kerajaan negeri Sabah dan golongan pemegang amanah di Sabah.

"Adakah Bernama berhak untuk memadamkan berita berkenaan jawapan Nazri di Parlimen, walaupun Nazri telah memperdayakan dan tidak bercakap benar di Parlimen?" soal Kit Siang.

-HD

6 comments:
Write comments
  1. Kalaupun PM atau siapa2 umumkan penubuhan RCI skarang, semuanya tak ada maknanya lagi. Apakah RCI boleh menyiapkan siasatan sebelum PRU13??? RCI menghabiskan masa lebih setahun menyiasat kes Teo Ben Hock. Itu baru satu kes. Bagaimana menyiapkan siasatan kes PTI di Sabah yang ribuan orang tu? Pengumuman penubuhan RCI mnjlang PRU13 skadar pancing undi.

    ReplyDelete
  2. UMNO tidak akan menubuh RCI bagi PATI di Sabah kerana pATI inilah yang memberi kemenangan besar kepada UMNO di Sabah.

    ReplyDelete
  3. kalau rakyaat sabah mahu di tipu lagi undi lah BN tapi kalau rakyaat mahu RCI menjadi realiti undi lah Pakatan Rakyaat atau pun ABU dan BN.jadi wahai rakyaat tulin sabah jangan tertipu dengan janji kosong BN terutama sekali UMNO.

    ReplyDelete
  4. nunu guna mengundi umno? aiso, kano gaman, minan om tanganak wagu, okon ko bangsa melayu tokou nga nokuro tu mongoi tokou gia daptar jumadi ahli umno? sengira di gia dusun, kadazan jumadi umno? umno nopo nga parti tulum melayu gia, alalalaa..fix deposit!! alalalaaaa...PTI nonuan IC haraM!! alalalalaa... pamalu nopo miagal tih!!

    ReplyDelete
  5. kita lihat siapa PTI di sabah

    ReplyDelete
  6. ada kah keturunan orang asing,seperti kaum??,bugis,dusun,murut,bajau,brunie,suluk,tidung,orang sungai,rungus,dan lain2,kita lihat kesudahannya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.