Wednesday, May 9, 2012

MIC tuntut kerusi di Sabah

Pengerusi Perhubungan MIC Sabah, Datuk V Jothi merayu kepada kerajaan Sabah agar mempercepatkan proses pemberian status Penduduk Tetap (PR) kepada masyarakat India yang bermastautin di Sabah lebih daripada 40 tahun.

Katanya, ramai dalam kalangan masyarakat kaum India di Sabah mempersoalkan kelambatan itu yang mana mengikut perjanjian terdahulu yang mengatakan bahawa mereka (kaum India) yang sudah menetap di Sabah lebih daripada dua tahun, layak untuk mendapatkan status penduduk tetap.

“Pihak saya juga telah mengenal pasti seramai 202 orang yang berhijrah ke Sabah pada tahun 1967 dan telah menghantar senarai nama itu kepada kerajaan negeri bagi permohonan status penduduk tetap.

“Walaupun perkara ini sudah lama berlaku, tetapi masih terdapat beberapa ahli jawatankuasa tertinggi dalam MIC Sabah mempersoalkan kelambatan pemberian status itu.

“Sebelum ini, seramai 82 orang India telah dikenal pasti dan senarai itu telah diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk pertimbangan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini kelmarin.

Jothi berharap Kerajaan Sabah menyegerakan usaha itu bagi meleraikan pelbagai soalan yang dilontarkan kepadanya oleh masyarakat India di Sabah berhubung kelewatan itu.

“Saya merayu agar dipercepatkan proses pemberian status Penduduk Tetap. Kita tidak bermaksud bahawa kerajaan Sabah tidak mengambil berat mengenai perkara ini, sebenarnya kerajaan memang prihatin, tetapi bukanlah mengambil masa 10 tahun…jadi ia perlu disegarakan,” jelasnya.

Sementara itu, Jothi menyokong kenyataan yang dikeluarkan Pemuda MIC Sabah berkaitan permintaan satu kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau jawatan Senator.

Katanya, permintaan itu tidak melampau memandangkan MIC sudah bertapak di Sabah selama 15 tahun.
Beliau berkata MIC tidak meminta sesuatu yang berlebihan tetapi semuanya terpulang kepada kerajaan negeri untuk mempertimbangkan.
“Pemberian jawatan seumpamanya akan memberi kelebihan kepada MIC berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat di samping menaikkan imej MIC di sini.

“Masyarakat India disini sudah lama menunggu perkara itu dan ia adalah adil jika dipertimbangkan. Bagaimanapun, kami tetap akan menyokong semua komponen Barisan Nasional walaupun kami tidak diberikan keistimewaan itu,” katanya.

6 comments:
Write comments
  1. Berani betul pula mahu minta bermacam-macam keistemewaan di Negeri Sabah, bah orang-orang begini nanti kena bagi BETIS lepas itu mahu ambil KEPALA pula . . . HATI-hati Pak Musa Aman nanti diorang ini mahu ambil kerusi Ketua Menteri Sabah pula.... Hati-hati....

    ReplyDelete
  2. Berani betul pula mahu minta bermacam-macam keistemewaan di Negeri Sabah, bah orang-orang begini nanti kena bagi BETIS lepas itu mahu ambil KEPALA pula . . . HATI-hati Pak Musa Aman nanti diorang ini mahu ambil kerusi Ketua Menteri Sabah pula.... Hati-hati....

    ReplyDelete
  3. kalau mahu minta kerusi disabah saya cadang kan supaya kerusi di DUN N61 laut cina selatan nanti SPR guna kapal laut untuk ambil kertas undi,bodoh punya MIC minta yang bukan-bukan,jangan terperangkap CM,dia orang ini bukan pandai kasi maju rakyaat itu lah kena tolak di SM.....

    ReplyDelete
  4. Geli hati juga di buat nya.MIC bertanding di Sabah? Gila Gila!Mungkin MIC kena tunggu persepadanan baru nanti bila Sabah dapat 500 kerusi barulah MIC cuba nasib.TAHUN 5050!

    ReplyDelete
  5. MIC nak kerusi mana? Tambunan?

    ReplyDelete
  6. Saya sokong mic diberi kerusi di sabah,saya cadang supaya kerusi tu biarlah di ambil dalam DUN Tambunan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.