Friday, May 4, 2012

Polis Paksa Perempuan Buka Baju Ketika Mahu Dirikan Solat Maghrib

Polis didakwa memaksa perempuan yang memakai baju Bersih menanggalkannya ketika mahu menunaikan solat Maghrib, kata Pengerusi Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Sheikh Ismail.

Mengecam arahan yang dibuat di Masjid Jamek, beliau yang berada di situ menyifatkannya sebagai sangat biadab dan tidak menghormati martabat wanita.

“Wanita ini ke Masjid untuk solat Maghrib, ada antara mereka berehat sambil menunggu LRT dibuka. Masa itulah, sekumpulan polis meluru masuk ke masjid beramai-ramai.

“Polis ugut wanita agar buka baju atau kena tangkap,” katanya kepada Keadilan Daily dan beliau sedang mengumpul bukti lengkap berkaitan insiden itu.

“Semalam, mangsa menemui saya dan memberitahu bersedia memberi bukti video berhubung kebiadaban polis itu.

“Saya masih menunggu bukti dalam bentuk gambar dan video dari sekumpulan wanita yang dipaksa membuka baju,” katanya lagi.

Difahamkan, ketika kejadian beberapa LRT termasuk Masjid Jamek dan stesen Bandaraya dihenti operasi dipercayai bagi menghalang sebahagian peserta Bersih merakam adegan keganasan polis kepada peserta sekitar kawasan itu. -KD

1 comment:
Write comments
  1. Betul-betul macam Polis Israel polis macam ini mungkin terpengaruh dengan ONE ISRAEL.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.