Saturday, May 12, 2012

PRU-13: 7 prinsip untuk penilaian rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengemukakan tujuh prinsip sebagai panduan kepada rakyat untuk membuat penilaian dan pertimbangan menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, tujuh prinsip itu dikemukakan berdasarkan tempoh hampir tujuh dekad UMNO berjasa kepada negara.

"Saya nak papar tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan. Pertama, antara Barisan Nasional (BN)dan pembangkang mana satu kepimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya? Barisan Nasional!"

"Selain itu, 22 janji yang pembangkang beri... sebahagian besar tak ditunaikan di Selangor. Siapa yang gagal uruskan soal air? Banyak lagi mereka gagal.

"Yang kedua, kita mesti tentukan esok lebih baik daripada hari ini. Antara BN dan pembangkang siapa yang boleh jamin rakyat Malaysia esok lebih baik dari hari ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 UMNO di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Persoalan Najib itu seterusnya disambut dengan sorakan hangat kira-kira 100,000 ahli UMNO yang hadir untuk menyaksikan perhimpunan penuh bersejarah parti yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu itu.

Seterusnya, Najib berkata rakyat juga perlu membuat pertimbangan pihak mana yang boleh memelihara keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesucian agama Islam dan Raja-Raja Melayu serta hak-hak kaum lain di negara ini.
Prinsip keempat, katanya, adalah rakyat perlu memilih siapakah antara BN dan pembangkang yang mampu menguruskan ekonomi dengan baik dan boleh membawa pertumbuhan yang memberangsangkan.

"Kelima, siapa yang boleh pelihara keharmonian negara? Keenam, siapa yang boleh buat perubahan dan pembaharuan secara tersusun? Siapa yang buat transformasi negara?" katanya.

Prinsip terakhir, kata Perdana Menteri, adalah rakyat perlu memilih pihak yang benar-benar boleh memelihara kemakmuran negara sehingga Malaysia dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Berikutan "demam" pilihan raya mula melanda rakyat, Najib secara berseloroh berkata beliau mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.

"Oleh kerana bahang-bahang pilihan raya dah dapat kita rasai dan ramai sudahpun kena demam pilihan raya...saya lihat malam ini hebat...rasa-rasanya esok saya nak menghadap Agong. Kita sudah sedia? Boleh menang?" soal Najib yang sekali lagi menerima sorakan semangat yang hebat daripada ahli UMNO yang hadir.

Najib berkata, perhimpunan malam ini menjadi bukti sokongan dan dukungan kaum Melayu yang semakin meningkat kepada UMNO dan BN.

"Di malam yang bertuah dan bersejarah ini biarlah stadium ini jadi saksi kita semua umat Melayu berkumpul dengan penuh semangat dan keyakinan. Siapa kata sokongan dan dukungan Melayu pada UMNO sudah menurun?

"Hari ini kita saksikan sokongan kita yang semakin meningkat. Saya nak tanya kalau kedudukan Perlembagaan orang Melayu, apabila Islam diasak, institusi negara diperlekeh...siapa ke depan pertahankan kalau bukan UMNO?" katanya.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu memelihara kemakmuran yang dibawa ke seluruh pelosok tanah air dan tidak sesekali membiarkannya dibinasakan di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Biar berputih tulang, jangan rakyat dan bangsa putih mata. Kerana kelak kita tidak mahu lihat anak-anak cucu terbangsat hidup mereka. Maka kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman janganlah kita terpalit darah meracun sandiwara lawan dan menempah alam kegagalan.

"Ayuhlah! Jangankan germimis, hujan pun mari kita redah. Jangan ribut taufan pun mesti kita harungi. Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita harungi. Jangankan gerhana, gelap gelita pun pasti kita terangi. Ayuhlah semua.

"Biar berdentum guruh di langit, walau kilat sambar-menyambar. Berpaksikan kepada parti Umno, berbekalkan kepada janji oleh Barisan Nasional. Hidup UMNO, hidup Barisan! Selamat hari ulang tahun UMNO," katanya. - BERNAMA

8 comments:
Write comments
  1. apa umno najib nak banggakan.orang yang datang tu semua.mereka yang bawa semalam banyak bas di sewa oleh umno.datang tu semua free bas duit belanja hotel .macam mereka datang melancong kl je.kalau macam tu nak kumpul orng saya pun boleh.duit kalau saya bagi pe melancong siapa tak mau.bersih tu pergi kebanyakan duit sendiri.umno tahu bazir duit rakyat je

    ReplyDelete
  2. Orang umno yang pegi kat stadium semalam korang sendiri tau ramai mana yang hadir malam tadi. Cuma setengah stadium je kerusi penuh tapi utusan kata sampai 100k yang hadir......korang sendiri dah tau kan utusan menipu...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkakaka..rasa nak tkentut dngr kenyataan bodoh utusan pengampu nii

      Delete
  3. "Biar berdentum guruh di langit, walau kilat sambar-menyambar. Berpaksikan kepada parti Umno, berbekalkan kepada janji oleh Barisan Nasional. Hidup UMNO, hidup Barisan! Selamat hari ulang tahun UMNO," Kalau dah rasa kau tu hebat.. Bubar saja Parlimen, jangan cakap besar

    ReplyDelete
  4. Tunjuk lah gambar.... nak jugak tgk.. 100,000 org tu byk dia mcm mana..ada mcm 300,000 yg turun kat jalan tak?? sembang pung pang..pung pang pun tak guna... kalau dah yakin sangat bubar jelah... kami rakyat ni pun dah tak sabar.. tangan dok gatal2 je nak mengundi...

    ReplyDelete
  5. Kesimpulan dari majlis ulangtahun merangkap pengkebumian UMNO :

    1. Kehadiran ‘paksa rela’
    2. Masuk bakul angkat sendiri @ syok sendiri..
    3. Indah khabar dari rupa, cantik diluar busuk didalam.
    4. semuanya apa celop..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkakaka...dah rasa nak tberakk pulak dgn 4 kesimpulan terbaikk nii..

      Delete
  6. Kita lihat pula perhimpunan PAS 1 jun ne, Siapa yang ramai. Akan di lihat dua parti melayu yang Berbeza,

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.