BERMULA jam 8 pagi hinggalah jam 2.00 petang, secara keseluruhannya suasana di Dataran Merdeka, Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara dan KLCC tenang walaupun cukup ramai yang membanjiri Ibu Kota waktu itu.
Namun, akibat provokasi oleh pihak yang mahu mencetus dan menggambarkan Himpunan Aman 'duduk dan bantah' Bersih 3.0 sebagai ganas, ia tercetus juga akhirnya.
Ramai peserta yang ditemui melahirkan rasa pelik mengapa pihak polis langsung tidak mengganggu mereka masuk ke jalan menuju ke Dataran Merdeka sejak awal pagi lagi dan membiarkan peserta dapat berhimpun di sekeliling Dataran Merdeka yang dipagar.
Bak kata bekas Ketua Pemuda PAS Kedah, Musoddak Ahmad ketika ditemui sebelum himpunan bermula di Maju Junction, suatu yang amat pelik apabila polis membenarkan semua demonstran menuju ke Dataran Merdeka.
Akhirnya, boleh dilihat bagaimana perancangan yang mungkin telah disusun rapi pihak tertentu untuk menghancurkan imej Bersih 3 setelah sebelum ini dalam Bersih 2 gagal.
Lantas media arus per-dana tidak henti-henti melaporkan demonstran yang memulakan keganasan menyebabkan ramai polis tercedera.
Tidak sedikit pun laporan mengenai kecederaan parah yang dihadapi peserta himpunan, tindakan polis memukul peserta beramairamai dimuatkan akhbar arus perdana.
Lebih mengecewakan, akhbar yang dahulunya dilihat 'telus dan tulus' slogannya, akhirnya memaparkan laporan yang hanya menggambarkan Bersih 3.0 sebagai kotor.
Tercetusnya insiden ganas yang sebenarnya bermula dengan provokasi tidak siapa yang mahu melaporkannya, malah videovideo amatur yang menunjukkan tindakan ganas polis tidak pun menjadi laporan oleh media arus perdana.
Jika mengambil kira apa yang didakwa bekas orang kuat Umno Cheras, Zaharin Mat Yasin, bahawa ada 2000 pegawai cawangan khas (SB) menyelinap masuk ke gerombolan demonstran, maka telahan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan memang boleh dipakai.
Nasrudin semasa menjawab isu tuduhan kononnya peserta dan Unit Amal PAS bertindak ganas merempuh polis menafikan dakwaan jahat media-media arus perdana termasuk Sinar Harian.
Semasa mempengerusikan sidang medianya di Pejabat Agung PAS, Nasrudin turut mengimbas bagaimana bermulanya insiden ganas yang sebenar- nya bermula dengan tembakan air dan gas pemedih mata hingga menyebabkan ratusan ribu demonstran 'hilang kawalan'.
Malah, provokasi dalaman yang tercetus oleh pihak yang mahu menggagalkan himpunan tersebut adalah dalang kepada se gala kekecohan yang berlaku pada hari tersebut.
Masakan pihak demonstran mahu mempalitkan imej himpunan yang dijayakan dengan suara rakyat hingga mengumpulkan lebih setengah juta peserta itu dengan 'ending' buruk?
Menyingkap keseluruhan perjalanan Bersih 3.0 jika polis tidak menghalang dan bertindak mengepung peserta himpunan seperti yang berlaku di KLCC, insiden buruk pastinya dapat dielak.
Dari pelbagai video dan gambar yang dilaporkan media internet, pastinya rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan laporan media yang memburuk-burukkan demonstran.
Gambar mereka yang bengkak mata, lebam-lebam, dibelasah oleh pihak berkuasa dan sebagainya tidak langsung disiarkan oleh media.
Yang ada hanyalah gambar Kuala Lumpur dalam suasana yang tercemar dengan tajuk berita yang menggambarkan Bersih 3.0 ganas dan kotor.
Lantas lapan tuntutan Bersih 3.0 yang dibawa daripada Bersih 1.0 dan 2.0 tidak sedikit pun menjadi fokus media yang berat sebelah.
Digambarkan kononnya pembangkang menjadi dalang yang mencetus huru-hara, malah digambarkan juga watakwatak tertentu seperti Unit Amal sebagai buruk di sisi masyarakat.
Inilah wajah media yang sebenar, yang juga menjadi tuntutan dalam Bersih 3.0 kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar bebas dan bertanggungjawab, bukan memihak.
Apa lagi selepas ini jika bukan Bersih 4 digerakkan seperti kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, apakah harus ada himpunan bagi menentang penzaliman ke atas rakyat!
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB (DD)
Wednesday, May 16, 2012
Siapa ganas dalam Bersih 3.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tu yang aku pelik bila Menteri cakap peserta bertindak ganas, padahal peserta tak bawa senjata pun. Tahu2 kena tembak.
ReplyDeletenegara ada undang-undang dan rakyat ada hak untuk bersuara.. undang-undang bukan untuk menekan dan menindas rakyat tapi melindungi rakyat..
ReplyDelete