Wednesday, May 9, 2012

UMCEDEL : Pakatan kekal di Selangor, Kedah dan Kelantan

ajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati sokongan kepada Pakatan Rakyat lebih baik berbanding Barisan Nasional di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Kajian ini menolak gembar gembur yang dibuat BN sekarang bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di ketiga-tiga negeri itu akan jatuh dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut kajian itu, masyarakat India paling kuat menyokong Pakatan di Selangor iaitu 60 peratus menyokong Pakatan, 20 peratus BN dan 20 peratus lagi tidak pasti.

Untuk masyarakat Melayu pula, kajian itu mendapati BN mendapat 34 peratus, Pakatan (33 peratus) dan tidak pasti (33 peratus).

Di kalangan orang Cina pula, 49 peratus dari mereka menyatakan sokongan kepada Pakatan, BN (hanya 16 peratus) dan tidak pasti (35 peratus).

Bilangan responden kajian ini adalah 2282 orang.

Kajian ini dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina, etnik India dan lain-lain.


Keputusan kajian UMCEDEL di Kedah


Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Kajian lapangan dilakukan pada 31 Mac 2012 – 15 April 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian ini melibatkan 43 orang enumerator dan 3 orang penyelia.
Kajian ini dijalankan sebelum isu PTPTN dan BERSIH 3.0.

Projek penyelidikan ini dibiayai oleh Fundamental Research Grant Scheme (FRGS).


Kedah dan Kelantan

Menurut kajian ini juga, Pakatan mendapat sokongan pengundi Melayu di Kedah iaitu 43 peratus berbanding BN hanya 33 peratus manakala 24 peratus lagi tidak pasti.

Pengundi Cina juga menyokong Pakatan Rakyat iaitu 50 peratus berbanding BN (38 peratus) dan tidak pasti (12 peratus).

Namun begitu, 65 peratus pengundi India menyokong BN berbanding Pakatan (10 peratus) dan tidak pasti 25 peratus.

Sokongan rakyat kepada Pakatan juga meninggalkan BN di Kelantan iaitu Pakatan 44 peratus, BN (27 peratus) dan tidak pasti (29 peratus).

Namun begitu, mengikut kajian ini, BN akan terus menang di Perak dan Negeri Sembilan serta peringkat nasional.

Kajian tidak dibuat untuk negeri Pulau Pinang dan lain-lain negeri.

-HD

3 comments:
Write comments
  1. PR AKAN TAWAN PUTERAJAYA, TAK PERCAYA....TUNGGULAH TANGGAL MAINNYA....OMNO/BN AKAN TERCAMPAK KE LAUT CINA SELATAN, ISNYALLAH.

    ReplyDelete
  2. MANA JANJI OMNO DI SABAH???
    1. DAHULU OMNO JANJI, HANYA OMNO BOLEH ATASI MASALAH PENDATANG TANPA IZIN (PATI) DI SABAH...!
    2. DAHULU OMNO JANJI SABAH BARU - EKONOMI SABAH AKAN MAJU...!
    3. DAHULU OMNO JANJI 100 HARI BERKUASA DI SABAH, 1,000 KM JALAN RAYA AKAN DIASPAL...!
    4. DAHULU OMNO JANJI PELUANG PEKERJAAN KEPADA RAKYAT SABAH AKAN DIWUJUDKAN...!
    MANA SUDAH JANJI-JANJI MU WAHAI OMNO. RAKYAT SABAH BERI PELUANG LEBIH 10 TAHUN. SEKARANG, SABAH NEGERI PALING MISKIN DI MALAYSIA...! WAHAI ORANG SABAH, JANGAN BERI PELUANG KEPADA OMNO/BN UNTUK TERUS BERTAPAK DI SABAH. TUMBANGKAN OMNO/BN, KITA TAWAN PUTERAJAYA SEKALI. UNDI PR DAN PARTI-PARTI PEMBANGKANG DI SABAH.

    ReplyDelete
  3. ya betul tu. umban umno jauh2 dlam tong taik di sabah. walaupun para PTI masih teguh mengundi umno bn tetapi kalau rakyat ori sabah bersatu hati, PTI mampos juga. ketulahanlah kau umno yg main tipu p kasi IC sama PTI. ini kali lah..!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.