Tuesday, September 3, 2013

Selepas minyak, banyak lagi kenaikan sedang menunggu?

Kerajaan mulai malam tadi menaikkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen. Dengan kenaikan itu, harga semasanya menjadi RM2.10 sen dan RM2.00 seliter bagi diesel. Langkah kenaikan yang disifatkan Najib untuk pengukuhan ekonomi itu juga menyebabkan subsidi kerajaan keatas petrol kini menurun kepada 63 sen manakala untuk diesel menjadi 80 sen sahaja.

Kenaikan ini jelas tidak menggembirakan rakyat. Di alam maya, Najib menerima kritikan, cemuhan dan serangan yang berterusan sepanjang malam tadi. Bukan saja rakyat biasa yang rasa terbeban dengan kenaikan itu meluahkan perasaan dan kemarahan mereka, malahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan ahli akademik, Dr Mazleee Malik juga turut aktif di Twitter masing-masing dengan pelbagai maklumat yang berupa kritikan dan sindiran mengenai kenaikan itu.

Ahli politik pembangkang pula tentulah menggunakan peluang ini untuk menghentam dan mengkritik kerajaan semahu-mahunya, apalagi kenaikan petrol dan diesel ini umpama hadiah daripada Najib kepada rakyat sempena 100 hari kemenangan BN.

Buat pertama kali juga, pemimpin Umno menjadi kurang aktif sama ada si Facebook ataupun Twitter. Selalunya jika timbul isu-isu sebegini, para pemimpin UMNO yang aktif di dunia sosial turut memainkan peranan mempertahankan apa yang dilakukan kerajaan, tetapi malam tadi ramai yang berdiam diri dan tidur awal agaknya. Mungkin mereka juga sudah tiada idea lagi untuk mempertahankan tindakan Najib itu.

Pengendali laman sosial yang pro Umno dan kerajaan juga kelihatan pasif dan tidak tidak berdaya lagi mempertahankan langkah tidak bijak Najib itu.

Hanya Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Pengerusi Felcra yang cuba mempertahankan dan menyokong kenaikan minyak ini tetapi beliau juga kemudiannya dikritik dan diserang hebat, termasuk mengaitkan dengan perkahwinan keduanya bersama aktres Zizie Ezzette.

Di alam nyata pula, kenaikan ini disambut dengan rungutan dan cebikan mulut daripada rakyat terhadap Najib dan BN. Mulai petang semalam, jalan mulai sesak kerana orang ramai berebut-rebut keluar awal bagi mengisi minyak di stesen minyak sebelum harga baru bermula pukul 12.01 malam.

Ditambah dengan hujan yang turun sejak awal petang, kesesakan bukan saja berlaku di jalan raya, malah juga di hampir semua stesen minyak. Ini jelas menggambarkan kenaikan 20 sen tetap memberi kesan kepada kebanyakan rakyat dan mereka berusaha untuk menjimatkan perbelanjaan masing-masing sedaya yang mungkin.

Dilaporkan juga terdapat kejadian merosakkan stesen minyak berikutan rakyat menjadi marah selepas beratur lama untuk mengisi minyak, tiba-tiba diberitahu bekalannya sudah habis. Ini menggambarkan bukan saja kenaikan itu dibantah, malahan masa pengumuman mengenai kenaikan itu juga memperlihatkan sikap tidak bijak Najib sehingga mencetuskan suasana kelam-kabut dan panik di kalangan sesetengah rakyat.

Kenaikan minyak kali ini tidak disebut Najib sebagai kesan kenaikan minyak dunia tetapi lebih ke arah pengukuhan ekonomi dan mengurangkan defisit. Najib lantas memberitahu kenaikan harga minyak ini akan diseimbangkan dengan kenaikan BR1M yang akan diumumkan dalam Belanjawan pada Oktober nanti.

Terlihat di sini bahawa Najib mengambil pendekatan ekonomi "tutup lubang, gali lubang" untuk menyelesaikan masalah. Dengan subsidi petrol dan diesel yang dapat dijimatkan, ia kemudian akan disalurkan pula melalui BR1M. Walaupun pemberian tunai BR1M ini mendapat kritikan daripada Mahathir tetapi nampaknya Najib akan terus menggunakan pendekatan itu untuk mengambil hati orang kampung dan rakyat berpendapatan rendah, malah sudah membayangkan akan menaikkan lagi jumlahnya. Kali ini mungkin menjadi RM700, RM 1,000 ataupun mungkin juga menjadi RM1,200.

Kesan kenaikan petrol dan diesel ini tentu saja akan menyebabkan kenaikan harga barang di pasaran. Walaupun Najib mengingatkan peniaga tidak menaikkan harga barang, tiada jaminan kawalan ataupun penguatkuasaan akan diambil terhadap peniaga yang ingkar. Ia hanyalah sekadar peringatan semata-mata.

Ini bermakna belum pun BR1M dilaksnakan, beban kenaikan harga barang sudah menyusah dan mengeringkan lagi poket rakyat. Bagi yang tinggal di Lembah Kelang dan bandar lain dan tidak layak pula menerima BR1M, kenaikan harga minyak dan disertai dengan kenaikan harga barang keperluan harian umpama "pontianak" yang menghisap poket mereka sehingga kering setiap hari.

Kenaikan harga minyak ini juga berlaku dicelah-celah ura-ura kerajaan mahu menaikkan tarif elektrik dan melaksanakan cukai GST yang mungkin akan diumumkan dalam Belanjawan nanti. Walaupun propa kerajaan melalui Mahadzir Khalid mengatakan kenaikan elektrik dijamin tidak membebankan rakyat, sebenarnya asal saja namanya kenaikan, ia tetap memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Kerajaan juga bertegas mahu melaksanakan GST. Idris Jala yang merangka mengenainya sudah pun membayangkan hakikat itu. Masalahnya hanyalah berapa peratus saja, mungkin 5 peratus, mungkin 4 peratus dan sebagainya. Namun ia pasti akan dilaksanakan oleh Najib. Tunggu saja berita "gembira" ini dalam Belanjawan nanti.

Jika kenaikan petrol dan diesel dianggap hadiah 100 hari kemenangan BN kepada rakyat, sebenarnya banyak lagi hadiah-hadiah dalam bentuk penambahan cukai, kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup akan dilaksanakan oleh Najib dari semasa ke semasa. Kenaikan minyak adalah permulaannya dan lepas ini akan disusuli dengan tarif elektrik dan cukai GST pula.

Lepas itu cukai dan kenaikan yang entah apa-apa pula akan diumumkan. Mungkin juga harga minyak akan naik lagi.
Bagaimanapun di sebalik semua kenaikan ini, masih lagi ada sesetengah rakyat yang berkata, syukurlah Malaysia masih aman! - shahbudindotspot.blogspot.com

16 comments:
Write comments
  1. Tahniah BN kerana telah menggunakan mandat rakyat dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  2. Gali lubang tutup lubang....
    BN kini mengukuhkan ekonomi dengan membebankan rkyat......
    Nyesal aku undi BN.... weeekkk

    ReplyDelete
  3. Dulu sebelum PRU Idris Jala kata nak kenakan GST dan Najib kata lepas PRU13 dan Najib kata BN akan melaksanakan pengukuhan ekonomi sebab itu perlu mandat besar dari rakyat. Rakyat pun undilah BN hahahaha kene tipu rakyat hidup-hidup oleh BN. Kenyanglah minum air kencing BN!
    Tak usah marah KITA YANG BAGI BN MANDAT UNTUK MENAIKKAN HARGA MINYAK, BARANG KEPERLUAN DAN GST NANTI! TAHNIAH PENGUNDI BN! PRU14 kita bagi bn menang 100% supaya bn dapat naikkan minyak sampai RM5.00

    ReplyDelete
  4. Org bn ada kad ahli la.tunjuj je kt stesen minyak pastu dpt harga lama la.

    ReplyDelete
  5. pangkah lagi kamurang...

    ReplyDelete
  6. Bgi ahli umno brdaftar harga ron95 masih rm 1,90

    ReplyDelete
  7. rakyat jgn sekali2 mengeluh akn kenaikan minyak, sepatutnya rakyat harus bersyukur & berterima kasih sebanyak mungkin kepada kumpulan gengter BN yg menambah deria derita rakyat berpendapatan rendah & miskin, inilah nilai pengobanan rakyat kampung dan miskin menjadi penyokong tegar BN. bagi kami warga perniaga tak dapat elak dari kenaikkan barang kerana kos pengangkutan logistik disebabkan oleh kenaikan minyak, kalau alasan menambah pemberian BR1M rm 1,200 itu tak logik utk difikir, mungkin orang kampung dan miskin boleh terima kata2 najib tapi bagi warga berfikiran waras sorry tak blh terima.

    ReplyDelete
  8. merdeka...merdeka..merdeka
    minyak naik lagi!!
    pada muka..
    bagi Bn berdiri lagi..

    ReplyDelete
  9. musa aman jg yg kaya..kahkah

    ReplyDelete
  10. Brim RM1,200/365hari=RM3.29 sehari banyak sangat ke?

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Najib kamu amat pemurah hati menaikan minyak itu yang rakyat undi BN sukakan apa nak buat dengan slogan UNDI BN dah cukup Rakyat malaysia sudah tahu BN= BARANG NAIK......Jadi kepada yang tidak undi BN angaplah ini hukum dunia tempias dari mereka-mereka inginkan..

    ReplyDelete
  12. Penyokong BN patut bersyukur dan berterima kasih kepada Najib dan UMNO kerana prihatin terhadap masalah rakyat. Inilah buktinya rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Bijak sungguh Najib...hulur BR1M seketul sesekali saja ( nampak besar nilainya dimata orang bengap dan bodoh ) tapi menarik 20 sen berkali kali dalam sehari setiap hari selamanya daripada rakyat ). Saya percaya sibodoh dan sibengap akan terus menyokong Najib dan BN kerana nyawa mereka telah digadai kepada parti berkenaan.

    ReplyDelete
  13. 20 sen amat besar pada yg miskin, sebab dari 20sen itulah yg akan dibawa untuk membantu orang miskin di kampung. dan orang miskin bandar.

    ReplyDelete
  14. Anon sept 5, 9.07 pm-

    Cuba jelaskan bagaimana 20 sen itu untuk orang miskin dan rasional dalam kenaikan harga minyak ini. Harga minyak naik cuma 20 sen, secara langsung - harga barangan keperluan harian naik, yuran perkhidmatan bertambah, kos pengangkutan semakin mahal, caj penyelengaraan meningkat, kos upah naik, harga rumah kos rendah 10 % naik dan apa-apa lagi yang naik, naik, naik.......DUNGU

    ReplyDelete
  15. Yang pelik nye minyak kualiti rendah lebih mahal dari kualiti tinggi di Malaysia. Cuba tengok ni:
    RON97 RON95
    RM2.70 RM2.10
    Tiada Subsidi (RM0.0) Subsidi (RM0.63)
    Harga Asal RM2.70 RM2.73

    Biar betul harga ron 97 murah dipasaran berbanding ron95? Barang kualiti tinggi selalunya lebih mahal dari kualiti rendah. Logik ke? Satu lagi kes BeND kantoi dalam usaha membahlolkan rakyat…… Kroni (Petron) Didahulukan, Rakyat dipenyekkan.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih rakyat malaysia yg mengundi bn,skrg terima lah ape jua kenaikan harga brg dan lain2 lgi kenaikan.itu yg meraka mahukan.skrg ni bayar je lah jgn nak bising2 dlm tempo 4 atau 5 tahun dari skrg.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.