Wednesday, September 4, 2013

VIDEO : Najib Dicabar Bayar Petrol Sendiri

Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinet dicabar membayar sendiri perbelanjaan petrol dan diesel yang selama ini dinikmati mereka atas pembiayaan wang rakyat secara percuma.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membuat cabaran itu berikutan kenaikan harga RON 95 dan diesel sebanyak RM20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.

Dengan kenaikan itu, RON 95 berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

“Najib bertanggungjawab menaikkan harga minyak, wajarlah beliau mengarahkan semua Menteri Kabinetnya seramai lebih kurang 70 orang itu membayar sendiri petrol dan diesel yang selama ini ditanggung wang rakyat.

“Mereka mesti berlaku adil kepada rakyat yang selama ini menanggung perbelanjaan ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Najib semalam memberi alasan kenaikan itu kononnya langkah rasionalisasi subsidi dan proses pengukuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana oleh kerajaan bertujuan memberi kesan positif kepada rakyat.

Memetik Keadilan Daily, Ahli Parlimen Pandan itu menolak alasan itu dengan membawa fakta bahawa kenaikan harga minyak memberi kesan berganda kepada rakyat terutama golongan miskin.

Berdasarkan Kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Kaji Selidik Isirumah 2009/2010, katanya, menunjukkan kenaikan itu memberi kesan lebih buruk kepada golongan miskin.

“Contohnya, golongan berpendapatan bawah RM500 sebulan membelanjakan 35 peratus pendapatan untuk petrol dan diesel sahaja.

“Mereka yang bergaji lebih RM4,000 sebulan hanya membelanjakan 10 peratus daripada pendapatan mereka untuk hal sama,” katanya.

Beliau turut menyangkal kenyataan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong BN di Parlimen, Datuk Bung Mokhtar Radin yang menyifatkan kenaikan itu tidak memudaratkan orang kampung kerana yang berkereta kebanyakannya orang kaya.

“Rakyat termasuk golongan miskin guna kerana bukan kerana pilihan tetapi keperluan,” kata Rafizi. -selangorku

9 comments:
Write comments
  1. Letih dan Sedih mempunyai pemimpin yang tiada wawasan untuk mempertingkatkan ekonomi negara selain perah dari rakyat jelata.
    Negara Pengeluar minyak tetapi membayar harga minyak yang mahal untuk rakyat jelata.
    Negara Pengeluar kereta tapi harga dalam negara lebih mahal daripada harga luar negara. Yang sedih lagi ialah kereta dieksport ke luar negara lebih berkualiti daripada kereta yang di"eksport" ke dalam negara.
    Betulkah Melayu ni hanya JUARA KAMPONG? Hanya tahu berkokok deras di halaman sendiri tetapi bila berada di antarabangsa, ... keluar tahi.
    Tanya pakar ekonomi, apa kesan kenaikan harga minyak? Hanya munafikun sahaja yang memberitahu bahawa ianya tiada kesa.
    Yang paling aku geli hati ialah kenyataan dari "menteri-menteri" bingung terutama dalam hal mengawal harga barangan. Pernahkah harga barangan dapat dikawal selama ni? Bila bercakap berapi-api seolah jaguh. Bila berdepan dengan peniaga, telur kecut. Nak kawal harga macam mana? Harga minyak sendiri pun tak dapat kawal. Sembang bodoh.

    ReplyDelete
  2. Pandangan rakyat tak dipandang serius. Tatkala sampai musim pilihanraya barulah kerjaan BN bagi pelbagai subsidi dan janji-janji manis.

    Rakyat yang duduk di pendalaman serta kurang pendedahan akan termakan kata-kata manis ni.
    Akhirnya, kita yang tinggal di bandar menanggung kos sara hidup yg makin tinggi.

    ReplyDelete
  3. Kalau kerajaan benar2 syg pd rakyat nascaya minyak ron 97 diberi subsidi,sbb beza sikit je antara ron 95 dan ron 97. Pemimpin yg ada skrg tidaklah selami jiwa rakyat, ini pandangan drp sy yg tidak secerdik menteri menteri yg ada. Bg sy jika pemimpin kurang iman,ginilah natijahnya.

    ReplyDelete
  4. Apa boleh buat KITA TELAH BERI MANDAT KEPADA BN UNTUK MENYEMBELIH RAKYAT!

    ReplyDelete
  5. Bung Mokhtar ni bercakap dan berfikir guna kepala lutut dan bukanya guna otak mcm orang normal.

    ReplyDelete
  6. jom undi bn lagi pru 14.semua naik nanti.barang najib saja tak naik.haha

    ReplyDelete
  7. Apa mau merungut...terima saje seadanya ikut kinabatangan...tiada kesan orang kg tiada juga kereta

    ReplyDelete
  8. bodoh dan tolol2 yang komen menjilat BN dlm sabahdaily ni sblm pilihanraya bru ni,mana dia!! bgi la komen tentang kenaikkn minyak ni...suda la bodoh tp masih sokong BN

    ReplyDelete
  9. Kebanyakn rakyat di Malaysia bukn beri mandat pd BN tetapi PRU13 Datuk Najib telah berkata dg apa cara sekalipun tetap akn pertahankn kuasa UMNO/BN?....Org yg bodoh sj tlh berjy dperbodohkan sedgkn SPR tlh sekongkol gunakan penipuan untk menangkn UMNO/BN menyediahkn TONG UNDI YG BERISI KERTAS UNDI MENANGKN UMNO/BN hampir dseluruh kawasan daerah mengundi!!!!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.