Tuesday, January 3, 2012

Ada yang tidak kena pada Graduan UPSI

Pada saya tentu ada yang tidak kena pernah berlaku pada Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim itu.

Kalau tidak mana mungkin diadakan perhimpunan menuntut kebebasan Akademik di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) baru baru ini.

Pada hal banyak universiti selain UPSI di Negara ini yang tidak mengadakan perhimpunan menuntut kebebasan Akademik yang akan dipinda setelah diputuskan mahkamah ia bercanggah dengan perlembagaan Negara.

Pada saya ada yang tidak kena berlaku pada graduan UPSI itu sendiri. Kalau tidak mana mungkin boleh jadi sampai begitu buruk sekali.

Saya masih ingat bahawa pada tahun 2010 seramai 80 ribu graduan yang masih belum mendapat pekerjaan. Mungkin tahun 2011 jumlah graduan tak dapat kerja tetap bertambah dari tahun ke tahun.

Yang paling malang sekali graduan pengajian perguruan university pendidikan sultan Idris tidak diambil sebagai guru atau dengan kata lain dipostingkan dimana mana sekolah miskipun ada kekosongan guru di seluruh Negara.

Graduanperguruan di UPSI ini kelihatan telah dianak tirikan walaupun ada ruang kekosongan guru dan wajar di isi dengan graduan yang masih menganggur itu.

Ini menunjukkan Kementerian pelajaran Malaysia mengutamakan graduan dari institute perguruan Negara punca yang kecewa dan tak puashati.

Yang paling tak wajar rancangan pengambilan guru banhasa ingeris dari luar Negara sedangkan masih ramai graduan guru UPSI yang menganggur.

Pada saya inilah punca mahasiswa UPSI bangkit begitu bersemangat mengadakan perhimpunan menuntut kebabesan akademik yang di anggap sebagai paling buruk membabit kecenderaan pelajar dibelasah polis.

Bayangkan apabila jadi graduan guru telah dianaktirikan. Seolah olah mereka ini tidak layak dipostingkan di mana mana sekolah di Negara ini. Sebaliknya pihak kementerian pelajar mengutamakan guru dari luar Negara diberi tempat berbanding graduan universiti tempatan.

-TKO

3 comments:
Write comments
  1. jika penindasan n eksploitasi dilakukan berterusan, apa yg kerajaan expect drpd rakyat yg jd mangsa???

    ReplyDelete
  2. Mohon penjelasan,isu posting tidak wajar dipolitikkan kerana setiap bakal guru haruslah melalui temuduga SPP terlebih dahulu dan mereka yang layak barulah diterima penempatan.Takkanlah mereka yang hanya cukup-cukup makan diterima berbanding mereka yang cemerlang selaras dengan usaha kerajaan mengangkat profesion keguruan dengan syarat kemasukkan yang semakin ketat dewasa ini.Isu kekurangan guru saban tahun menjadi persoalan dengan kadar pembangunan serta pembukaan bandar-bandar baru tetapi tidak wajar untuk menangkap muat sahaja.

    Dalam pada itu,ini dijelaskan terma"kebebasan akademik" tidak bersangkut paut dalam hal ini kerana konotasi ini dicipta kerana kononya menuntut pembelaan buat Prof aziz Bari yang mempersoalkan tindakan sultan berhubung isu gereja.

    Pihak polis sudah mengeluarkan video mengenai kejadian di UPSI dan memang tidak wujud kezaliman dari pihak polis dan yang tinggal hanyalah lakonan Safwan Anang dan rakan-rakanya semata-mata.Dengar cerita boleh ambil exam sehari selepas mendakwa tulang rusuk patah?Nilaikanlah sendiri.

    ReplyDelete
  3. bukan senang nk masuk IPG, x semudah nk masuk UPSI.. sblom diterima masuk dalam IPG, para pelajar ditapis dengan ketat dan seperti yang kita tahu, syarat kemasukan IPG sekarang memang tinggi. of coursela IPG dipentingkan dalam Posting sbb mereka ditanggung oleh KPM....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.